Pages

20 April 2007

Rumah Siti Khadijah

Saya terkenangkan satu peristiwa beberapa tahun lalu. Zaman perjuangan bersama rakan-rakan. Ianya begitu mengusik perasaan. Barangkali kenangan itu agak “remeh-remeh belaka” bagi orang lain tetapi ianya cukup dan penuh bererti dalam hidup saya.

Rumah Sewa kami agak berlainan dari yang lain. Agak warna dan warni. Hitam dan putih. Kuning dan Oren. Putih dan Hijau. Biru dan Kelabu. Mungkin ianya sama di tempat lain..warnanya membangkitkan ghairah perhubungan “persahabatan” kami.

Rumah sewa kami ada tazkirah…….cerita-cerita Nabi..cerita-cerita perjuangan para sahabat dan kisah kehidupan dan kematian. Kami memperingati di antara satu sama lain. Kami berbincang jika ada masalah. Kami berbincang jika ada yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Kami kadang-kadang bermasam muka tetapi jalan penyelesaian kami adalah muzakarah. Kami akan ketawa semula.

Rumah sewa kami ada makan-makan……makan dalam talam….Sunah Nabi…berselera dan penuh nikmatnya. Makan kami sikit sama sikit……..banyak sama banyak. Bihun Sup Kedah itu berselera sekali. Moi Sup Kedah itu menyentap “ukhwah” kami…..

Juga “mengeratkan” perhubungan kami. Kadang-kadang kami masak sama-sama. Berlaukkan ayam, bercicahkan sambal belacan dan bersama ikan yang digoreng garing. Sedapnya makan dalam talam…makan dalam dulang. Bersuap-suapan….Berkongsi makan bersama-sama. Itu lumrah kami bersama. Seronoknya saat itu…………

Rumah sewa kami ada bacaan Al-mathurat….membacanya selepas subuh dan asar. Membaca bersama doa rabitah dan maknanya bersama-sama. Kami Amin kan bersama.

“ Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yan tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..Jika engkau mentakdirkan mati…..maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Oh ye…juga dengan Al-Mulk dan Al-Waqiah…..bacaan Al-Quran kami bersama-sama. Tadarus juga membetulkan ayat dan tajwid masing-masing. Rindunya dengan teguran “Akak Azalina” ……suara halusnya menyentuh hati…memperdengarkan bacaannya begitu teliti sekali.

Rindunya saat itu….rindunya saat berkumpul itu…….

Rumah Sewa Kami ada gotong-royong. Sesekali cuci bilik air, kadang-kadang menebas rumput yang makin panjang di belakang rumah. Jadual kami ikut rutin harian. Kemas ruang tamu…juga sawang si labah-labah yang memenuhi ruang atas rumah. Sapu rumah, kemas dapur juga menjadi si tukang masak. Gelak ketawa kami menghiasi..Ukhwah kami hanya kerana Ilahi……

Sungguh….saya rindukan saat solat berjemaah bersama-sama itu. Terngiang-ngiang suara sayup Al-Fatihah dan doa yang kami aminkan bersama. Tegur menegur kami sungguh beralas. Kami erat dalam setiap perhubungan. Saat perjuangan kami dilanda masalah dan badai bersama, tangisan itu kami kongsikan bersama. Tangisan itu mendewasakan perjuangan kami….tangisan itu menjadi kenangan yang sukar untuk kami jangkakan. Ia terngiang-ngiang di tubir mataku.

Perjuangan kami adakala membuatkan kami hampir berputus asa. Rantai-rantai perjuangan Rasulullah s.a.w akan kami pastikan tidak terputus. Kami tebarkan semangat perjuangan islam dalam diri. Kadang-kadang payah dan kadang-kadang senang. Sesukar mana kami jejak. “ Tidak ramai yang mahukan kebaikan ..tidak ramai yang inginkan ISLAM bersemi dalam hati mereka…..jika ada…dua atau tiga orang sahaja….”

Kami mengeluh juga..tapi kerana tekad dan “dunia baru islam” yang kami yakini akan tetap bersemi satu hari nanti!!

Rumah Sewa Kami …….segala kenangan itu dalam hati..segala kenangan itu dalam jiwa……………..

Inilah Rumah Siti Khadijah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan