Pagi yang dingin
Memberikan banyak inspirasi kepada diri. Saya acapkali tewas dengan nafsu lalai. Lalai mengemudi jemari saya dengan baik untuk manuskrip yang masih terbengkalai. Rindu juga kepada kenang-kenangan bagaimana saya tekun menulis untuk novel pertama dahulu. Setahun mengambil masa. Waktu pagi ketika cuti, saya berteman dengan langsir yang perlahan melambai dengan angin dingin. Berbekal semangat, sebuah buku mencatat plot, dan adakala saya rehatkan diri dengan menggoreng cucur enak untuk sarapan kepada teman-teman. Semua itu berlanjutan sehingga tengahari. Seterusnya membawa ke tidur yang sungguh lena. Kepuasan dan ketelitian saya perolehi meski ketika itu saya terang-terangkan kepada diri bahawa belum tentu manuskrip ini diterima oleh sesiapa. Tetapi kerana ketabahan, saya menulis dan mencongak kepada diri, 'Jika rezeki, impian ini pasti saya perolehi'.
Musim berganti
Musim berganti
Angin tetap memberikan nafas. Dedaunan yang jatuh dan kemudian ia menjadi kering dan pepohon akan tetap menggantikan dedaunan kembali. Saya mencongak kepada perubahan diri untuk setahun yang lepas. Ia sama seperti setiap makhluk ciptaan tuhan. Manusia akan melalui fasa kehidupan. Manis. Sedih. Kecewa. Gembira. Air mata dan ketawa.
Saya menjadi penulis
Cita teragung saya adalah menjadi Penulis Sepenuh Masa. Terbayang di minda saya akan bersama sebuah cafe ringan milik sendiri. Bersama sebuah komputer riba comel berwarna merah jambu, secangkir kopi hangat dan sekeping donut. Saya mungkin ketika itu sedang meneliti manuskrip entah ke berapa. Mencari ilham di dalam Cafe'. Mungkin ketika itu ramai rakan penulis menjadikan cafe' ini sebagai teman mencari ilham juga. Ahhh..tingginya angan saya.

Mardihah Adam Cafe'
Ia adalah Cafe penuh milik saya, yang didirikan dengan konsep moden dan islamik. Beberapa kenalan akan menghirup kopi dengan menjelajah dunia facebook, mencari bahan pelajaran dan ketawa membaca di meja sudut. Beberapa kanak-kanak akan membaca di sudut tersendiri.
Setiap keluarga akan selesa di sini.Sebuah surau yang lengkap bersama perpustakaan kecil turut akan disertakan. Ia mungkin di tingkat dua. Bertemakan 'Dunia Buku', kalian akan menjelajah setiap struktur cafe dengan jalinan sentuhan skrin yang tidak akan mengecewakan. Sebuah panggung mini untuk lelaki dan perempuan. Pengasingan akan saya terapkan. Konsep Bar Islamik dan permintaan setiap buku dengan pengarangnya akan dilayan sebaik mungkin oleh pelayan cafe saya yang menutup aurat dan manis-manis belaka. Anda akan berteman dengan 4 tingkat Mardihah Adam Cafe'. Segalanya di sini.
Apa kemahuan anda di sini, akan dimakbulkan! Mardihah Adam Cafe' akan menjelajah minda anda, dan mungkin ia akan terbit dalam manuskrip saya kelak!!!
Kalian pasti merindui cafe ini!
Ahhhh...bahagianya saya menjadi Penulis Sepenuh Masa dengan Mardihah Adam Cafe' yang akan terletak strategik di tengah bandar Kuala Lumpur. Saya tersenyum sendiri. Angan-angan yang amat tinggi nilainya. Penuh eksotik!

akak kat blog yg betul ke ni? lain je.. huhuu
BalasPadamMardihah Adam Cafe ? Penuh Eksotik ?.... ermmmm .....
BalasPadamSalam Mardihah, dah lama tak bercerita dengan Mardihah. Hati dan perasaan terasa gatal nak membuka blog lama saya di U-HAH.blogspot.com...membaca catatan-catatan lama waktu baru mengenal dunia blog dan bercerita dengan para penghuninya... Saya terbaca komen-komen Mardihah kala itu, terasa seronok pula...teman alam maya yang mungkin tak pernah bersua rupa, tapi kenal hati budi dan bahasanya menerusi ayat-ayat di ruang komen blog...ha...ha...seronok juga saya.
BalasPadamOh ya, TAHNIAH kerana Mardihah sudah punya novel sendiri. ALhamdulillah, tak sia-sia mengikuti tulisan FT dan ramai lagi juga mungkin pernah ke Aswara dahulu, teringat gemulah SN S Othman Kelantan kan!
Teruskan Cafe Mardihah Alam...saya pun teringin ke sana...dan kini, saya menjemput Mardihah ke teratak baharu saya, tak jauh pun...cuma di sini je... http://www.hamizul.com/
Wassalam!
wow! best!
BalasPadamMardihah dear, as your gilerrr fan I pray your success and I especially like to visit & enjoy what you have to offer at your M.C in reality world not cyber world, please!
BalasPadamTo apply the Islamic concept is super, then we can be good muslims while enjoying the Café's attractions.....Share us the good news ASAP, as I think tis is also a great tourist attraction..... a Café offering us "dreams"
Wassalam