Pages

31 Julai 2008

Nyum-nyum....


Dihah tak pasti kenapa lewat sangat mereka hidangkan hidangan yang telah di booking awal. Jadi, celebrate birthday Kikimikasa dan Peah agak terlewat rasa. Minta maaf kerana agak kelam kabut. Tapi posing sakan tetap menjadi agenda utama kami. he he.Nasib baik Dihah pusing keliling SR untuk dapatkan segera menu yang kami tempah, jadi dapatlah makan dengan kadar segera meski ada 15 minit lagi nak masuk opis. huhuhu...Cashier tu muka macam monyok je, tapi Dihah dah booking awal, so i must get my menu dengan kadar segera. No Excuse!! We pay and we must get what we want! cheh...jangan marah walau masa bayar Dihah buat muka sebaik mungkin agar mereka tak meletakkan kesalahan pada kami yang telah meminta agar menyegerakan apa yang kami telah order seawal 1 hari.

Ada kek, dan makanan yang nyum-nyum. Sedapnya......Dihah kongsikan gambar untuk tatapan semua. Jadi hari ni, adalah Hari Makan Sedunia...huhuhuhuhuhuhu.

Nyway, Selamat Hari Jadi untuk Kikimikasa dan Syazwani @ Peah ; semoga panjang umur dan murah rezeki, senyum selalu dan sentiasa ceria sahaja. Bersahabat selamanya. Dipercepatkan jodoh dan menuju kepada kematangan diri. Semoga dengan pertambahan usia menambah amal, iman dan takwa, insyaAllah.

Thanks to semua ; Kak Zai, Kak Sari, Hasuga, Kikimikasa, Peah dan diri ini!!.......

Salam persahabatan. Tiba-tiba Dihah teringat saat menyambut Hari Jadi di RSK. Makan dalam talam, ada kek murtabak dan kakak-kakak menyusun satay jadi hiasan sepanjang talam. Makan bersuap-suapan. Manisnya kenangan.

22 Julai 2008

Resepsi Diri


Gambar menarik ketika Seminar Haid & Nifas 19 Julai 2008



Owh, rasa seolah lama saya tidak menulis. Saya menyorot sebuah buku Life Is An Open Secret karya Zabrina Abu Bakar. Erm, menarik dan perjalanan dari dalam LRT ke Bandaraya membuka pandangan luas saya kepada erti kasih sayang kepada seorang ibu..."love your mother". Saya memetik penulisan beliau ;

No wonder Sophia Loren once said;

"A mother always has to think twice, once for herself and once for her child"

Saya teringat mak di rumah.....saya teringat mak cukup sentiasa mahukan anak-anak mak sentiasa bahagia dan wajah gembira mak menyaluti pemikiran saya. Ah..banyak juga perkara yang membuatkan saya rasa bahagia saat ini.

Hari bahagia nanti, wajah mak pasti paling gembira di dunia. Bila agaknya hari bahagia menyusul ?.....InsyaAllah.....

If you have your ticket bearer with you, go to her now. Kiss her hands, and make her happy. Stroke her face, and say you love her.
Go and fulfill your responsibility so that you may gain entrance to the only place we want to be for eternity. Paradise.....

Go....

Ada dua tiga perkara mahu saya kongsikan, barangkali dan boleh jadi bukan dua tiga perkara,

Saya belajar untuk membantu kawan dalam masalah, Timbul juga persoalan bagaimana kita mahu meminta hutang dari kawan rapat/sepupu sepapat/ jiran/ penghulu/kenalan dan sesiapa sahaja. Ye lah kan, kita beri pinjam duit, kita buat sesuatu untuk dijual, tapi duitnya tak dapat-dapat lagi..macam mana nak minta? SMS dah banyak kali, telefon dah berjuta kali...alahai..kadang-kadang jadi segan nak minta hutang pada orang...betul kan?

Nabi s.a.w bersabda :

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" Riwayat Muslim, 6/38)

Sila baca di sini

Erm, kesian saya pada Kak Saraa bila ada pelanggan nya tidak lagi menjelaskan hutang, jadi kami pun berfikir, bermsg dengan orang tersebut dengan penuh hikmah dan akhirnya mendapat jawapan yang mudah dan kami berjaya akhirnya. Tersenyum Kak Saraa.
Tapi memang susah dan payah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Bila kita dah berjanji kena menepati...alamak, saya belum pulangkan barang Kak Saraa lagi...huhuhuhu.....

Jadi, kesimpulannya, bila berhutang jangan lupa bayar, jangan buat-buat lupa, jangan buat derk aje pada pemberi hutang...sian nanti terkebil-kebil nak minta duit balik...sekarang no hutang-hutang, sebab minyak dah naik, semua barang dah naik harga.....Bak kata Nabil
"Lu pikirlah sendiri.." hihihi...

Seminar Haid dan Nifas anjuran BNM berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya merindui kesibukan saya sebegini. Saya juga merindui zaman perjuangan ilmu dan bersama sahabiah seperjuangan.

