Pages

31 Mac 2008

Sabar Itu Indah


I

Dia kadang-kadang menjadi diam sahaja. Biar dia banyak diam, berfikir, jika setiap kata kadang-kadang tidak diambil peduli. Biar orang kata dia seperti kayu atau tunggul kayu. Dia sentiasa diam, tidak peduli walhal hatinya kadang-kadang banyak bicara sendiri. Semua orang kadang-kadang tidak mengerti tentang diamnya.
Biar dia diam, berfikir, biar tidak banyak tahu, tapi dia sentiasa mencuri ilham Ilahi. Kebesaran menguji diri. Dia akan sentiasa diam. Kadang-kadang , selalu dan selamanya.....itulah DIA.


II

Diam

" Bas jam berapa, Dihah?"

" 10.30 ayah..." saya yakin. Tiket saya simpan dalam beg. Kemudian siap segera untuk pulang ke kota. Saya akan rindui kembali
keluarga.

Saya diam dan mengulit diri di depan cermin. Tudung saya kenakan dan memeriksa beg.

Siap.

Kereta kemudian menyusuri Masjid Tanah.

" Tak ada pun bas Kak Lang..mana?"

Saya sengih. " Baru 10.20..kejap lagi sampailah tu..." saya sedapkan hati. Aiceh.

Ayah turun mendapatkan kaunter.

" Eh, bas dah jalan, mana ada MARA Liner jam 10.30..." pakcik separuh usia tersengih macam kerang busuk.

Ayah terperanjat. Mulut ayah tak henti-henti bersuara memarahi kerana leka dan lalai melihat waktu perjalanan balik di tiket sendiri. Alahai. Adik sudah
mengekek ketawa. " Berangan lah Kak Lang ni...."

Huwaaaaa..bas dah lepas...................saya diam dan diam. Mati kutu. Melihat tiket. Ya Allah, memang jam 10.00 pagi, bila pulak nampak tiket ini jam 10.30 pagi
ye?

Hati sudah makin berdebar-debar. Diam.

Macam nak jadi pengundi hantu.

Saya sengih dan kemudian kami tertawa di dalam kereta. Mujur bas menanti saya di persimpang jalan. Ayah menderu kereta ala-ala Schumacher.

Semalam, saya menjadi penumpang istimewa. Drebar cool, macho dan menanti sabar saya.

Moral : Please be aware your ticket! Jangan banyak berangan dan bersabar selalu.....Sabar Itu Indah....


III

Sabar Itu Indah....

" Bila nak kahwin?"

Saya diam. " Tunggu ...ada jodoh, kahwin lah..."

" Haiya..mahu tunggu bila amoi....?' pelat tukang jahit mengusik. Saya malu-malu.

" Ohh.....you mahu makan nasi minyak free ka?" saya mengusik

" Iyelah..mahu datang lumah kamu maaaa.."

" ........Ohhh, nanti-nanti. Bila ONN, saya jemput punya..."saya senyum.

" Ni baju cantik pakai bila maa...tunang ka?"

Eh, nyonya ni, banyak tanya pulak. Saya ketawa.

" Bukan...ini pakai kerja maa...."

" Ohh...."

Entry ini khas untuk kawan baik :pemilik kucing siam , tak silap ada 8 ekor kat rumahnya...8 kan? ke dah tambah anak menakan lagi?

27 Mac 2008

~Pagi yang suram~

Pagi yang suram, perjalanan ke pejabat seperti biasa, dengan LRT kebanggaan warga Kuala Lumpur. Tiada yang indah, secebis semangat saya kutip dengan doa rabitah. Tiada yang benar-benar indah dalam meniti sebuah kerinduan kepada mak dan ayah. Juga tiada yang indah, benar-benar diri rasa kesunyian. Kosong dan adakala sepi. Ada perbualan yang mengingatkan saya kepada perkara terpenting April ini.

“ Kak, just to remind, pesta buku bulan April ni”

Saya senyum.

Angguk dan kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Rintik-rintik hujan merembes perlahan.

“ Minggu awal tu, akak join Team Building lah dik….next week, masa penutup Sabtu 12 atau 13 April… tu memang ok…” saya sudah terbayang peruntukan kewangan untuk memiliki beberapa buah buku.

“Hari-hari terakhir…banyak buku lagi tak?” soal dia lagi. Wajah nampak risau. Pergi berteman memang seronok. Tahun lepas saya bertiga. Rasa mahu keseorangan tahun ini. Saya boleh pergi ke mana sahaja sendiri. Tapi akan jadi suram dan cemburu. Bila nak berteman mesra seperti mereka ? (maksud saya kahwin) aiceh…….

Jika hari-hari terakhir ke sana, tak mengapa. Asal tahun kedua di Pesta Buku membuahkan keriangan kepada saya. Saya masih bermonolog. Memikirkan semua buku yang bila nak habis dikhatamkan.

