Pages

28 Mei 2008

Catatan.....

Oleh kerana saya rasa bosan dengan kerja-kerja yang banyak di opis ini..maka secara otomatiknya, tulisan blog ini bertukar serius kepada perihal peribadi sedikit. Dihah betul-betul rasa tergugat sedikit sebab bulan depan, job schedule berubah….keintiman dengan SWIFT akhirnya reda dan kesakitan kepala tahap gaban sedikit reda nanti. Mengadap recorn tahap halilintar pula. Huhuhu…Kerja di sini menuntut sesuatu yang bernilai tentang diri.

Hmmm..hujung minggu ni bakal berkunjung ke rumah Angah di Subang…mak, ayah, Fared, Zimah, Zirah, si kembar pun datang juga. Anak-anak comel along pun khabarnya menjengah ke Kuala Lumpur. Jadi tak dapat balik kampung, dapat jumpa mereka di Subang pun jadilah.

Afrina, Aiman, Irfan, Amar, Athirah…….anak buah comel Dihah yang sering pipi mereka menjadi mangsa….tak sabar nak jumpa!

Kak Ruzi meminjamkan novel (Dihah tak pasti pinjamkan, meminjamkan…erk) Ketika Cinta Bertasbih II. Tak sabar nak habiskan, tapi sebenarnya macam lupa jalan cerita novel I nya. So, Dihah kena baca semula lah ni…..bila?? InsyaAllah. Sebab ada senarai buku yang masih belum berkesempatan dibuka isinya. Perlahan-lahan dan rasanya pembacaan akan mula tenang selepas bulan Julai nanti.

Pengembaraan Dihah kepada penulisan akan diteruskan. Terima kasih buat mereka yang selalu menanyakan perkembangan. Kadang-kadang YM pun tak sempat untuk dibalas dan buka. Saya minta maaf ya! Dihah tutup sekejap kisah penulisan dengan beberapa aktiviti sendiri setiap malam. Lap top terperap. Kadang-kadang jeling-jeling juga, tapi aktiviti baru ini menuntut ketelitian dan kesabaran juga. Nak tahu aktiviti apa? …rahsia…..rahsia…….ehem ehem.....

InsyaAllah, selepas ini semoga jadual rutin kembali asal dan kembali kepada fitrah diri.
Saya semakin rindu mengharungi idea dan melayarkan kekebalan jemari di atas keyboard.

Psst : Dihah nak beli mesin basuh lah…..penat basuh baju….hihi

23 Mei 2008

Masa Sekolah Dulu-dulu.....


Mata saya tertancap pada murid-murid sekolah yang berbaris masuk ke dalam kelas. LRT memberikan saya keizinan menyaksikan suasana sekolah sebentar. Tidak silap saya berhampiran stesen Plaza Rakyat. Saya tiba-tiba terkenangkan zaman persekolahan. Kelakar juga ada……

Masa beratur di padang perhimpunan, mesti pengawas suruh : angkat tangan, jatuh! Angkat jatuh….maka berbarislah kami sambil mengangkat tangan melihat barisan sama ada lurus atau bengkok! Wakiki…..

Masa sekolah dulu-dulu, ada klinik gigi……ada berus gigi setiap hari Selasa kalau tak silap..jadi kami pun bawa lah berus gigi masing-masing. Kempen mencantikkan gigi. Tahu tak?…gigi Dihah tak pernah kena tampal..nurse cakap kan…gigi Dihah gred A…(wah….!!!)

Masa sekolah dulu-dulu, Dihah selalu masuk tarian kat sekolah. Zapin, mak yong, joget, tarian cha-cha….hahahaha…semua ada muka Dihah. Nyanyian ke, boria ke, nasyid ke…memang nama peringkat atas lah…..glamournya…

Masa sekolah dulu-dulu, Dihah wakili sekolah masuk acara 110m lari berpagar…wah….main bola jaring, bola baling. Sampai wajah hitam legam…comot dan busuk! Ya Allah….

Masa sekolah dulu-dulu, ada RMT(Rancangan Makanan Tambahan) tapi Dihah tak dapat..kenapa entah..mungkin sebab lupa nak update nama kot!


Masa sekolah dulu-dulu, Dihah jadi Pengerusi Pustakawan..habis satu library Dihah kemas…Dihah kira pro bab menyusun buku, balut buku, kemas buku, baca buku dan semua yang terbabit dengan buku! Hidup Dihah dengan buku…..membaca dan suka kemas Library….

Masa sekolah dulu-dulu, bila ada kelas kegiatan petang, Dihah dan kawan-kawan akan jalan kaki. Singgah taman permainan, main buaian…..wahhh…..seronoknya..

Masa sekolah dulu-dulu, Dihah ada minat dekat kawan satu kelas. (ye ke Dihah minat dia? Gossip bebudak ajerrrrr)…..tapi dia tak minat Dihah pun!!!!Sebab dulu Dihah comot!Dihah hitam!Dihah gemuk! Eleh…Dihah pun tak hingin dengan dia lagi…..sekarang dengar cerita dia kerja area Kuala Lumpur jugak…nama dia Faizal Jaafar…(pecah rahsia). Ya ampun!!!!