Isnin 21 Julai 2008, kami berbalas email mengucapkan tahniah, dan ini sebahagian email yang Dihah berikan kepada mereka.upsss!!

Minta maaf juga jika ada tersilap mahupun kekurangan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas program. Minta halalkan ya, terkasar atau apa jua. (pengalaman lalu saya semasa selepas program, akan adakan muhasabah/post mortem) penting juga untuk kita kaji
apa yang perlu dan tak perlu kita buat untuk prgm akan datang. Saya rasa sedikit sangat yang saya bantu dan sedikit sangat yang buat....tp kepuasan jelas sebab kita berjaya menguruskan sesuatu dalam jangka masa yang "dikatakan kronik dari segi masa dan sebagainya, tapi kita berjaya akhirnya....." dan menuntut ramai untuk melakukan gerak kerja Islam. Perlu kita fahami bahawa kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan sedikit program ini
membantu amal jariah kita dan ilmu dapat diperkembangkan dan membuatkan ramai tertarik kepada mesej ISLAM sendiri. Bahkan kita membuka ruang-ruang ilmu untuk ramai pihak.

Terima kasih atas setiap pengalaman dan sesungguhnya menjadi pimpinan adalah atas diri sendiri, dan keyakinan memimpin semestinya ada dalam diri setiap hamba Allah.InsyaAllah.

To Kak Rok (Mak Mertua..ahaks.....) thanks sudi-sudi bantu kami semua. sayang selalu....
Kak Ita & Kak Wan Noorium - salam perkenalan lebih erat . Gerak kerja yang efisyen dan bagus....
Kak Wanhasrina - Akak memang baik sangat..nanti dapat baby, kita bolehlah g jenguk-jenguk...hehehe
Kak Ashida - sweet kakak yang ringan tulang..rajin bekerja
Kak Azlina - pun sweet kakak...yang hepeningkan diri walau nampak stress..(co-ordinator yang takat ni saya bleh bagi 4 bintang..cayalah) Banyak idea dan sentiasa cool!
Kak Azah- Kakak yang nampak tegas tapi sebenarnya sensitif dari dalam, Well, sebenarnya pengalaman saya dahulu, ~memang bukan mudah menjadi pimpinan tetapi menjadi pimpinan sebenarnya satu lambang bahawa Allah mahu kita menguji diri dan sentiasa mahu kita tahu
kita telah dilantik menjadi pimpinan...Allah mengangkat kita untuk menjadi pimpinan ,..........~

Erm, banyak yang saya belajar minggu sudah...banyak mengajar saya, paling penting senyum selalu dan sentiasa membuka ruang kepada diri untuk melakukan kerja/ibadah lebih baik dari hari-hari sudah.

16 Julai 2008

Drama Picisan


Debat, lontaran dan melahirkan persoalan nyata, tahniah kedua mereka, namun daya intelektual
DSAI dikagumi diri, banyak rencah dan rempah...

Media menghukum, jelas taruhan Pakatan Rakyat berjaya..syabas!

Sila klik sini

Juga klik di sini, ulasan besh..


14 Julai 2008

Kenangan Terindah II



Assalammualaikum w.b.t ;

Tiada kata yang mampu saya lafazkan, kecuali perasaan gembira dan alhamdulillah dengan
semua ingatan yang kawan-kawan sediakan untuk Dihah...wahhh...terkejut juga majlis makan-makan
sederhana dan mengharukan diri.....

Thanks banyak sangat dengan nilai kasih sayang untuk Hasuga, Kikimikasa, Waniey, Kak Zai (hehe), Sarina, Kak Pid dan Kak Has...

Semoga kalian juga terus bersama dalam lindungan Ilahi dan Hidayah.

Semoga persahabatan akan terus bersemi, Ukhwah disemai dengan tawa dan muhasabah kepada Keagungan Pencipta.

Ada juga gambar-gambar menarik, tapi dalam blog, sesuai untuk gambar ni sahaja lah yer....

Kenangan Terindah II

Tidak terlewat juga untuk ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Kikimikasa yang ke 25 jugak 15 Julai 2008...hehehe....

Jeng jeng......

Sayang semua...

Sekarang ni terasa blog dah jadi macam cerita peribadi pula...tapi tak mengapa...bukan selalu mencari glamour....huhuhuhu..



10 Julai 2008

Jamuan Mata......






Picture di atas berada dalam koleksi peribadi Dihah, menarik dan memang cantik kan...?
Silakan menjamu mata ya....

04 Julai 2008

Hmmm... Hadiahkan senyuman ini...

Ulasan menarik drmaza mengenai isu "s vs a" .

Saidina Umar r.a. berpesan

“ Sesuatu hal yang lebih saya khuatirkan atas kamu sekalian atau atas umat ini adalah orang yang berbuat menyeleweng lagi pandai berbicara”

Perjalanan saya menyusuri hari-hari makin lewat dan semakin meniti usia. Pinta saya moga hari-hari mendatang penuh warna dan warni juga gembira. Jika Allah memberikan dugaan, cabaran, rintangan dan kesedihan, ianya adalah satu nikmat penuh kesyukuran dalam hidup sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini.