“ Jangan risau..banyak pilihan…stok banyak, perang buku pun boleh...”saya menyambung perbualan.

Kesuraman tersentak. Saya menyambung perjalanan ke pejabat. Mengisi hari-hari dengan perjalanan anak desa di Kuala Lumpur. Anak desa , dara pingitan yang sesak bersama warga kota. Anak desa yang sering merindui kenangan, keluarga, persahabatan dan sebuah jalinan. Barangkali senyuman saya bisa membuatkan kesuraman bertambah sedikit mekar. Ohh..petua saya hari ini adalah senyum itu sedekah…….

26 Mac 2008

~Damba Daulat Tuanku vs Damba Cinta~


Mendamba cinta manusia,
Aku alirkan puisi jiwa,
Agar ia abadi bersama restu Ilahi..

Mendamba satu rasa,
Aku alirkan puisi untuknya,
Agar bersemi bersama satu janji..

Mandamba keanehan rindu,
Aku alirkan puisi setenangnya
Agar dia turut sama merasa
Hanya yang Berkuasa berhak menentukannya....

24 Mac 2008

Harapan diri...

Menatap kembali blog saya, sukar saya jangka, sudah setahun usianya…..setahun pengalaman meniti usia dan setahun saya melayari dan mengemudi laman ini. Banyak perkara mengajar saya tentang BLOG. Hobi baru saya bermula dan mainan imiginasi saya bermula awal Januari 2007.

Saya hampir terlupa usia blog sendiri. Kesibukan dan sesekali bila menerjah kembali hasil penulisan saya, rasa sesuatu menjalari diri. Meski lewat ini, masa terbatas, kesibukan dengan kerja dan beberapa tugasan peribadi tetapi blog ini hampir menjadi seperti salah satu sahabat baik saya. Sudah menjadi sahabat, teman dan kawan saya. Karya, hasil, garapan dan semuanya terkandung dalam naskah yang bagi saya sederhana sahaja. Ini salah satu proses kehidupan manusia yang saya rasakan seperti roda berputar. Sekejap di atas dan kemudian di bawah. Saya juga melalui proses ini. Setiap kita menjalani proses ini. Kehidupan, usia, kematangan, cinta, kasih sayang, persahabatan, keluarga, nilai kemanusiaan dan peribadi. Kita sama-sama melalui perasaan = gembira, sedih, kecewa, terkilan, hiba, ketawa, bahagia, muram, duka dan suka , adakala ini proses yang seterusnya mematangkan diri sebagai seorang hamba Ilahi.

Saya belajar melalui keriangan diri, pencetus semangat saya, pembakar semangat saya adalah kalian semua. Terima kasih sudi menyinggah di sini. Biar singgah, biar renung dan tersenyum di atas wacana saya…saya mahu memberikan kalian pengalaman saya. Adakala pengalaman tidak keruan, kadang-kadang hampir putus asa, tiada idea menulis dan akhirnya blog dibiarkan begitu sahaja. Selalu juga menjadi manusia paling putus asa. Selalu juga menjadi gila dengan penulisan di atas awang-awangan. Ia tidak singgah di blog tetapi idea itu hilang begitu sahaja. Hilang ketika ramai manusia berpusu-pusu balik dari kerja, hilang saat ketawa bersama sahabat, hilang tika melihat suasana penuh hiba…ia dibaluti dalam minda, namun bila jemari mula menari, ia terus hilang…hilang dan hilang….

Saya akan teruskan kegilaan untuk pesta buku bulan April ini. Jangan lupa semua, Pesta Buku Antarabangsa di PWTC 4 – 13 April 2008. Jemput datang ya, meski saya belum menjadi penulis popular…hahahahha (angan-angan yang baik, insyaAllah akan diteruskan, doakan ia menjadi nyata….hmmm , saya tak sabar nak menandatangani hasil karya sendiri….) macam penulis lain…aiceh, ada peminat datang, hulurkan buku sendiri, saya tersenyum, menyapa, bertanyakan nama dan segera menurunkan tandatangan tanda terima kasih……..hmmmmm….

Pst : dihah nak dapatkan tandatangan penulis ni…nama, rahsia, tapi buku-bukunya nak bawa semua untuk tandatangan ekslusifnya…..

Selamat membaca blog ini!! Terima kasih…!!

21 Mac 2008

Erti Cinta

Ke mana mahu di bawa erti cinta ini
Jika bukan menghamba
Ke mana mahu dibawa erti sayang ini
Jika bukan tercedera
Hati, perasaan, naluri, jiwa dan raga

Bagai melayang-layang bersama
Erti cinta
Erti rindu
Pada langkah bersamaMu

Bagai ingin terbang
Hakikat jiwa semakin hilang kawalan
Kami di sini
Khayal bersama Erti Cinta
Cinta nafsu
Cinta AF
Cinta muzik
Cinta lelaki
Cinta wanita
Cinta kuasa
Cinta dunia
Cinta wang
Cinta ranjang
Cinta nafsu

Cinta itu bagai kuasa
Bagai menerjah dosa
Yang semakin kita lupa
Cinta kepadaMu,
Insan teragung

Kami cinta padamu
Rabiul’awal menggamit mesra
Raikan cinta kepadamu
Moga bercambah
Hati mereka, hati ini, hati semua
Mencintaimu

Bukan kami tidak cinta
Tapi kami terleka
Tapi kami ralit
Bersama “Ranjang Dunia”

:: Selawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhamad s.a.w. Mari raikan cinta kepadanya…mari, memperingatinya…::



18 Mac 2008

Cis!!!

Cis
Jangan kau jatuhkan melayu
Melayu bangsaku
Jangan kau dukung bangsaku
Keluar dari jajahan

Cis
Berani sungguh kau mencabar ketuanan melayu
Berani dikau melanggar undang-undang bangsa
Atas jenama olok-olok ku

Cis...
Kau tak pernah tahu
Hati ku kecut dan semakin gelisah
Hanya kerana kau
Mahu hapuskan bangsaku
Walaupun sekadar DEB itu
Nyata sungguh peluh jantanku
Mengalir pantas

Cis……….

14 Mac 2008

~Salam Kerendahan Diri~


Saya mahu bertenang, menarik nafas seleganya. Betapa saya menyuarakan pandangan saya dalam banyak analisis, makan bersama teman-teman, politik menjadi bahan bualan dan akhirnya ia membuatkan minda terasa tegang dan adakala cukup menyamankan apabila saya mula membuahkan banyak idea selepas suara rakyat suara keramat ini. Penulisan saya ternyata bergaya ala-ala Raja Petra…isk…..

Kemudian, saya suarakan kerisauan saya terhadap keadaan politik di negeri Perak. Jagalah kepentingan Rakyat Perak sebaiknya. Nisbah 6:3:1 relevan di samping Ir Nizar yang berkebolehan. InsyaAllah. Jangan sia-siakan harapan rakyat terhadap pemilihan mereka.

Teruskan kebangkitan. Andai tersungkur, muhasabah diri kembali dan renungkan tanggung dan jawab. Tidak kira parti PAS, PKR mahupun DAP. Yang paling utama ialah memastikan rakyat hidup selesa tanpa rasuah, jenayah, penyelewengan kuasa, kronisme dan nipotisme. Rancangkan pembangunan dengan teliti.

Saya mengharapkan krisis demi krisis yang dilontarkan bagi penubuhan Negeri Perak dipandang serius BA. Semua aspek perlu diambil kira termasuk Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Soal keutamaan menjaga agama Islam yang penting maka kaum yang bukan beragama Islam perlulah akur dengan undang-undang berkenaan. Analisis berbagai analisis, berita makin dipanaskan dan mari kita sejukkan. Ruang udara dipuji dengan tasbih kepada Ilahi. Memohon diberkati.

Sabda Rasulullah, “Sungguh sangat menakjubkan urusan orang mukmin itu, sesungguhnya seluruh urusannya baik dan hal yang demikian itu tidak terdapat pada seorang pun kecuali hanya pada diri orang mukmin. Bila diberi nikmat ia bersyukur, yang demikian itu baik baginya, dan bila ditimpa musibah ia bersabar, hal yang demikian juga baik baginya ”. (HR. Muslim).

Marilah kita berjalan menuju Redha Allah : Seorang yang mengenal Allah akan selalu mengharap redha-Nya dalam setiap perbuatannya, dalam perjalanan hidupnya ia tidak akan berbuat sesuatu kecuali bila hal itu diredhai Allah SWT. Lain halnya dengan orang yang tidak mengenal Allah. Ia berbuat berdasarkan kemahuan syahwat dan kehendak hawa nafsunya. Jadilah hawa nafsunya Tuhan selain Allah, yang memerintah dan melarangnya. Firman Allah:
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (QS. 25:43)

Sampaikan salam saya kepada semua pejuang ISLAM.

Panjangkan doa kepada Irfan, si kecil yang manja dan comel, anak buah saya di dalam wad kerana demam/selsema/paru-paru dijangkiti kuman. Kak Long memberikan khabar gembira, Irfan sudah ingin bermain-main dan lewat malam tadi, suara Irfan di telinga mengungkap rasa sayu saya yang mempunyai naluri. Rindu pada si comel. Khabarnya, mak masak lauk sedap-sedap.Hmmm……rindunya…

13 Mac 2008

Semangat Kebangsaan

Siapa yang kata saya tiada semangat kebangsaan?

Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim dan hero-hero pembelanya, jawablah soalan ini…

Siapakah yang menyekat kewangan pusat kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO.

Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik? BN, UMNO.

Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu? BN, UMNO.

Siapa yang menutup surau-surau dan menghalang tazkirah , UMNO, BN/ISLAM…mereka islam kan?

Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,, UMNO, Gerakan…

Kita kehilangan segala-galanya di bawah Barisan Nasional, di bawah UMNO. Mengapa harus ada kepercayaan bahawa BN masih relevan sebagai tempat meletak harapan? Bukan sepenggal, tetapi 50 tahun. Semakin lama UMNO dan BN berkuasa, semakin mereka lupa. Usahkan mahu membantu mengatasi kemiskinan Cina dan India, bangsa sendiri pun mereka lupa.

UMNO adalah masalah Melayu. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia.

Peluang untuk UMNO dan BN sudah tamat. Untuk menamatkannya, hanya strategi 1 lawan 1 sahaja yang mampu menundukkannya. Di mana-mana kawasan BN berdepan dengan DAP, maka DAP itulah yang perlu dipilih.

Tidak mengundi adalah keputus asaan.

Mengundi BN adalah suatu kebodohan.

Maka DAP adalah pilihan yang tinggal untuk menundukkan keangkuhan BN.

Lainlah kalau Melayu mahu belajar mendengar dan memahami tentang PAS. Namun apa yang berlaku, sebut sahaja PAS, jika tidak jebik, gamlah yang dipalit. Apabila hak orang Melayu terusik, tiba-tiba pula BN mahu menampilkan diri menjadi juara membela bangsa.

Ini pula paparan Utusan Melayu (Bawah Tin Milo) :

Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.

Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu.

“Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini.

Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka.

“Falsafah orang Belanda: Manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia,” katanya.

Pejuang kemerdekaan itu berkata, mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak istimewa orang Melayu terhakis.

Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membebaskan pentadbiran negeri itu daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Aziz berkata, dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan banyak membantu kehidupan mereka, akan lenyap.

~Pesan saya kepada semua, carilah media yang benar-benar media bukan Bawah Tin Milo macam UTUSAN MALAYSIA mahupun MEDIA PRIMA atau BERITA HARIAN..kaji-kaji bahan berita, silalah analisis..RAJINKAN MEMBACA!!!..jangan cari media yang menjumudkan fikiran anda ! AWAS.!!!!!..anda akan ditipu seumur hidup..rancanglah pambacaan anda...kepada semua blogger, jangan hentikan ngeblog anda....teruskan biar tiada orang beri komen ke..keji ke, kutuk ke.....~

Pssttt : rujuk http://saifulislam.com/?p=1573#more-1573 untuk paparan lebih menarik minat, isu DAP, yang harus MEMENANGI HATI RAKYAT


12 Mac 2008

~Pesanan Tuan Guru Nik Aziz~

"Antara yang mungkin saya boleh sebutkan adalah nasihat beliau supaya jangan sesekali kita menaruh perasaan dendam kepada pihak UMNO & Barisan Nasional. Sesungguhnya menaruh perasaan dendam itu bukanlah sifat orang beriman. Walaupun kita selama ini dizalimi, dituduh dengan bermacam-macam fitnah, dengan dinafikankan hak menggunakan media arus perdana, penyelewengan yang dilakukan SPR dan banyak lagi namun kita serahkan semuanya kepada Allah Jallaa wa 'Ala untuk megadilinya."

11 Mac 2008

Analisis


Apa yang dapat saya simpulkan pilihanraya Umum ke 12 adalah satu mimpi ngeri untuk Barisan Nasional. Usahlah bermimpi dan tidur lagi. Usahlah membayangkan anda sedang meniti bahagia sebaliknya ini adalah suara rakyat yang menggegarkan dan menggempitakan Malaysia. Suara rakyat telah menentukan. Kebangkitan 5 negeri, Kelantan bersama PAS dengan status quo nya, Pulau Pinang ke tangan DAP, Perak, Kedah dan Selangor yang berstatus pembangkang. PAS, PKR dan DAP telah menjahamkan mimpi indah kesemua barisan kepimpinan tertinggi. Abdullah Ahmad Badawi tersungkur apabila undi majoriti tidak memihak kepada BN.

Mereka angkuh, sombong, bongkak dan keterlaluan. Inilah balasan mereka. Inilah kuasa rakyat. Juga kuasa Tuhan. Tuhan yang Maha Adil dan Kaya. Maha Agung dalam menentukan keputusanNya.

