Pages

24 April 2007

Iran Perketat Kod Berpakaian Wanita -Terharu..Bangganya saya.....Maruah Wanita Semakin Tinggi di IRAN!


Iran perketat kod berpakaian wanita (Berita Harian - 24/04/2007)


TEHERAN: Pihak berkuasa Iran bertindak mengeluarkan lebih 1,000 amaran dan menangkap hampir 200 wanita dalam usaha baru memastikan golongan berkenaan mematuhi etika berpakaian Islam, kata pegawai polis di sini.

Langkah yang dilancarkan ke seluruh negara itu – diadakan setiap tahun menjelang musim panas – terutama mensasarkan wanita yang kot mereka dilihat terlalu ketat, berseluar panjang tidak menepati ukuran atau tudung yang longgar.Pasukan penguat kuasa menyerahkan amaran dan memberi panduan kepada wanita yang melanggar kod berpakaian di khalayak ramai. Sesiapa yang menentang arahan supaya menukar pakaian akan ditahan dan kemudian dijadikan subjek prosiding perundangan.“Sejak pelan itu bermula jam 10 pagi waktu tempatan Sabtu lalu, 1,347 wanita diberi amaran dan diberi garis panduan berpakaian Islam.

“Terdapat 170 tangkapan dibuat dan 58 daripadanya dibebaskan selepas membuat komitmen bertulis dan membetulkan penampilan mereka. Kes selebihnya, yang sudah ada rekod, diserahkan kepada badan kehakiman,” kata ketua maklumat pasukan polis Teheran, Mehdi Ahmadi.Akhbar Iran menyiarkan gambar wanita berpakaian ketat dan berwarna warni diberi amaran di jalan raya di Teheran oleh pegawai polis wanita yang berpakaian bercadur ketika usaha itu bermula Sabtu lalu. Dua puluh kedai yang menjual pakaian disifatkan tidak bersesuaian turut diarahkan ditutup, kata Mehdi. Langkah itu bertujuan ‘memperbaiki keselamatan masyarakat dengan pendekatan keselamatan moral.’

“Tempohnya bergantung kepada bila masyarakat berasa tiada lagi isyarat seluar panjang yang pendek, kot ketat dan hijab nipis,” katanya.Pihak berkuasa berkata, usaha ‘hijab buruk’ itu bertujuan menggalakkan wanita berpakaian mengikut Islam dan ia lebih kepada mengeluarkan amaran berbanding menahan pesalah.Golongan konservatif memuji langkah itu sebagai perlu untuk mengekalkan moral ketika wanita di Teheran semakin berani bersuara mengenai apa yang boleh dipakai di khalayak ramai. – Agensi

2 ulasan:

  1. Saya suka berbicara tentang Aurat...Saya mengikuti
    "Kerana diriku Begitu Berharga. anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan di Masjid As-Syakirin di KLCC, pada 22/04/2007...

    Mahunya menyeru semua wanita mengkiut saya dan sahabiah ke sana...

    Jikalaulah Malaysia begini....ahh..bangganya saya

    BalasPadam
  2. alangkah bagusnya jika dilaksanakan di malaysia...risau dengan pakaian gadis sunti kita

    BalasPadam