Ia penuh murni. Dibahasakan dengan penuh keremajaan. Memang agak lewat saya mendapatkan buku ini. Namun penuh makna. Kisah ini di angkat dan berlatarkan dunia jin dan manusia. Menyelitkan kehidupan dunia jin berdasarkan konsep Akademi Fantasia. Faisal Tehrani suka menulis berdasarkan kenyataan. Apa yang nyata dan diselidiki, ada kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha, namun tidak direalisasikan supaya Ustaz Sulaiman dan Puteri Simone berkahwin nyata. Alih-alih si Jin Justine berkahwin dengan Puteri Simone cantik jelita. Bezanya – resam dunia manusia dan dunia jin.
Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.
Pengembaraan ini penuh fantasi. Saya cukup tertarik. Saya ambil masa 4 jam untuk habiskan novel ini. Anda percaya?
Sifu saya, pernah mengatakan supaya membikin novel atau cerpen yang ‘JAUH’ . Untuk remaja. Bagi menyedarkan remaja tentang realiti kehancuran mereka. Realiti kehancuran dunia remaja yang tidak lagi berpaksi kepada Al-Quran dan Sunah. Biarpun saya cuma belajar untuk menulis serba sedikit darinya, tapi saya menganggapnya sifu – saya yakin selepas ini ramai yang akan menyampah dan meluat dengan kehadiran nama FT di sini, sebab ramai yang anti padanya. Saya tidak kisah, kerana ilmu itu terbentang luas. Di mana sahaja,carilah.
“ Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..”
Jika kisah ini disambung, pasti lebih menarik dan menambah magis juga fantasi..saya sokong sepenuhnya. Tetapi mahukah remaja membelinya? Jika ada 2 pembaca sudah cukup bagus…jika bertambah 3, lagi berjaya.
Beberapa naskah ilham saya makin tersusun . Saya memenuhi masa dengan lapangan blogging juga membaca. Senarai ini belum habis saya baca !
20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam- Dr Zakir Abdul Karim
Hijaab Waali The Veiled Girl – Dr Syed Ikram Hussain Abidi
You Can Be The Happiest Woman In The World – Dr Ai’d Al-Qarni
Ikan fugu, Lukisan & Jimson – Faisal Tehrani
1515 – Faisal Tehrani
Impian Palestin – Randa Ghazy
Bagi Golongan Yang Berpemikiran – Harun Yahya
Keindahan di langit – Harun Yahya
Mari Belajar Tentang Islam – Harun Yahya.
Imam – Abdullah Hussain
Saya mendapat hadiah – lama saya mahu update, tetapi ini masa yang sesuai – Novel Tautan Hati – Fatimah Syarha Mohd Noordin. Terima kasih buat yang sudi memberikan nya. Sungguh saya suka. Penuh murni. Baru setengah saya habiskan. Mengambil masa juga, kerana novel ini tebal dan menuntut saya menghabiskannya perlahan-lahan.
Saya membeli semula, Apa Ertinya Saya Menganut Islam – Fathi Yakan. Buku ini saya baca semasa zaman perubahan saya (long story, kena buka laman usrah….)
Kemudian saya berikan kepada kakak ipar yang “convert” to islam. Saya membeli semula, kerana buku ini wajib bagi saya ulang setiap masa. Saya cadangkan anda memiliki senaskah. Untuk pejuang islam, sahabat juga sahabiah anda harus memiliki buku ini.
Semua senarai ini menuntut saya mendiamkan diri di dalam bilik. Membaca dan mencari idea baru. Lap-top kekadang terhenti dari menulis dan hanya 1 bab sahaja untuk saya habiskan. Payah juga. Edit dan perah idea di saat akhir.
Saya termenung. Hajat ke Kinokuniya saya batalkan, kerana akan keseorangan. Hujan juga makin menggila lebat. Kawan-kawan di rumah, banyak aktiviti. Selalunya, saya tanpa teman dan tanpa sesiapa. Saya lebih senang mencari ilham dan berjalan-jalan sendiri. Melihat LRT bergerak dan telatah remaja di dalamnya. Sahabiah seperjuangan, semua jauh-jauh. Bergerak atas landasan islam, dan kami makin erat meski berjauhan sebegini. Memperingati antara satu sama lain. Itu penting . Kerinduan terhadap mak dan ayah juga adik-adik, menggamit diri. Sayu pula saya. Kerana saya seorang di sini. Mengadap lap-top kemudian rintik-rintik hujan menemani saya. Saat azan zohor, mencubit naluri saya. Betapa rindu saya semakin mencengkam naluri. Semoga Hidayah itu bersemi di dalam hati mereka semua. Amin.
Assalamualaikum,,,
BalasPadammulakan harimu dgn bismillah...
semoga semua dpermudahkan utk kite..
horayyy!!!!
ssalam...
BalasPadamsemoga permintaan itu akan dimqbulkan oleh allah...
assalamualaikum...
BalasPadamsalam ziarah...
slamat pagi... mulakn harimu dgn bismillah...
hheehhe :P
Dihah kerja area mana ya?
BalasPadamsalam menjengah..
BalasPadammenarik sekali blog ini.
Gamitlah kasih sayang Tuhan dengan pengorbanan, gamitlah kasih sayang manusia dengan ketulusan. Rintik-rintik hujan yang menyuburkan bumi adalah tanda kasih-sayang Illahi. Debur ombak pula adalah irama alam yang menghuraikan kekusutan dunia. Mari dengak kicau burung dan alunan cengkerik malam hari, itu adalah zikir suci. Lagukanlah suara kasih sayang penuh ketulusan, di situ ada nilai kemanusiaan dan kecintaan anugerah Tuhan.
BalasPadamSalam ukhuwwah fillah...U-HAH
~sunan_jati~
BalasPadamMulakan dengan bismillah..kejayaan dgn alhamdulillah..
~faridmw~,
salam, terima kasih! semoga permintaan dimakbulkan
~sunan lagi~,
hehehheheee
~tintahati~,
kerja area KL ni..nape yer? nak jumpa ker....jom..
~srikandi~,
terima kasih ya~
~U-hah~,
terima kasih.berkesan sekali bait-bait indah ini. Smg terus kita bersama jalan ilahi. Ameen
alhamdulillah...
BalasPadamteruskan berjuang..
heheheh :P
~sunan_jati yg pemes,,~
BalasPadamsalam kembali, selamat berjuang juga.....insyaAllah..ameenn
faisal berjaya menjadikan ustaz sebagai hero. Em, perlu banyak lagi idea kreatif untuk menjadikan ustaz itu hero dari berbagai-bagai sudut.
BalasPadam