Penganalisis politik terkedu (mereka yang membebel tak henti-henti di TV3 dan TV1, entah apa yang diputar belit. Pengacara juga bagai tidak percaya, muka kelat macam tertelan kopi pahit seolah tidak percaya. Macam saya nak letupkan sahaja TV3, macam nak saya bagi penampar (kasar sikit) sahaja kepada semua pengacara. Perang media sungguh. Tiada lagi laporan sehingga jam 6.30 pagi. PWTC muram dan dibaluti kekecewaan dan kejutan besar, seolah Tsunami melanda Malaysia. Selalunya dan mampirnya barisan kerajaan akan merayakan kejayaan mereka sehingga dinihari. Tapi kali ini amat menyayat hati. Khir Toyo membawa pulang hadiah ‘penyapu’ tercantik. Tajul Rosli menangis lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti.. Mahadzir Khalid, di Kedah membayangkan menjadi pembangkang di negeri jelapang padi. Beliau akan menjadikan tugas sebagai Menteri Besar sebagai Kenangan Terindah, Tsu Koon tersungkur dan bakal menjadi peniaga berjaya. Sementara Ahlan Wa Sahlah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju kekal paling konsisten dan berpengaruh di Kelantan dengan kemenangan kerajaan PAS di Kelantan. Pesan seorang kawan saya..berkunjunglah ke Kelantan, ketenangan dan kedamaian akan diperolehi. Juga kepada semua pengganti Menteri Besar di 4 lagi negeri : Lim Guan Eng (DAP di Pulau Mutiara), Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS di Perak), Khalid Ibrahim (PKR-Selangor) dan Azizan Razak (PAS, Kedah).

Malam tersebut, saya sahaja berkurung di ruang tamu melihat kesemua jawapan dan keputusan pilihanraya. Mak, ayah sudah mula mengundurkan diri apabila lewat tengah malam, keputusan dilihat semakin lembab dan bagai memihak kepada pembangkang. SMS yang saya terima mengujakan. Berita terkini dari SMS lebih pantas dari SPR.…terima kasih untuk semua sahabat dan sahabiah saya….! Mata saya tidak mengantuk malah makin menggembirakan. Inilah saatnya, saya telah membuktikan dan anda semua membuktikan bahawa kita bersemangat pengundi celik. Kematangan rakyat juga sudah ditunjukkan melalui undi.

Gempa bumi, tsunami dan perang minda berlaku. Tahniah saya ucapkan kepada semua wakil pembangkang yang telah menjahanamkan kerajaan UMNO-BN. Rakyat mahukan gelombang perubahan. Analisis saya sehingga dinihari - setiap akhbar, Utusan Malaysia, Berita Harian kesemua wartawan semakin insaf dan muhasabah diri mereka bermula. Adakah selepas ini media akan menjadi 50:50, melaporkan setiap kegiatan negeri, atau Selangor terpaksa mencari medan alternatif mempunyai saluran akhbar sendiri untuk rakyatnya? Jika dahulu sukar kita tahu tentang Kelantan: Utusan Malaysia @ Berita Harian, semua berita tentang Kelantan pembohong…semua yang salah dan angkuh tentang Kerajaan Kelantan…Adakah media juga semakin tertekan atau masih dibelenggu dengan provokasi Kerajaan Parlimen? Ingat..40 % hasil ekonomi Malaysia adalah dari Selangor. Perak dan Pulau Pinang juga merupakan aset kepada Negara. Saya menantikan segalanya berubah.

Satu ruangan pendapat di Utusan Malaysia, dari Mohd Arif Atan :

“suka atau tidak, suara akar umbi rakyat seluruh Negara ini tidak harus dipersoalkan sebaliknya perlu disambut dengan lapang dada disusuli muhasabah diri”

Saya menyambutnya dengan gegak gempita “ Allah hu Akhbar…….!!” Saya cukup suka dan bergembira. Hari Isnin, zon kerja saya cukup selesa dan menceriakan. Zon sehingga 80 %.

Media mengejutkan pembangkang dengan persoalan “ mereka perlu tunaikan janji. Hei…tolonglah media…baru sahaja urusan pertukaran Menteri Besar nak buat, belum lagi jawatan diserah sepenuhnya, mereka belum mesyuarat lagi..yang hangpa dok dengki khianat ni ape pasal? Iye, saya faham , pembangkang harus menegakkan setiap manifesto mereka. Pembangkang harus menunaikan janjinya malah janji kepada Rakyat. Jika PAS mampu membawa perubahan sehingga diterima Rakyat Kelantan, insyaAllah mereka boleh, kerana Rakyat telah memilih BA sebagai wakil baru Malaysia. Tunggu dan lihat bagaimana janji-janji mereka akan dipenuhi dan dijalankan. Mereka akan memimpin dan menerima tanggung juga jawab. Jawablah di akhirat kelak sekiranya tidak membawa mesej jelas dan kebenaran kepada Rakyat. Malah ia makin memualkan bila TV3 mengeluarkan isu TABIKA KEMAS yang di gesa dikosongkan oleh Pihak PAS di Kedah. Isu basi!!!!! Tidak buka minda langsung, Alih-alih keluar kenyataan dari Menteri Besar Kedah baru “ TABIKA KEMAS masih beroperasi…” eh…apa kejadahnya TV3 ni, tadi dia hentam-hentam lepas tu keluarkan kenyataan MB Baru Kedah tersebut. Ni propaganda apa lagi?

