“Lepas ni siapa pula..?” Saya senyum sokmo sahaja. InsyaAllah. Hari bahagia akan mendatang. 1, 2, 3 atau 4 tahun menjelang. Doakan kita semua semoga beroleh kejayaan, kebahagiaan dunia dan akhirat.
Terdapat satu kisah bersemi mengenai “Cinta Sejati” . Cinta yang membawa kepada Ilahi. Cinta yang pasti membawa kepada bahagia.
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini,Tsauban menjadi gembira semula. Gambaran ini jelas memperdengarkan kita tentang perhubungan, persahabatan, ukhhwah dan jalinan sesama insan.
Saya kongsikan gambar-gambar kenangan di sana.
Ini ada pantun...
BalasPadamLebai malim dengan Mak Nyonya,
Berlanggang kangkung sambil ternganga,
Lalu disini nak tumpang tanya, Qudwah Mardihah yang satu yang mana,
(soalan ini adalah merujuk pada gambar)
Tahniah lagi skali buat Saaraa... Amboih... glemer kawan2 akak di ruang siber nih!
BalasPadam~anonymous~,
BalasPadamTepak sirih bersama bunga berseri,
Dihiasi cantik si anak dara,
Gerangan diri usahlah dicari,
Emm...biarlah ia menjadi rahsia.
~kak intan~,
he he ..akak sekali kala, glemer tak ape...bukan selalu kan...:)
")
Ini pantun lagi...
BalasPadamLebai malim bernyanyi-nyanyi,
Nyanyikan lagu memecah sepi,
Memohon cuti sejak dari pagi,
Takkanlah tak nak perkenalkan empunya diri,
Sirih adat sirih penyeri,
BalasPadamGubahan oleh diri sendiri,
Bukan tak mahu perkenalkan diri,
Nanti takut lekat di hati.
wah wah ada sesi berpantun di sini. Tinta tau dihah yg mana satu. Hehehe... ;)
BalasPadamehem: apa salahnya kalo lekat di hati. Asalkan bukan di celah gigi.. ;D ngeh ngeh ngeh..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamhahha...nak pantun gak laa...
BalasPadamLebai malim bernyanyi-nyanyi,
Nyanyikan lagu memekak telinga,
Senyum senyum dok baca entri,
Dok cari Qudwah Mardihah sampai nak terkeluar bijik mata....
hehhe....salam :)
Duduk sebentar melepas lelah,
BalasPadamNamun lelah masih berbaki,
Kak Intan ni kawan Mardihah,
Nak le tau anonymous ni perempuan ke lelaki?
Hehehe... nyibuk jer akak ni!
~TintaHati~,
BalasPadamItik Tok Na Itik Tok Ti,
Jika Tinta sudah kenal diri,
Dihah tersenyum berseri-seri,
Mari bersama mendamba Kasih ILAHI.
~13May~,
Sayang sirih dari Melaka,
Pokok durian dahannnya tinggi,
Kepada 13May yang tertanya-tanya,
Sampai terkeluar biji mata??..hi hi hi.
~Kak Intan~
Duduk bersila meraut lidi,
Bersama sepupu si senget sebelah,
Hati tertanya gerangan empunya diri,
Si anonymous mahu suasana jadi meriah.
Anonymous pompuan kot….lelaki kot…tak kisah lah sesiapa...:) ")
salam...
BalasPadamsemoga ikata perkahwinan tiu akan berkekalan sehingga akhir hayat...
Pengantin baru berseri wajah,
BalasPadamMenanti kehadiran org ketiga,
Mengapa dicari , mengapa ditanya,
Yang tersenyum ceria dialah mardihah
Rindu Tsauban pd Rasulullah
Mengingatkan kita cintanya baginda
Amalkan Al Quran amalkan Sunnah
Agar hidup mendapat redhaNya
salam anonymous,
BalasPadamterima kasih...!!:)
assalamualaikum...
BalasPadamsekadar lawatan ziarah...
mulakan ahrimu dgn bismillah...
err...
hapdet pls...
nk join gak...
BalasPadamtan tan tut buah periya...
mask sebijik atas tangga..
jgn diangguk jgn di iya...
kerna sudah terselah tuan empunya..
peng peng...
:P
cik ramli ke sekolah naik ketalembu
BalasPadamditgh jln dsergah jembalang(alamak)
Kalu nk tahu yang mana satu
cik dihah ada diantara depan dan belakang..
hehehhe :P
pagi pagi bgn terus berpencak(ewah)
bersilat sampai bdn berpeluh
jgn menafi jgn mengelak
jika benar apa yang dituduh...
hehehheh :P
sunan_jati,
BalasPadamkelakarlah pantun hang...:)
terima kasih..
Saya tak menafi,
Saya tak mengelak,
Jangan dirimu nafi,
Hati ini berdetup berdetak..
:)
kesian lebai malim....
BalasPadamasyik menyanyi tak sudah sudah...
sabo yer lebai malim....
aper kat apeh ni taruk malim kundang plak ker..... baru best...
weh pantunla lagi...
BalasPadam:P