Masa sekolah dulu-dulu, Dihah suka buat karangan cerpen….pantang subjek Bahasa Malaysia, bab menyambung karangan, Dihah akan buat cepat-cepat. Dihah nak lawan Lim Seong Chun (dulu dia gemukkkkkk…sekarang dah slim….) pernah nampak Lim di Puduraya…tak sempat nak tegur! Eh, betul ke Lim ni? Teringat pulak cikgu Siti Meriam Budin.

Aarghh!!! rindunya pada kenangan sekolah rendah………………..rindu pada bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Laksamana. Juga guru-gurunya……Rindu nak pakai baju kurung sekolah dan kasut sekolah.......!!!

21 Mei 2008

Bercuti

Saya rasa macam nak bercuti...para blogger pun banyak yang bercuti...kenapa ya...suram, sepi dan semakin malap...mungkin antara sebab-sebabnya :

1) Taufan Nargis di Myanmar..menurut sumber, banyak blogger ke sana memberikan bantuan ikhlas.......

2) Gempa bumi di China..menurut sumber dipercayai, para blogger terkedu sejenak sebab kesedihan malapetaka ini/musibah/ujian/ kepada rakan-rakan di China. Semoga kita muhasabah diri dengan ketenangan dan kehidupan di sini.

3) Pengunduran Che Det dari UMNO...menurut sumber dipercayai, Che Det bilang..ramai yang buta dan pekak dan tuli....

4) Sibuk...menurut sumber dipercayai, kita makin sibuk....kita sibuk dengan dunia...sibuk itu...sibuk ini...sibuk sana.... sibuk sini....sibuk sentiasa......menyibuk.. tersibuk.... penyibuk...kenapa ya?

16 Mei 2008

Dihah Nak Jadi Cikgu...

Kadang-kadang saya bekerja bukan untuk satu kepuasan, tetapi bekerja untuk satu keperluan asas hidup. Bekerja bukan memenuhi kehendak naluri, tapi bekerja dengan rasa jiwa yang mati dan kosong!!!! Bekerja dengan manusia yang memerintah, memenangkan diri dan menyalahkan orang lain!!

Penat, tekanan, sedih, kecewa dan amat terkilan.

Manusia tidak pernah puas.

Di mana adilnya, di mana amanahnya…

Mungkinkah saya harus terus mempelajari sikap manusia dan menghubungkaitkan dengan putaran kehidupan. Sungguh amat penat! Saya benar tertekan.

Pagi itu kaki melangkah deras……..saya harus bersama ketenangan. Tiada siapa tahu dan mahu memujuk, jiwa saya kosong, tertekan dan benar sekali dihambat kepiluan.

“Kita umpama bulatan besar yang didalamnya ada satu titik…..bayangkan kesalahan dilakukan adalah titik yang sentiasa nampak, sedangkan tiap kebaikan sebesar bulatan, tidak akan nampak…”

“ Erm..Dihah ingat nak jadi Cikgu lah…” saya terbayang berada di depan papan hitam/blackboard (budak-budak sekarang kan belajar omputih) hehe...memegang kapur....dan mengajar penuh hikmah (dapat jadikan diri penyabar sahaja) boleh ke?isk.....kata joyah, 'akak nak jadi cikgu???

...eeee, garangnya......." aiseh......

“ Ehhhh ehhh..apa Dihah ngarut-ngarut ni?”

Dihah bermonolog lagi…………………

Selamat Hari Guru...Dihah teringat zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa di Sekolah..rindunya nak pakai uniform sekolah....

Terima kasih untuk semua guru / pensyarah....Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian..amin

15 Mei 2008

Kosong

Kosong
Mengisi waktu

Satu
Ruang hati terbuka

Dua
Perjalanan bermula

Tiga
Langkah membuai diri

Empat
Debaran jiwa

Lima
Segenap Rasa

Enam
Menghitung hari

Tujuh
Miliki hati ini......

" Dihah...apa kau buat tu....?"

" Kira belanjawan.....buat jadual perjalanan kehidupan...isi tarikh dan perkara terpenting..."saya senyum sahaja.

" Ohh...peksa bila...?"

" Bulan 9..."saya jawab dalam tawar. Melihat jadual waktu baru dalam hidup. Semoga mendapat manfaat dan sekurangnya masa hujung minggu memperoleh sesuatu yang murni, InsyaAllah.

" Bila beli kereta?"

" Lepas segalanya selesai..." saya tersengih manja.

" Kereta apa ya...?"

" Hmmmmm..................."

07 Mei 2008

Apabila..




I

Apabila kertas tuduhan menjinakkan sandiwara dunia...selamat menempuhi kebenaran.
Pengendali blog Malaysia Today Raja Petra ~ bicaranya "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".