Saya beralih kepada Samy Velu yang merayakan Hari Jadinya dengan tersungkur jatuh. Shahrizat Jalil tewas mengejut dengan Puteri Keadilan , Nurul Izzah. M.Kayveas akan meneruskan karier politiknya dan perjuangan menegakkan PPP. Sungguh kelakar apabila sebahagian menteri kabinet Pak Lah terjatuh dan terkejut. Khir Toyo mengemas diri dan mula memindahkan barang.Beringatlah, kita akan berada di atas dan kemudian akan berada di bawah.

Saya menyeru kepada semua Blogger dan rakan, selamat meneruskan perjuangan. Perjuangan saya hanya di atas tulisan yang membantu menyedarkan. Kita sukar perolehi kebenaran dari media, tetapi kita bijak, kerana media semakin memualkan, semakin menjijikkan. Semakin memuntahkan isi-isi basi. Rakyat bosan dan menyampah!

Selamat Berhidmat kepada semua wakil rakyat baru!!!!

10 Mac 2008

Kau DengarTangisan Kami...



Maha Besar
Betapa kemenangan ini
Menguji kami


Maha Agung
Kau dengari suara hati kami
Menguji kekuatan kami

Maha Adil
Kau sinari jiwa kami
Membantu melaksana cita-cita kami

Terima kasih Tuhanku
Terima kasih pertahankan kami
Jiwa kami sinar sekali
Jiwa kami penuh warna dan warni

Melankolik

Rakyat merasa bosan, jijik, meluat dan malu bila Perdana Menteri sentiasa memuji diri serta melakukan pelbagai kerosakkan politik. Untuk itu sewajarnya Abdullah segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

KAMAL AMIR MENULIS

Kerajaan negeri BN mampu dibentuk semula” merupakan tajuk berita lucu serta sendaloka amat memalukan seperti tersiar di akhbar Berita Harian hari ini. Ternyata ramalan nujum Pak Belalang karyawan media arus perdana mengalami kemelesetan kesan gagalnya mereka memahami isi hati serta aspirasi rakyat yang sudah teramat bosan dengan hala tuju kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi serba dangkal lagi menjijikkan.

Seharusnya mereka turun ketengah khalayak massa untuk melihat gelombang Tsunami kebosanan rakyat kesan himpitan percaturan politik sempit Abdullah Ahmad Badawi memberi kekayaan sesama kroni dan orang keliling dalam episod merampok harta rakyat. Semua ini sewajarnya dijadikan iktibar serta pengajaran kepada pimpinan baru bagaimana hebatnya suara keramat suara rakyat.

Sesungguhnya begitu lama sekali rakyat menyimpan dendam terhadap kebobrokkan pimpinan Abdullah. Rakyat merasa bosan, jijik, meluat dan malu bila Perdana Menteri sentiasa memuji diri serta melakukan pelbagai kerosakkan politik. Untuk itu sewajarnya Abdullah segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Rakyat sudah membuat keputusan dalam menyatakan isi hati mereka. Berundur merupakan jalan paling mulia kalau dia benar-benar punya moral.

Bahtera kapalnya sudah terumbang dan karam. Keyakinan rakyat terhakis begitu teruk. Saki baki pengampu, pembodek dan pelacur politik seharusnya segera meninggalkan Seri Perdana. Izinkan pilihan rakyat melaksanakan pembetulan. Sekadar renungan kita bersama sebelum menyusul tulisan dan pandangan lain kesan lelah dalam debar menanti keputusan pilihanraya sehingga awal pagi tadi, elok rasanya kita jenguk apakah bunyi berita yang disiarkan oleh akbar tersebut:-

Rakyat percaya pemerintahan sedia ada mampu bawa kesejahteraan” merupakan tajuk kecil dengan tujuan mengampu.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) yakin BN akan membentuk semula kerajaan negeri menjelang tengah malam esok kerana majoriti pengundi yakin hanya kerajaan sedia ada mampu membawa kesejahteraan untuk rakyat.

Malah, berdasarkan keadaan semasa, mereka tidak menolak kemungkinan mendapat majoriti lebih besar dan mengekalkan majoriti dua pertiga berkat sokongan yang semakin meningkat menjelang hari mengundi esok.

Yang pasti dan jelas kerajaan Abdullah Ahmad Badawi beserta sidang wazirnya memperolehi aib dan malu besar kesan kebangkitan Gelombang kuasa rakyat.

