Pages

18 September 2007

TITIK


Saya mencari sesuatu lagi. Mungkin kebebasan dalam melakukan semua kerja dengan sendiri dan tanpa ada perasaan dengki, marah, kecewa dan bermacam halusinasi yang menguasai diri. Inilah sebenarnya manusia. Saya mesti sentiasa bersangka baik biarpun tewas dan kadang-kadang meracuni diri. Khusnul Khatimah…..

Saya mahu lari dari masalah remeh temeh yang bagi mereka besar penyelesaiannya. Acapkali sudah dinasihati, akhirnya jalan yang sama. Sedangkan mereka masih terus mahu mencintai yang tidak hakiki. Itulah rencam remaja/gadis/wanita. Saya jadi begitu pasif, malas mengambil tahu cinta mereka, walhal banyak lagi perkara besar yang perlu mereka ambil perhatian. Sosial, peperangan, perhubungan, aurat, akhlak, kebebasan, naluri, dan segenap percaturan hidup. Adakah hidup mereka sentiasa mahukan kegembiraan? Atau saya jadi patung yang melihat kepada kemungkaran? Atau saya telah gagal menjalankan tanggung dan jawab kepada mereka? Bulu roma kian meremang-remang……Adakah keprihatinan saya makin jauh terbelakang. Saya jadi penat, saya menjadi takut, dan teramat kecewa. Adakah pandangan mereka hipokrit semata-mata atau sekadar mahu mengambil hati yang makin menjauh? Atau masa yang buat saya leka dan mereka mengambil istilah “siapa peduli?”


Ya Allah..jauhkan hati kami dari sifat sebegini. Suburkan kasih sayang kami. Kasih sayang itu, menyentuh naluri. Seringkali, kenangan bersama ukhwah menyemai dalam diri. Itu jiwa saya, lantaran jiwa saya bukan seperti mereka sekarang ini. Ya…saya makin rindu dengan perjalanan dahulu, makin membuatkan jiwa terlalu disayat cinta dengan persahabatan. Tiada kebebasan di sini. Mutlak. Titik.

Lihatlah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:

'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'

Bibir ini sentiasa mahu mencari cinta kepada kebenaran, sentiasa mahu basah dengan peringatan, tetapi tiada kekuatan. Lantaran , satu berlawan lima. Tiada tandingan. Kuasa.

Saling kita sentiasa berpesan-pesan, andai diri terlupa, peringatan kalian umpama permata. Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dari di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Semoga RAMADHAN ini beri peluang kita memperbaiki diri. Saya, dia, kamu, kalian, mereka dan semua.

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama18/9/07 16:39

    Nak tau apa masalah pompuan? Fitrah Allah jadikan kita emotional, manja, fraigile dan sangat pelukan perhatian dan perlindungan. Kita bersaing agar diperhatikan, maka timbullah perbuatan tabaruj dan perbuatan yang tah apa-apa tah. Memang persaingan ini semulajadinya kalau tak pandai dikendalikan akan menghidupkan api cemburu yang negetif.

    Cemburu yang tidak diuruskan dengan betul dan positif pula menyebabkan wanita sukar (sukar tak bererti mustahil, inilah cabaran kita) membina female bonding seperti lelaki. Maka pijak kepala kawan, tikam dari belakang, berpaling tadah itu dan sebagainya itu lumrah. Perempuan sukar mengurus rasa cemburu. Hadis-hadis pun ada menunjukkan kecemburuan dan sifat keanak-anakkan Saydatina Aisyah, inikan pula kita wanita biasa.

    Disebalik konotasi cemburu, dan keanak-anakkan, sebenarnya 2 sifat ini kalau pandai diuruskan amat diperlukan oleh kaum Adam untuk terus rasa "I'm a man, I'm alive, aprreciated and the world worth livin"

    Itulah sebabnya lelaki senang menoleh pada wanita gedik mengada-ngada. Dan wanita pula tahu akan kemahuan lelaki ini, apalagi menggediklah agar diperhati, sama ada disunting dan dijadikan pendamping yang sah itu cerita no 2, janji masuk gear 1 dulu, pancing perhatiannya perhatian.

    BalasPadam
  2. Amin...mudah-mudahan ramadan ini adalah yang terbaik buat kita semua...

    BalasPadam
  3. salam ramadhan...
    moga kita semua diberi keampuanan dah rahmat...

    BalasPadam
  4. satu ulasan yg menarik....

    anda memang pandai menulis:)

    salam dan selamat berbuka posa...

    menu apa hari nih???

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama20/9/07 08:07

    Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (al-Baqarah: 155-157)

    BalasPadam