Jemari saya merangkap dan membibitkan tawa. Bukan mudah untuk hari ini saya melebarkan segala kelelahan dalam diri untuk sebuah pandangan peribadi.
25 tahun hari ini, 4 Julai 2008 = 1 Rejab 1429 & 4 Julai 1983 = 24 Ramadhan 1403,
semoga memberikan keinsafan dan sebuah layar bahagia. Muhasabah diri meringkuk dalam ingatan saya. Saya masih teringat ibu dan ayah menyambutnya ketika zaman kanak-kanak dengan kenduri juga doa dan segenap azimat ayah dan ibu itu memberikan saya kekuatan sehingga hari ini untuk berdiri. Juga nikmat kesyukuran Ilahi yang masih menyempurnakan diri saya sebagai islam, dalam iman dan bersifat ihsan.

Alhamdulillah...pinta saya ;

1) Berjaya dunia dan akhirat

2) Menjadi kekasih Allah dan Nabi walau banyak kekurangan diri. (menghitung diri.......)

3) Ibu dan Ayah beroleh ketenangan dan kegembiraan. Sehingga nafas saya terhenti....meski terlalu tahu jerit dan perih kalian!

4) Keluarga yang bahagia - along,kak long, angah, kak ngah, abang chik,si kembar, uda dan busu..kalian sumber ilham diri! Anak-anak buah yang comel - Afrina, Aiman, Irfan, Amar & Athirah ~ menjadi anak-anak soleh & solehah.

5) Bersama dengan sahabiah dan teman seperjuangan , meski saya makin lewat dan membatasi masa dengan mereka, tapi saya ada banyak kenangan dengan mereka semua. Hanes, Kak Long, Lily, Sya, Umi, Paah, Sue, Ina, Dila, Di, Kak Elia, Azalina, Kak Tini Hakim, Adik-adik tersayang - Husna & Tati...selamat berjuang semua. (maaf, tak dapat nak sebut semua nama)

6) "Teman tapi mesra" yang sentiasa membuat Dihah senget dan gembira di pejabat...makin menyayangi semuanya...- Peah, Joyah dan kikimikasa yang senget! huhuhuhu...Kak Zai, Kama, Sarinah & Marina (team anak dara) wahh..terlebih sudah..!!Terima kasih banyak memahami diri yang punctuality, tak boleh masuk opis lambat...hahahahahha....fokus dalam kerja..hikhik..Gelak dah!

7)Kawan-kawan/sahabat-sahabat/adik-adik/akak-akak/abang-abang/bos-bos/seketari-seketari di JKW BNMAMYKL & seantero dunia....peace! Hidup keamanan!!

8) My house mate yg mengerti ~Ila, Kak Ita, Wana, Ely dan Kak Nurul (bekas) banyak perkara yang kita kongsikan bersama.Semoga kematangan menuju usia. Thanks to be my frenz!

9) Semua blogger dan bloggist dan pembaca setia 1000 Hidayah, pencinta keamanan, pencinta buku, pencinta politik yang telus (den dah ponat baca- bak kata Diya) , pencinta haiwan, pencinta seni, pencinta diri ini...(huhu) dan semua pencinta pencinta
kedamaian seluruh negara dan dunia...Peace!! KikiMikasa, Hasuga, Haris Hauzah, TintaHati, AriaAyumi -Diya-,13May, SunanJati, Alwatary, Kak Saraa,FT (cheh, walau dirinya tak pernah bagi komen di blog ini, hahaha), AzahYangComel, Kak Luna, SofieNur, Biskutz -sekadar sebut beberapa nama..tak sebut jangan kecik ati tawwwww!! Moga kita hidup dalam penuh kebahagiaan meski dunia penuh pura-pura......What i say ha????

10) Cepat kahwin...aiceh...amin..Ada keluarga yang bahagia dan membahagiakan bakal suami....eh...ni bukan gurau-gurau tau! InsyaAllah.

11) Pinta saya, moga kerjaya lancar, keikhlasan terpanar dan diri sentiasa mengingati, menyebut kenikmatan juga kesyukuran diri. Sama-sama kita bermuhasabah diri dan memperingati antara satu sama lain. Andai ada terlanjur kata dan terkasar, ingatkan saya......Maafkan saya.

Erm, banyak pula saya mencoret untuk hari ini. Macam membebel pun rasa nih..hahaha.

Selamat Hari jadi kepada Diri......
Erm...nak kek......!!!!!!!

01 Julai 2008

Reformasi II




Saya sekadar melengkapkan berita menarik, berita yang diulas seolah-olah
zaman reformasi semakin mendadakkan kehangatan jiwa rakyat Malaysia. Turut tempias kepada kisah ala-ala penutupan dan melupakan
media mengenai kisah sadis Altantuya dan dengan tiba-tiba merundumkan nama DSAI yang dilihat semakin memuncak? Konspirasi? Pertuduhan biasa? Politik?
Sebagai rakyat Malaysia, amnya, semoga kebenaran Allah pamerkan. Amin

Boleh percaya atau tidak ?

Gambar diambil dari malaysiakini & harakahdaily