Pages

14 Mac 2008

~Salam Kerendahan Diri~


Saya mahu bertenang, menarik nafas seleganya. Betapa saya menyuarakan pandangan saya dalam banyak analisis, makan bersama teman-teman, politik menjadi bahan bualan dan akhirnya ia membuatkan minda terasa tegang dan adakala cukup menyamankan apabila saya mula membuahkan banyak idea selepas suara rakyat suara keramat ini. Penulisan saya ternyata bergaya ala-ala Raja Petra…isk…..

Kemudian, saya suarakan kerisauan saya terhadap keadaan politik di negeri Perak. Jagalah kepentingan Rakyat Perak sebaiknya. Nisbah 6:3:1 relevan di samping Ir Nizar yang berkebolehan. InsyaAllah. Jangan sia-siakan harapan rakyat terhadap pemilihan mereka.

Teruskan kebangkitan. Andai tersungkur, muhasabah diri kembali dan renungkan tanggung dan jawab. Tidak kira parti PAS, PKR mahupun DAP. Yang paling utama ialah memastikan rakyat hidup selesa tanpa rasuah, jenayah, penyelewengan kuasa, kronisme dan nipotisme. Rancangkan pembangunan dengan teliti.

Saya mengharapkan krisis demi krisis yang dilontarkan bagi penubuhan Negeri Perak dipandang serius BA. Semua aspek perlu diambil kira termasuk Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Soal keutamaan menjaga agama Islam yang penting maka kaum yang bukan beragama Islam perlulah akur dengan undang-undang berkenaan. Analisis berbagai analisis, berita makin dipanaskan dan mari kita sejukkan. Ruang udara dipuji dengan tasbih kepada Ilahi. Memohon diberkati.

Sabda Rasulullah, “Sungguh sangat menakjubkan urusan orang mukmin itu, sesungguhnya seluruh urusannya baik dan hal yang demikian itu tidak terdapat pada seorang pun kecuali hanya pada diri orang mukmin. Bila diberi nikmat ia bersyukur, yang demikian itu baik baginya, dan bila ditimpa musibah ia bersabar, hal yang demikian juga baik baginya ”. (HR. Muslim).

Marilah kita berjalan menuju Redha Allah : Seorang yang mengenal Allah akan selalu mengharap redha-Nya dalam setiap perbuatannya, dalam perjalanan hidupnya ia tidak akan berbuat sesuatu kecuali bila hal itu diredhai Allah SWT. Lain halnya dengan orang yang tidak mengenal Allah. Ia berbuat berdasarkan kemahuan syahwat dan kehendak hawa nafsunya. Jadilah hawa nafsunya Tuhan selain Allah, yang memerintah dan melarangnya. Firman Allah:
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (QS. 25:43)

Sampaikan salam saya kepada semua pejuang ISLAM.

Panjangkan doa kepada Irfan, si kecil yang manja dan comel, anak buah saya di dalam wad kerana demam/selsema/paru-paru dijangkiti kuman. Kak Long memberikan khabar gembira, Irfan sudah ingin bermain-main dan lewat malam tadi, suara Irfan di telinga mengungkap rasa sayu saya yang mempunyai naluri. Rindu pada si comel. Khabarnya, mak masak lauk sedap-sedap.Hmmm……rindunya…

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama14/3/08 18:02

    Assalamualaikum...

    Bersabarlah di atas semua dugaanNYA... sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman.

    Saya berdoa kehadrat Ilahi agar si kecil Irfan akan sembuh seperti sediakala. Amin...

    BalasPadam
  2. hope irfan cepat sembuh... comel budaknye... ade lesung pipit agi... huhu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19/3/08 22:04

    sayang irfan..:)

    BalasPadam