Pages

03 Ogos 2011

Apam Yogurt Kukus

266523_10150256382329516_829239515_7408196_1988154_o

Bergumbira!

Iyalah, mari sama-sama memberikan semangat kepada diri sendiri sambil melayan resipi
Apam yogurt kukus paling sedap dalam dunia ini. Lama saya berjanji mahu berkongsi resipi ini. Hari ini rasa rajin pula menaip. Eceh !
Sebetulnya saya memang suka dengan apam yogurt ini. Memang terbaik dan senang membuatnya. Teksturnya lembut, gebu-gebu dan rasanya ada masam-masam yogurt dan susu sedikit! Saya memang bukan penggemar yogurt. Tetapi bila sudah dibikin apam, jadi sedap pula rasanya! Ramai sudah memujinya. Ahaks! Chep Dihah bila masak memang sedap ya! Ngeee…..

Paling penting, mesti ada pengukus, acuan comel berwarna merah dan acuan comel kertas untuk membuatnya. Tekun, ikhlas bila membuat dan senyum sahaja selepas menyaksikan apam ini tersenyum mekar. Bab memasak apam ini, saya memang sudah jadi gila kentang rasanya! Hari-hari mahu sahaja saya membuat resipi baru, menggodek dan mencari resipi baru untuk encik abang makan. Rasa macam gila masak pun ada ni!

Okey alls, mari semak resipi.

Sumber: Izahdaut , ramai juga blogger masakan yang buat resipi ini. Dihah tak sempat save semua nama. Maaf ya, izinkan saya masuk resipi dalam blog ini nooo.

2 cawan tepung gandum.
1 sudu kecil baking powder.*ayak bersama tepung gandum.
2 cawan gula. (Chep Dihah guna 1 cawan sahaja) 2 cawan manis sangat
1 cawan yogurt asli *tak kisah apa-apa brand.
1 sudu besar ovellette
2 biji telur
perasa coklat *emulco
perasa keladi atau apa-apa perasa yang suka.

* Panaskan kukus.
* Kesemua bahan di pukul dengan kelajuan maksimum kecuali perasa coklat.
Pukul sehingga Kembang - putih dan pekat macam yogurt. Selalunya ambil masa 5 ke 10 minit.

Asingkan adunan kepada dua bekas.
adunan 1 : mahu rasa apa-apa pun okey, nak letak keladi ke, pisang ke, biasa pun okey.
adunan 2 : satu bekas letak perasa coklat

Sudukan atau piping adunan 1 dalam acuan kertas yang diletakkan dalam acuan plastik kecil. Piping adunan 2 sedikit ke atas adunan 1.

Letak jarak-jarak mangkuk plastik di atas pengukus. kukus dengan air yang mendidih dan api besar untuk mendapatkan apam tersenyum mekar. hehehe

Kukus selama 15 minit ya.
Bolehlah kawan-kawan buat untuk berbuka puasa nanti ya!

Tengok gambar di atas, ada rasa mahu senyum sampai nampak gigikan? Senyum sampai petang. Lalalalala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan