Pages

29 Mac 2010

Sekitar PBAKL 2010










Disebabkan Facebook mengambil masa yang lama untuk saya kemaskini gambar semasa Pesta Buku. Maka, saya segerakan ke dalam blog. Cerita bersama rakan-rakan dan suasana akan saya kemaskini nanti. Hanya gambar menceritakan segala-galanya. Terima kasih untuk suami, yang menemani diri. Membawa beg yang berat berisi buku-buku saya. Bergambar bersama dengan Salina Ibrahim. Mendapatkan naskah Setenang Cahaya Hati.
Beliau amat berbeza dengan gambar di dalam setiap naskahnya.

Juga kepada teman-teman yang menemani untuk sesi kedua ke sana. Sesungguhnya Pesta Buku menjalinkan kembali persahabatan kami yang sudah lama tidak bersua. Cerita, sambil minum pagi dan makan-makan petang itu, akan saya kenang sepanjang hayat.
Sedikit terkilan, naskah Ingin Jadi Nasrallah dari Faisal Tehrani, tidak dapat ditandatangani.

Gambar juga bersama Pengarang Novel Sejarah PTS , ayahanda Latip. Berbual-bual dan ada sesuatu yang bermain di fikiran. Mampukah saya menulis untuk itu wahai ayahanda? Saya cuba...

19 Mac 2010

Pesta Buku 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bermula. Jom ramai-ramai
serbu PTS, dan jangan lupa dapatkan naskah Lukisan Jiwa.




Kredit gambar Lukisan Jiwa kepada mattranggie.photopages.com
Facebook beliau adalah mattranggie

Jumpa di sana!