Di SEREMBAN, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin Negeri Sembilan kekal kubu kuat BN dan menjangka tidak menghadapi masalah membentuk kerajaan selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Saya percaya rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN. Pada saya, tiada masalah untuk kita bentuk kerajaan. Cuma yang perlu kita tunggu ialah keputusan sama ada menang semua kerusi atau tidak,” katanya.

Selagi ada Si Kitol @ Anak tanpa bin @ menantu PM, selagi itulah negeri adat pepatih bakal dijengah kehancuran. Sewajarnya Mohamad Hassan mengundurkan diri dari jawatan Menteri Bosar kerana inilah pertama kalinya negeri tersebut hilang kuasa dua pertiga yang telah dinafikan oleh rakyat.

Mana lagi ada kubu di Negeri Sembilan? Jika menangpun sekadar nyawa-nyawa ikan, berundur sahaja merupakan jalan terbaik untuknya. Allah sesungguhnya membenci maknusia takbur.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata tiada sebab BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga. “Kita ada jentera pilihan raya untuk kumpul semua maklumat mengenai pilihan raya. Daripada maklumat, ia menunjukkan kedudukan kita semakin baik, walaupun pembangkang mendakwa mereka lebih baik daripada kita,” katanya.

Berapa kali telah diingatkan, “Penyapu” merupakan alat yang dianggap membawa sial. Untuk menyambut kedatangan Tahun Baru China, masyarakat Tionghua tidak rela menyapu dihalaman rumahnya di pagi hari perayaan tersebut. Dan kini rakyat sudahpun melaksanakan tugas serta tanggung jawab mereka untuk menyapu bersih legasi sempang peranang Menteri Besar yang memutihkan serta mengawetkan wajahnya dengan ramuan tempe!!!

Sebaiknya Doktor gigi Khir Toyo segeralah berjumpa dengan seluruh penduduk di Kampong Berembang dan beberapa perkampongan setingan lain yang telah dirobohkan oleh arahannya. Kepada Menteri Besar yang baru, kepada calon baru bakal Menteri Besar Selangor, laksanakan janji-janji mu agar nasib sebegitu tidak menimpa diri anda. Ingatlah dalam apa keadaan sekalipun, kuasa Rakyat adalah kuasa Keramat.

Di ALOR STAR, Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin BN akan menang besar, sekali gus merampas semula kerusi Parlimen dan DUN dikuasai Pas di negeri itu. “Kita yakin menang besar, sekali gus mendapat mandat menubuhkan sebuah kerajaan baru yang akan melaksanakan kesinambungan pembangunan. Ini impian seluruh rakyat Kedah. Justeru, kita akan berjuang bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat memilih BN,” katanya.

Kesinambungan apa lagi Mahathir Khalid? Selepas ini anda bolehlah berada diluar negeri, dan jika ada keiizinan Datin dirumah boleh usunglah sekali Ketua Puteri yang heboh diperkatakan. Buat malu orang Kedah saja.

Di IPOH, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli, berkata BN mampu mempertahankan kemenangan dua pertiga daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di negeri itu. Katanya, kebanyakan daripada 34 kerusi DUN yang diwakili Umno mampu dipertahankan kecuali dua, iaitu DUN Changkat Jong dan Gunung Semanggol yang masih dianggap kawasan kelabu.

Dah punah ranah Tajul!!!!! Mana lagi ada kelabu, hah menanggislah sepuas hati mu. Sesungguhnya kesemua kehancuran ini adalah kesan dari tangan-tangan kotor penuh dengan noda dan pembohongan.Serba munafik!

Di KOTA BHARU, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata BN mempunyai peluang cerah untuk menang di Kelantan pada pilihan raya umum kali ini.

Memang Kelantan cerah, tapi oleh sinaran purnama bulan mengambang. Setiap titis air mata Tuan Guru Nik Aziz yang tumpah kesan kerakusan yang diperlihatkan oleh siding wazir Abdullah telahpun terjawab kini. Terbukti doa puluhan ribu muslimin dan muslimah di Stadium Kota Bharu dalam munajat hajat kehadrat Ilahi dimakbulkan. Allah hu Akhbar…..Allah hu akhbar…..Allahu akhbar……

Kebangkitan RAKYAT!

HARAKAHDAILY Oleh : Mohd Rashidi Hassan

KEDUDUKAN Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia 'bagaikan telur di hujung tanduk' akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 semalam.

Pada saat ini khabarnya Abdullah menerima desakan yang paling hebat untuk beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno selepas BN kehilangan majoriti di Parlimen serta tewas mengejut di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tiada lagi keangkuhan dan tidak lagi mendabik dada. Kali ini pemimpin Umno/BN senyap sepi enggan menemui wartawan untuk memberikan komen.