II

Apabila suara Pakatan Rakyat bergema di Ruang Parlimen…
"Siapakah yang sebenarnya menentukan harga beras dalam negara kita, adakah Bernas telah menunaikan tanggungjawab besar ini ataupun Bernas menjadi sebuah badan korporat yang berorentasikan keuntungan semata-mata dan melupakan tanggungjawab asal penubuhaan mereka iaitu untuk menjaga memelihara dan menentukan bekalan beras yang cukup dalam negara kita supaya rakyat dalam negara ini mampu untuk membeli makanan asas atau ruji dalam negara kita,"

- Salahudin Ayub (PAS-Kerian)

III

Apabila rasa sudah berputus asa……..
Saya nak jual lap top! Sungguh saya sedih melihat ia tidak bermaya. Erm, akan terjual ke? Ia separuh dari diri …..

05 Mei 2008

Manikam Kalbu


Saya tidak pernah mengkritik mahupun memuji…tapi ini sebahagian dari rasa saya sebagai pembaca.

Manikam Kalbu memulakan cerita dengan penuh santun budaya melayu. Busana melayu dan tertib aurat dalam konsep busana/fesyen.

Banyak yang dikaji, diteliti dan dimanfaatkan dalam novel Faisal Tehrani ini. Melalui dua zaman dan penceritaan kisah ini digayakan oleh seekor kucing madura, Manira yang comel sikapnya dan gayanya.

Berbekalkan pengalaman dan banyak ilmu, novel ini digarap sinis agar kita sebagai masyarakat melayu menilai kembali kegemilangan busana malayu : baju kurung, cekak musang, destar, baju melayu dan berbagai nama pelik kain seantero dunia. Saya pun baru tahu berbagai nama jenis kain yang kadang-kadang tergeliat lidah menyebutnya. Kelakar sungguh! Gaya berani menempelak dunia fesyen yang semakin tipis nilai moral kepada insan sendiri. Novel ini juga dalam diam menerapkan nilai dakwah sentimental yang halus pada perkiraan saya.

FT meletakkan Ziryab anak muda cekal bersama neneknya yang nyanyuk dan sebagai remaja, memerlukan kekuatan diri, solat dan doa. Buku yang bagi saya wajib diangkat kepada semua remaja masa kini. Bahkan tidak keterlaluan bagi saya, buku ini membawa saya tersenyum, ketawa dan bahagia.

Juga kesinambungan kisah Ziryab bersama dunia kreatif fesyen, rakan-rakannya, suasana sekolah, kasih sayang, persahabatan dan keluarga. Saya rasa macam kembali ke zaman sekolah pula. Bahkan Ziryab lebih pakar menjahit dari saya sendiri.

Manikam Kalbu diwujudkan pada zaman Sultan Melaka - diangkat sebagai memenuhi criteria bagaimana fesyen, busana melayu mula dikenali pada awal abad di Melaka.

Memenuhi selera dan tak rugi membacanya…… Cuma saya tidak pasti bagaimana dengan aurat ibu angkat Ziryab dengan Ziryab dirumah barunya. FT tidak menceritakan keadaan aurat di antara mereka. Molek jika dapat pembaca tahu. Bukankah begitu?

Ceritanya bagai air mengalir dan masih saya ingat bagaimana membaca Tunggu Teduh Dulu….. Tak rugi mencuba novel ini. ..Selamat Membaca!

pstt~ : Kak Long & Diq Sue...tak sangka berjumpa malam tersebut, dalam tak jumpa dan saling rindu, akhirnya terserempak juga...

Miauwww...miauw........

02 Mei 2008

Kelip-kelip Diri....

Saya melakar kekuatan pagi tersebut. Melihat Ila demam kepanasan sehingga kejang.
38.6’c dan di hospital 39.2’c. Memang biru bibir Ila dan pagi hening itu, ambulans menemani kami. Bila berjauhan dengan keluarga, sesungguhnya kawan-kawan menjadi peneman suka dan duka. Ohh..baru saya perasan, saya panik orangnya dan kelam kabut melihat situasi berkenaan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perkara pertama saya saksikan menginsafkan diri. Ia sebagai pengalaman kami. Dan saya memang panik! Ia mengertikan erti persahabatan, kasih sayang dan sebuah perkongsian. Kak Ita, Wana dan teman baru di rumah kami, Ely…..


Memang minggu sakit, dan seterusnya membawa Kak Ita ke Hospital Tawakal keesokan harinya. Menemaninya dan menghiburkan diri.

Manikam Kalbu….

Terhibur diri membaca Manikam Kalbu, karya Faisal Tehrani. Habis baca, saya akan ulas novel terbaik ini. Saya membaca dengan ketawa yang mengundang kepelikan Ila (Ila nampak sihat dan dia turut sama membaca sebuah novel di katilnya) Alhamdulillah……


Malam makin menggigit kesunyian diri. Akhirnya saya lena bersama 2 hari yang sungguh mendebarkan dan menyucikan jiwa. Manikam Kalbu baring sepi di sisi saya. Harap-harap saya bermimpi berjumpa Manira, kucing comel yang pandai berkata-kata. Comelnya…..

Selamat Hari Buruh...lewat pulak buat ucapan. Tapi saya nak bagi ucapan jugak!...Selamat menempuh suasana bekerja yang mengundang kewajiban fitrah diri, sumber rezeki halal juga menempuh keperibadian diri yang lebih matang dan maju...InsyaAllah.

Chayuk...chayuk.....!!