Pages

26 Ogos 2007

Saya Anak Malaysia


Merdeka,
Pada asas yang penuh hiba..
Biar merdeka hanya pada nama..
Namun sia-sia bagi mereka..

Merdeka
Pada asas perjuangan agama..
Lantaran merdeka sudah sebati dalam jiwa
Namun mereka banyak lupa..

Merdeka
Pada anak muda belia
Pada pendaki malam
Pada jeritan kelip-kelip malam
Separuh mereka tidak sedar
Akan bermakam durja

Merdeka
Yang hanya tinggal pada nama
Saya bangga menjadi Rakyat Malaysia
Namun ramai termenung penuh sia-sia

Hanya jasad, katakan cinta negara
Namun islam tergadai nyawa
Tinggal kenangan
Mereka...yang di sana....

Menjeritlah..jeritlah....!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Di sini,
Tiada lara...
Tiada jiwa...
Lantaran ramai yang terlupa...
Kerana merdeka...
Lalai seketika...

8 ulasan:

  1. Salam kenal, Kak Mardihah.

    Hai, entah. Saya ni tak patriotik agaknya. Merdeka pada saya tak perlu dilaung-laung. Merdeka jiwa dan akal itu lebih utama. Argh, kalau berderet gantung merdeka, tapi pemikiran masih jumud terbelenggu, buat apa?

    -Becky

    BalasPadam
  2. Merdeka- menurut drhamka... meerdekanya sorang mukmin adalah bila mana terkeluarnya roh dari jasadnya...
    jadi sapa seronok nk merdeka maskudnya seronok nk matila...

    heheh :P

    BalasPadam
  3. Merdeka...menurut sunanjati ialah seronok nak mati...hehhe

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama27/8/07 18:33

    rauf saya memberitahu saya menjelang zohor tadi, andai-andai negara kita diserang di tengah kehangatan malam 31 ogos. Heh, sudah cukup bersediakah kita kalau diuji seperti saudara kita dulunya di Bosnia?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama28/8/07 11:10

    Merdekakah kita dari belenggu penjajah?
    Merdekakah kita jika negara dicemari budaya penjajah?
    Merdekakah kita jika anak bangsa lupa siapa Muhammad SAW pembela agama ?
    Di sebalik rahmat ada dugaannya..
    Di sebalik dugaan ada hikmahnya..
    Walau apa pun terjadi namun jangan kita lupa tggjwb kita..
    Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam...
    Merdekakan!!...ajak diri kita dan org lain kpd Islam...InsyaAllah...Takbir!

    BalasPadam
  6. Merdeka? Benarkah kita sudah merdeka?

    Bagi tinta, merdeka itu bila dapat keluar dari kepompong kat sini...huhu menci dah rase..

    BalasPadam
  7. salam...

    kenapa kah sambutan kemrdekaan mesti diraikan dgn hiburan... adakah dgn hiburan itu kita sudah merasakn kita sudah merdeka....kemerdekaan yang paling utama adalah apabila kita terlepas semasa perbicaraan di akhirat nanti....

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama8/9/07 17:29

    merdeka itu laungan ahli revolusi indonesia yang diciplak tunku abdul rahman kerana baginya hidup melayu lebih utama.

    sejarah malaysia yang lembab dan suram sebelum ini sedang digali semula. terlalu banyak penipuan dan yang terselindung untuk mendewa-dewakan nasionalis bangsa dan menghentam islamis, sosialis dan pejuang anti kolonial british yang lain.

    akhirnya, anak negeri sendiri tak tahu asal usul sendiri.

    al fatihah untuk dr burhanuddin al helmi, ahmad boestamam, dan rakan-rakan muslim dalam PRM, KMM dan PKM.

    BalasPadam