Pages

31 Disember 2007

~Semusim Berlalu~

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429 dengan berbagai keberkatan dalam kehidupan, insyaAllah. Bagaimana menerapkan islam dalam diri meski hakikatnya kadangkala kita dilanda dengan iman yang naik dan turun. Kesyukuran untuk nikmat islam, iman dan ihsan. Ibadat sepanjang tahun , mari kita muhasabahkan diri. Semakin meningkat atau menurunkah? Juga perjalanan perjuangan kepada Islam, menginfakkan sebahagian harta, diri, masa untuk Islam, ilmu yang dipupuk ke dalam diri, majlis agama yang dihadiri…..ahh…alangkah kerdilnya diri, Tuhan.

Selamat menyambut tahun baru 2008 dengan penuh nikmat kesyukuran kepada diri, kita masih dianugerahkan Negara Malaysia yang makmur, meski tahun ini berbagai isu menarik politik, rasuah, korupsi, penyapu, Angkasawan Malaysia yang tampan, BERSIH, Hidraf yang panas! Benazir Bhuto, Sukan SEA, kisah artis sana sini kahwin yang dah basi, tangkap khalwat, Perhimpunan aman yang masih susah nak dapat permit yang sentiasa diistilahkan haram…ups…!! Isu alam sekitar yang makin merumitkan, banjir…juga kenangan peribadi – kalian juga saya sendiri…….

Kesempatan ini, saya hulurkan kemaafan untuk semua pembaca blog dikasihi. Saya akan rindu tahun 2007, saya mengenali blog bermula membaca laman Faisal Tehrani (bukan mengiklannya ya, tapi saya suka karyanya…), kembali hangat apabila jemari saya aktif melakar sifat, sikap, kenangan dan terjemahan diri. Sukar juga. Menterjemah sesuatu penulisan jadi terbantut kadang kala. Faktor masa, idea juga kekurangan bahan bacaan. Itu saya akui. Kepenatan dan penghujung tahun saya untuk 2007 menyuramkan, ahlami (impian) / lap top kesayangan saya, rosak….alahai..Memeritkan di tambah dengan berbagai perkara menguji diri.

Tahniah untuk semua sahabat dan sahabiah yang melangsungkan walimah pada tahun ini. Semoga diberkati dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Semoga perjalanan kita semua terus diredhaiNya, amin

**************************************************

Terampunkah diri?

Terampunkah diri dengan dosa dan noda lalu
Terampunkah diri dengan lontaran kata tidak disengaja...
Terampunkah diri dengan lagha yang terlupa
Terampunkah diri dengan nista yang melanda
Terampunkah diri dengan kurang mengHamba
Terampunkah diri bersemi bersama Cinta
Terampunkah diri andai tiba-tiba terleka
Tuhan..
Ampunkan diri
Jauh sekali....hasrat hati , mendamba cintanya.....

Salam 1 Muharam,
qudwah_mardihah; 3;24; 31 Disember 2007

3 ulasan:

  1. Mangkuk Yang Cantik, Madu Dan Sehelai Rambut

    Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a. dan Utsman r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

    Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

    Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

    Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1/1/08 01:00

    salam enti..
    ana pernah terbaca ade orang bertanya pasal kesahihan mangkuk yang cantik , madu dan sehelai rambut ni..rujukan dari mana etc..skdr khuatir ..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2/1/08 09:59

    Ya Allah....
    Syukur alhamdulillah tahun yang berlalu byk mengajar kita semua iaitu hambaNya yang serba kekurangan memerlukan peringatan , didikan dari Maha Pencipta Lagi Maha Mengetahui , Allah SWT....

    Maha Suci Engkau Yang memelihara kami dengan penuh kasih sayangMu ...peliharalah kami Ya Allah..Ikatkanlah hati-hati kami di jalan dakwahMu..Teguhkan pendirian kami...Peliharalah kami dari sikap lemah , malas , bakhil dan sifat-sifat mazmumah...

    Ya Allah Yang Maha Mengetahui hati-hati hambaMu walau sekecil zarah ...kuatkan hati-hati ini dalam menghadapi tahun ni dan tahun-tahun yang mendatang..Jika sesuatu tu adalah baik bagi kami , dekatkanlah kami kepadanya , dan jika sesuatu tu tidak baik bagi kami , hindarkanlah dan jauhkanlah ia daripada kami...Kami burui pengampunan,pemeliharaan dan kasih sayangMu Ya Allah

    Rindunya pada Rasulullah SAW, rindunya pada perjuangan sahabat , rindunya pada mendekatkan diri padaMu Ya Allah...

    Amiin Ya Allah...

    BalasPadam