Pages

16 Mei 2008

Dihah Nak Jadi Cikgu...

Kadang-kadang saya bekerja bukan untuk satu kepuasan, tetapi bekerja untuk satu keperluan asas hidup. Bekerja bukan memenuhi kehendak naluri, tapi bekerja dengan rasa jiwa yang mati dan kosong!!!! Bekerja dengan manusia yang memerintah, memenangkan diri dan menyalahkan orang lain!!

Penat, tekanan, sedih, kecewa dan amat terkilan.

Manusia tidak pernah puas.

Di mana adilnya, di mana amanahnya…

Mungkinkah saya harus terus mempelajari sikap manusia dan menghubungkaitkan dengan putaran kehidupan. Sungguh amat penat! Saya benar tertekan.

Pagi itu kaki melangkah deras……..saya harus bersama ketenangan. Tiada siapa tahu dan mahu memujuk, jiwa saya kosong, tertekan dan benar sekali dihambat kepiluan.

“Kita umpama bulatan besar yang didalamnya ada satu titik…..bayangkan kesalahan dilakukan adalah titik yang sentiasa nampak, sedangkan tiap kebaikan sebesar bulatan, tidak akan nampak…”

“ Erm..Dihah ingat nak jadi Cikgu lah…” saya terbayang berada di depan papan hitam/blackboard (budak-budak sekarang kan belajar omputih) hehe...memegang kapur....dan mengajar penuh hikmah (dapat jadikan diri penyabar sahaja) boleh ke?isk.....kata joyah, 'akak nak jadi cikgu???

...eeee, garangnya......." aiseh......

“ Ehhhh ehhh..apa Dihah ngarut-ngarut ni?”

Dihah bermonolog lagi…………………

Selamat Hari Guru...Dihah teringat zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa di Sekolah..rindunya nak pakai uniform sekolah....

Terima kasih untuk semua guru / pensyarah....Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian..amin

4 ulasan:

  1. cikgu yg garang selalunya baik hati :)

    BalasPadam
  2. Jadi cikgu ?, bagus tu
    sabarjelah dengan mereka-mereka tu...


    Haris Hauzah

    BalasPadam
  3. Sabo ler cik Dihah ye. Aku kan ader. Hehehehe. opss...aku kan adik... heheheh. Take care.

    BalasPadam
  4. 13May,

    erm, betul ker? hehhehee..nanti tgk2 mcm mana, boleh ke jadi cikgu nih

    harishauzah,
    hehehhe, saya bermonolog sahaja..:)biarkan sahaja mereka2 tuh..insyaAllah ada masa akn jadi seperti biasa

    kiki mikasa,
    hehhee, sabo jelah kan....
    thanks be my frenz....rajuk, tawa dan gembira....sharing is caring!

    BalasPadam