Pages

27 Mac 2008

~Pagi yang suram~

Pagi yang suram, perjalanan ke pejabat seperti biasa, dengan LRT kebanggaan warga Kuala Lumpur. Tiada yang indah, secebis semangat saya kutip dengan doa rabitah. Tiada yang benar-benar indah dalam meniti sebuah kerinduan kepada mak dan ayah. Juga tiada yang indah, benar-benar diri rasa kesunyian. Kosong dan adakala sepi. Ada perbualan yang mengingatkan saya kepada perkara terpenting April ini.

“ Kak, just to remind, pesta buku bulan April ni”

Saya senyum.

Angguk dan kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Rintik-rintik hujan merembes perlahan.

“ Minggu awal tu, akak join Team Building lah dik….next week, masa penutup Sabtu 12 atau 13 April… tu memang ok…” saya sudah terbayang peruntukan kewangan untuk memiliki beberapa buah buku.

“Hari-hari terakhir…banyak buku lagi tak?” soal dia lagi. Wajah nampak risau. Pergi berteman memang seronok. Tahun lepas saya bertiga. Rasa mahu keseorangan tahun ini. Saya boleh pergi ke mana sahaja sendiri. Tapi akan jadi suram dan cemburu. Bila nak berteman mesra seperti mereka ? (maksud saya kahwin) aiceh…….

Jika hari-hari terakhir ke sana, tak mengapa. Asal tahun kedua di Pesta Buku membuahkan keriangan kepada saya. Saya masih bermonolog. Memikirkan semua buku yang bila nak habis dikhatamkan.

“ Jangan risau..banyak pilihan…stok banyak, perang buku pun boleh...”saya menyambung perbualan.

Kesuraman tersentak. Saya menyambung perjalanan ke pejabat. Mengisi hari-hari dengan perjalanan anak desa di Kuala Lumpur. Anak desa , dara pingitan yang sesak bersama warga kota. Anak desa yang sering merindui kenangan, keluarga, persahabatan dan sebuah jalinan. Barangkali senyuman saya bisa membuatkan kesuraman bertambah sedikit mekar. Ohh..petua saya hari ini adalah senyum itu sedekah…….

9 ulasan:

  1. thn lepas, pertama kali ke pesta buku.. main redah je sorang2.. ;p

    BalasPadam
  2. salam...
    semoga c hat selalu...suram betul pagi nie yeerr, disertakan dengan awan yang mendung...

    p/s: syukran menjenguk walaupun beberapa lama tidak bersua...

    BalasPadam
  3. kalau dah minat buku, tak payah tunggu pesta pun x pe, kan :)

    BalasPadam
  4. salam..
    nk ikot pi pesta buku...
    hmm.. bilelah dpt pi ni..
    hmmm... sedey2.. T__T

    BalasPadam
  5. salam kak..
    cbox kat blog ni dh xder agi eh..

    BalasPadam
  6. achik,
    g sorang2 ke? aiceh...sian die...

    achik_sufi,
    saya sihat sahaja, alhamdulillah....
    lm juga tak bersua ya,,,,:)

    kakluna,
    pesta buku banyak buku yang dah tak ada akan ada...huhuhuhu meriah dan rambang mata...pilihan banyak sekali..

    biskutzlemau,
    hehehe, nak ikut ke...alamak ai....huhuhuu.cbox dah lama delete lah..atas sebab2 tertentu...maaf ya....

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama31/3/08 01:52

    salam ziarah..

    kunjung blog kami di www.jasindaily.blogspot.com

    macam mana perkembangan di MAsjid Tanah..balik kampung ker time PRU aritu??

    xpoli jit.....

    BalasPadam
  8. windu laa kat amper...wah², yg atas tu cerpen pendek po ttg diri sendiri...semoga sentiasa di bawah payungan keredhaan Ilahi...

    BalasPadam
  9. anonymous, terima kasih kunjungan ke blog ini. Masjid Tanah bagus sahaja...angin PR tak mengancam di MT.

    nawal,
    terima kasih kunjungan ya...kite pun rindu kat awak banyak-banyak.bila nak mai k.l...mehla, kiter jenjalan,...:)

    trima kasih daun keladi..

    BalasPadam