Pages

12 November 2007

BERSIH


























Gambar-gambar terbaru yang dapat saya update untuk tatapan anda semua.... :P...just to wish...suara RAKYAT akan memulakan satu arus berterusan...Amin...TAKBIR!
Thanks to "Encik Pak Su" yang memberikan gambar di dalam email....banyak tak terkira...











Grab gambar dari Ukhwah.com..

















Masih belum terlewat saya menyatakan perasaan yang sungguh kagum dan segala luar biasa kepada kalian. Bukan kita pinta, tetapi mereka yang meminta kita supaya menjadi sebegini. Saya akan paparkan gambar-gambar yang akan diperolehi dari sahabat saya nanti. Pesannya "saya sedih tidak dapat join awal..roadblock! komuter delay hampir satu jam..seorang sahabat tertangkap, apa yang dirancang tidak menjadi...ada hikmah di sebalik perancangan ini...."

Ulasan lebih menarik di blog HusamMusa http://n32.blogspot.com/


Psst ~: Kak Long, Diq Sue, warga RSK II, didn’t join all, sorry yer..give up sebab ke PD – Team building!!

Pertemuan 200,000 kita nantikan!

8 ulasan:

  1. “Pembangkang sungguh tidak bersemangat menghadapi pilihanraya. Jika yang lepas, mereka over confident, kali ini apa pula?”, tegas seorang ‘wakil rakyat’ di kedai kopi.

    “Mereka ini, menguruskan kemenangan pun lemah, menguruskan kekalahan pun lemah. Macam mana nak pilihanraya ni?”, keluh seorang pemerhati di meja runding warmak (warung mamak).

    “Kita olang sudah manyak tak suka sama itu gomen. Tapi opposition talak confident. Macam mana mau kasi undi?”, keluh seorang ahli perniagaan selepas membaca beberapa berita di akhbar.

    Cakap-cakap di atas memang meresahkan. Ia adalah keluhan masyarakat terhadap realiti yang berlaku kepada barisan pembangkang yang masih belum panas enjin untuk mempersiapkan diri menjelang pilihanraya. Cukuplah masalah yang menimpa Malaysia akibat kerajaan yang lemah, jangan pula masalah itu diburukkan lagi oleh pembangkang yang juga lemah. Kita bekerja harus dengan minda dan akal yang tajam, bukan semangat semata-mata. Tetapi bekerja tanpa semangat juga amat meletihkan. Seakan-akan tidak serius beragenda.

    10 NOVEMBER

    Akhirnya 10 November berjaya merawat kerisauan ini. Biar pun menerima pelbagai mesej keras dari superiority attitude pihak berkuasa, seruan NGO, parti-parti politik dan semua ’seruan bebas’, telah berjaya juga menghimpunkan rakyat prihatin untuk bersuara. Menyuarakan hasrat mereka untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang bermaruah, pada ketelusannya menegakkan equality and justice.

    Pembangkang sememangnya tidak pernah kisah untuk kalah, tetapi biarlah kekalahan mereka hasil pertandingan yang adil. Penipuan dalam pilihanraya pula memang bukan suatu yang asing, tetapi untuk kita berhenti mengkritik dan seterusnya menerima penipuan itu sebagai salah satu syarat permainan, maka ucap sahaja selamat tinggal kepada umat yang bakal hancur dan binasa itu.
    Saya menulis entri kali ini bukan dengan maksud untuk pembangkang menang sebab mereka pembangkang, dan pemerintah kalah kerana mereka pemerintah. Tetapi saya berpegang kepada perlunya sistem yang sihat untuk check and balance di dalam sebuah negara. Kerajaan berkewajipan untuk melaksanakan keadilan bukan hanya kepada kawan, tetapi juga kepada lawan. Andai jujur, pada lawan itulah mungkin pemerintah akan beroleh nasihat terbaik.

    BERSIH MEMALUKAN NEGARA?

    Saya hairan dengan kritikan-kritikan sumbang bahawa tindakan rakyat turun ke jalan telah memalukan negara, merugikan peniaga dan mencemar maruah Malaysia yang baru melakar nama di angkasa. Jika tindakan rakyat turun ke jalan dianggap memalukan negara, apakah selama ini kita pernah berasa malu dengan laporan-laporan ketidak telusan dan korupsi yang disiarkan oleh badan antarabangsa seperti Transparency International?

    Jika kita benar-benar mahu memperkatakan tentang tindakan memalukan negara, komen Menteri Penerangan kepada al-Jazeera itulah yang mesti diberikan perhatian serius. Bukan sahaja tidak menjawab dengan bahasa seorang menteri, malah menyentuh Myanmar dan Pakistan secara bebas, tanpa memikirkan kesannya di peringkat antarabangsa.

    Mendengar ucapan-ucapan menteri hari ini, secara jujurnya, saya jatuh ‘rindu’ kepada zaman Tun Mahathir. Ketepikan seketika soal pendirian-pendiriannya yang kita semua maklum, tetapi apa yang pasti, setiap ucapannya berbaloi didengar bahkan boleh dikaji sebagai suatu pemikiran. Jauh sekali dari bercakap semata-mata untuk memalukan negara secara murah.

