Pages

29 Mac 2010

Sekitar PBAKL 2010










Disebabkan Facebook mengambil masa yang lama untuk saya kemaskini gambar semasa Pesta Buku. Maka, saya segerakan ke dalam blog. Cerita bersama rakan-rakan dan suasana akan saya kemaskini nanti. Hanya gambar menceritakan segala-galanya. Terima kasih untuk suami, yang menemani diri. Membawa beg yang berat berisi buku-buku saya. Bergambar bersama dengan Salina Ibrahim. Mendapatkan naskah Setenang Cahaya Hati.
Beliau amat berbeza dengan gambar di dalam setiap naskahnya.

Juga kepada teman-teman yang menemani untuk sesi kedua ke sana. Sesungguhnya Pesta Buku menjalinkan kembali persahabatan kami yang sudah lama tidak bersua. Cerita, sambil minum pagi dan makan-makan petang itu, akan saya kenang sepanjang hayat.
Sedikit terkilan, naskah Ingin Jadi Nasrallah dari Faisal Tehrani, tidak dapat ditandatangani.

Gambar juga bersama Pengarang Novel Sejarah PTS , ayahanda Latip. Berbual-bual dan ada sesuatu yang bermain di fikiran. Mampukah saya menulis untuk itu wahai ayahanda? Saya cuba...

1 ulasan:

  1. banyak nya buku
    saya habis RM 500 untuk beli buku....
    rasanya tahun ni perlaksanaan pesta buku lebih kemas dan menarik...

    BalasPadam