Pages

18 Ogos 2011

Berpindah negerikah?

Gambar hanya hiasan semata-mata. Terima kasih pakcik google.


Selepas beberapa episod yang berlalu dan saya fikir harus mencari jalan selamat.
Jalan selamatkah? Saya sedang terfikir untuk mengubah haluan, membuka kembali gaya penulisan sebenar saya tanpa ‘halangan’ dan ‘kekangan’ yang sedang melanda diri seketika. Puas saya berfikir dan sentiasa juga bertanya teman-teman. Ajaibnya, saya diharungi rasa bersalah pula.

Berpindah negeri? Ya, manuskrip yang sentiasa akan mengalir kelak, harus dipelbagaikan penerbitnya. Mahu atau tidak, saya harus segera dan bukan memaksa diri untuk menulis menepati kehendak sesuatu penerbit. Meluaskan karya dan genre diri harus saya perhalusi dan mencari penerbit yang memahami diri saya. Penerbit yang sentiasa memberikan rasa, penerbit yang mengekalkan mutu dan citarasa penulis itu sendiri. Bunga penulisan saya akan lebih terserlah jika sebegini. Andaian. Adakah saya membuat andaian sendiri ? Atau ketika fikiran sentiasa berputar untuk ‘masa depan’ diri sendiri. Adakala terus terang saya katakan, saya masih mencari identiti ketika menulis. Menulis yang tidak menyeronokkan datang apabila dihambat dengan ‘peraturan’ membahasakan dan membudayakan penulisan. Namun, saya tetap dengan misi memertabatkan Bahasa Melayu. Kelonggaran sebenarnya juga perlu bagi mengindahkan mutu penulisan. Tetapi penulis sebenarnya harus mengikut syarat penerbit dan meletakkan diri seratus peratus ketika menulis.

Berita menyedihkan kerana manuskrip saya di KIV kan. Namun tetap saya positifkan diri untuk mengetahui perkembangannya kelak atau saya mungkin menarik balik 3 bab manuskrip tersebut dan meneruskan beberapa baki bab dengan menukar banyak ‘bunga cerita’, mencantikkan dengan selera saya dan mahu menghantarnya ke sebuah penerbit lain.

PTS sebenarnya tetap di hati saya! Kerana saya bermula dan karya saya dilahirkan di sini. Anak sulung sehinggalah yang ketiga. Rasa sedih memang teramat sangat meski emel yang saya terima tetap memberikan harapan untuk saya menanti dan manuskrip berkenaan harus dikategorikan di bawah genre lain. Juga harus diubah banyak plot untuk lebih catchy!

Menarik nafas juga saya ketika itu! Banyak yang saya fikirkan.

Juga sebuah manuskrip lengkap sebanyak 16 bab diholdkan oleh PTS One. dan kemudian saya tarik balik lantas membawa keinginan saya ‘menjual’ manuskrip berkenaan ke PTS Pop. Saya tetap mahu mencuba genre fantasi saya yang satu itu. Saya membawa harapan besar untuk manuskrip fantasi yang sungguh saya idamkan.
Terlalu! Dan hari ini saya masih menanti balasan emel editor untuk perkembangan. Jika menerimanya semula, saya akan menyerahkan keseluruhan kepada editor. Jika tidak maka saya akan layangkan kepada mana-mana penerbit lain.

Saya tidak akan putus semangat!

2 ulasan:

  1. MAR..AKAK BARU PERASAN.. MAR PENULIS NOVEL. RASANYA MCM ADA JE KOLEKSI NOVEL TULISAN MARDIHAH AKAK DAH BACA.. HAIISHH BIAR BETULLL, TETIBE SUKA HATI AKAK HARI NI.. HEHE.. MEMANG BERBAKAT N TALENTED... AKAK DOAKAN TERUS MENULIS TAU..

    BalasPadam
  2. Ada genre fantasi? Wah, saya mahu nantikan karya tersebut! :) Sebenarnya saya belum lagi baca karya puan. Terjumpa profil puan di Goodreads lalu singgah di sini.

    BalasPadam