    MOMENTUM PILIHANRAYA

    Semoga gelombang kuning yang tercetus pada 10 November baru-baru ini, berjaya mewujud dan mengekalkan momentum yang diperlukan untuk Barisan Alternatif mempergiatkan kerja mereka menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, janganlah pula Barisan Alternatif merasakan yang kerja mereka sudah selesai dalam memobilisasikan rakyat ke arah perubahan, semata-mata atas figur 100K yang turun baru-baru ini. Ia hanya suatu permulaan, dan kerjasama yang tulen mesti diusahakan.

    Kepercayaan rakyat mesti berjaya dihasilkan, dan pastinya ia bukan hanya dengan menyandarkan diri kepada kerja mobilisasi seperti 10 November. Keyakinan rakyat sukar untuk dijana hanya pada komitmen BA kepada integriti, namun kompetensi juga penting. Calon mestilah berminda dengan minda policy makers serta bekerja dengan tangan seperti tangan administrators.

    Itulah rahsia kejayaan banyak parti yang berjaya, seumpama pembangkang di Turki. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mengundi Parti seperti Refah, Fazilet atau AKP atas dasar ideologi. Majoritinya mengundi atas keyakinan mereka kepada ‘kualiti calon’. Dalam situasi seperti ini, kita perlu lebih menekankan kepada self improvement dan bersederhana dalam self promotion. Korupsi pada penguasa sedia ada sudah jelas, namun keupayaan penggantinya yang masih samar, di mata ramai.

    BERSIH hanyalah spark dan ia mesti disambut oleh bahan api dan enjin jentera yang menjana pergerakan sebenar ke arah perubahan.

    Seeru ‘ala barakatillah!
    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    56000 Kuala Lumpur

    BalasPadam
  2. Tiba-tiba saya jadi rindu...... Saat membantu pembangkang di hujung pedalaman..ahh…wajah pakcik-pakcik yang mengerti erti penerimaan kepada kedamaian sistem pemerintahan…apa lagi, melihat kemudahan mereka yang sungguh menjanjikan semangat untuk kemenangan (daif & tetap membuat kerja dengan penuh semagat) anak-anak muda, semakin tiada membantu..….tetapi saya tahu, tewas kami bukan kerana apa, tapi kerana janji korupsi dan bayangan kemewahan dunia……saya makin rindu …..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12/11/07 13:41

    kerja karut buatpe nak bantu,setakat serah memo buatpe nak kumpul ramai2 hingga jadi huru hara

    BalasPadam
  4. iya la...roadblock sepanjang jalan....jenuh nak sampai..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama13/11/07 00:45

    Bermacam-mcm pendapat dan kata-kata keluar dr mereka yang mendengar , melihat, mengalami , bersama-sama , membaca peristiwa perhimpunan ni...

    Ada menganggap ianya satu demonstrasi...
    Ada menganggap ianya perhimpunan aman...
    Ada menganggap ianya sekadar inginkan populariti...

    Kata-kata ni terdengar dr orang yang hampir kpd saya :-
    "Buat apa nak berhimpuan ...negara kita aman..."
    "Bukankah ada cara lain untuk menyatakan ketidakpuasan hati"...
    "Lepas ni kena tahan ISA la pula..."
    "Roadblock sana sini..."

    Di samping tu ada juga kata-kata ..

    "Mcmmana lagi kita nak suarakan ketidaksetujuan...mcm-mcm kita dah buat..."
    "Media diorang pegang , bagilah peluang pihak lain perjelaskan..."
    "Baru sedar, laporan media ni susah nak percaya"

    Ada sahabat seperhimpunan ...

    "Masa kena gas pemedih mata ...muntah...."
    "Pedihnya mata...jangan lupa bawa air..."
    "Rasa serik dah ...."
    "Naik semangat betul masa laungan Takbir..."
    "Kadang-kadang kita x sangka orang yang biasa pun bleh berhimpunan di barisan hadapan...."

    Ingatlah para pembaca sekalian...ranjau menegakkan kebenaran cukup berliku...perit , rasa takut, tertekan, semangat, rasa lemah , sedih , gusar , semuanya ujian dari Pencipta...
    Allah sayang kita...Allah didik kita...

    Perhimpunan ni merupakan satu jalan dari banyak jalan yang ditutup lorongnya...kita disekat dari bersuara, kita disekat dari mendapat maklumat mengikut fakta...

    Ingatlah Janji Allah...Sesiapa yang membantu agamaNya, nescaya Allah akan meluruskan tegaknya dan membantunya....TAKBIR!!!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama13/11/07 09:18

    Perjuangan itu memang pahit. Dan bukan semua orang terpilih untuk berjuang. Biarlah orang luar mengata sebarangan, kita di sini tetap dengan panji membawa Islam ke serata alam.

    Orang yang tak faham Islam memang akan hanyut dengan keduniaan seperti pimpinan kerajaan hari ini! Makan rasuah! Islam Had-hari. Maksiat. Murtad. Dan macam-macam lagi. Tapi, ramai orang masih buta hati! Benda baik selalu dikeji..

    tinta

    BalasPadam
  7. salam...
    semoga apa yang diimikan menjafi kenyataan...
    sesungguhnya allah membantu orang yang bersabar dan orang yang beriman padanya....

    BalasPadam
  8. satu jerk nak tego. xletih ke deme ngendong pakcik gemok tuh. *gambo ke-13 sbg rujukan* hoho ~ diriku mmg jahat :p

    BalasPadam