kosong dan bungkam. Kelu dan pilu. Awal September yang memerlukan kebangkitan. Saya tidak tahu ke mana arah jemari ini....Gambaran kasar saya adalah jemu dan suram. Warna-warna kanvas seolah hitam. Tidak putih. Terkilan dan sesekali rasa jemu. Walhal diri telah bangkit dari dulu. Apa agaknya mahu diri ini?
Penat dan sepi.
Merepek. Semangat!!!!..silalah kembali semula.
Saya terkenang kesedihan yang sentiasa dirawat rakan seperjuangan. Benar,bila terlupa akan sentiasa diperingatkan. Bila lalai, zikir-zikir akan datang menjelma bersama halaqah. Bila sendiri, ada rakan datang menemani. Berbual mesra sehingga ketawa menjelma. Bila lemah, ada kekuatan rakan menguasai diri. Bila sedih, mereka ubati. Bila kecewa, semangat perjuangan itu menjelma. Inilah semangat itu...semangat yang sentiasa menjelma dalam minda. Saya cuma ada jari yang menari-nari mengungkai rindu pada kalian. Semoga diberi kita kekuatan. Di mana sahaja.
Selamat Menjalani Peperiksaan adik tersayang - Nor Hazimah - UPSR. Semoga cemerlang dunia & akhirat.
Selamat Pengantin Baru - Norida & Najib - semoga bahagia ke akhir hayat.
~psst : Lukisan Jiwa siap sepenuhnya. Alhamdulillah.
salam...
BalasPadamselamat menulis...
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..
BalasPadamsalam,
BalasPadamterima kasih...bait-bait yang begitu indah, lantaran jiwa yang resah sesekali adalah dugaan dan cabaran ilahi. Merenung kejadian adn hikmah diri boleh jadi membina keimanan kepada ilahi. alhamdulillah, peringatan ini memberikan sesuatu manfaat kepada semua. InsyaAllah..
Anonymous,
rakan-rakan saya banyak bertanya, kenapa tidak mahu memperkenalkan diri? kenapa sembunyi diri dengan anonymous....apa gelaran diri?
Di dalam kesentiasaan zikir, semoga air mata menjadi taubat penyesalan..
salam perpaduan...
selamat menyambuat bulan ramadhan almubarak... moga kita dapat penuhinya dgn memperbanykkan ibadat dan berdoa....
BalasPadam