Ibu pejabat BN di PWTC semalam begitu muram. Abdullah dan lain-lain pemimpin BN dilaporkan 'menguncikan diri' di dalam bilik mesyuarat.

Tidak ada live telecast seperti biasa dari PWTC. Yang ada cuma paparan celoteh penganalisis politik yang terkejut dengan kebangkitan rakyat menolak BN.

Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperolehi 137 kerusi sahaja. PRU ke 12 mencatat rekod paling buruk apabila BN kehilangan dua pertiga majoriti, pertama kali selepas lebih 50 tahun berkuasa.

Walaupun BN sudah menang simple majority, kerajaan baru masih belum dibentuk kerana ramai pemimpin utama BN tewas mengejut.

Mana dia slogan 'Selamat, Aman dan Makmur'? Mana dia slogan Islam Hadhari? Mana dia janji pembangunan koridor ekonomi? Mana dia WPI?

Semuanya ditolak rakyat dari kalangan Melayu, Cina dan India.

Khairy adalah burden besar bagi BN

Serentak dengan gesaan supaya Abdullah meletakkan jawatan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin-pemimpin Umno seluruh negara mula menuding jari terhadap menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rata-rata ahli Umno menganggap failure BN khususnya Umno kali ini berpunca daripada campur tangan berleluasa Khairy sebagai menantu PM dalam parti dan kerajaan.

Kesilapan besar Abdullah antaranya walaupun beliau mempunyai anggota Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet sebagai penasihat utamanya, namun beliau tidak mengambil pandangan mereka kerana dilaporkan beliau pernah berkata I trust the young one.

Khairy, Kamaluddin Abdullah dan rakan-rakan mereka seperti Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan serta beberapa yang lain didakwa orang-orang Umno sebagai punca kepada kelemahan kepimpinan Abdullah.

Masalah yang paling besar didakwa orang-orang Umno ialah campur tangan Khairy meletakkan orang-orangnya dalam senarai calon BN sehingga mengetepikan ramai incumbent.

Akibat daripada campur tangan ini, orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon pilihan Khairy.

PRU kali ini menyaksikan jentera Umno/BN benar-benar tidak bergerak, kaku dan mandom dalam menghadapi kempen PAS, KeADILan dan DAP.

Keangkuhan Khairy dan juak-juaknya ketika berkempen mengecam PAS untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, dibalas dengan kekalahan yang memalukan.

Ternyata rakyat tidak menerima slogan 'Pade Doh 18 Tahun PAS' (di Kelantan) sebaliknya rakyat membalasnya dengan 'Pade Doh 50 Tahun BN' memerintah Malaysia.

Khairy and his friends has no face right now, komen seorang wartawan asing.

Benar Khairy sudah tidak tahu mana hendak meletak muka, walaupun beliau menang di Rembau, rata-rata ahli Umno tanpa segan silu menyalahkannya.

Rakan-rakan rapat Khairy juga dikhabarkan terpaksa 'menyembunyikan diri' dari orang-orang Umno yang begitu marah sekarang.

‘Tidak pernah terbayang Dato' Seri Mohd Khir Toyo, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dan Dato' Seri Mahdzir Khalid menjadi ketua pembangkang di negeri masing-masing’ kata seorang penganalisis.

Krisis dalaman Umno yang memuncak

Umno kini sudah semakin berkecamuk. Keputusan yang mengejutkan ini menyebabkan Umno benar-benar buntu.

MCA, Gerakan dan MIC juga menerima tamparan yang memalukan. Jelas rakyat sudah menolak mereka.

Abdullah Ahmad Badawi, Ong Ka Ting, Samy Vellu dan Koh Tsu Koon sudah tidak diterima rakyat Malaysia.

Dalam Umno, kini krisis dalaman mereka semakin memuncak. Umno harus 'direvamp'. Abdullah didesak melepaskan jawatan untuk diserahkan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

The fake victory in 2004 sudah berakhir. BN sudah merudum di zaman kepimpinan Abdullah.

Jika dalam waktu yang terdekat ini Abdullah terpaksa melepaskan jawatan, maka impian Khairy untuk menjadi PM dalam usia 40 tahun terkubur buat selama-lamanya.

Episod baru kepimpinan Umno/BN akan bermula pada bila-bila masa. Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat menerimanya.

:: Pandangan peribadi saya di mana ketewasan Samy Velu paling membahagiakan diri, paling membuatkan saya puas hati. Itu penangan paling saya nantikan. Kenapa pula Rafidah Aziz tidak tewas?

06 Mac 2008

Tak Sabar

Saya tak sabar benar,
Untuk mengundi
Mengundi juga memangkah Bulan yang hijau
Mengambang mekar
Tak sabar rasa
Kali pertama jatuh cinta
Seperti malam pertama
Bersama cahaya yang terang sinarnya
Di bawah lembayung suci
Cinta bersama Ilahi…