Pages

11 Januari 2011

Selamat Hari Jadi blog tersayang!


Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi blog Mardihah Adam. Selamat hari jadi! Menyanyilah saya seorang diri untuk blog sendiri! Meraikan cinta hingga seterusnya untuk blog peribadi ini. Ekekeke (saya tersenyum)

Diam tak diam sudah menjangkau 3 tahun saya berdiri bersama blog ini. Sudah 4 tahun saya belajar menulis hanya dengan blog kesayangan ini. Mengalunkan air mata, rindu, kasih sayang, cinta, ketawa, duka, kenangan dan segala-galanya di dalam blog ini.

Oh, banyak betul yang terindah!

Dari blog yang diberi nama 1000 dinar, kemudian raikan cinta dan tagline raikan cinta cukup menyentuh jiwa saya sehingga jurugambar perkahwinan saya turut sama menggunakan tagline itu untuk gambar-gambar perkahwinan pengantinnya. Aduh!

Kemudian tagline blog saya beralih kepada 'Menulis itu cinta'. Lebih mengertikan kerana lahirnya anak-anak saya iaitu novel-novel kesayangan hasil jemari ini. Kerana menulis dengan cinta itu melahirkan hasil-hasil indah yang amat saya impikan. Cita-cita menjadi
penulis akhirnya menjadi nyata dengan sekelipan sahaja! Biar dua buah novel dan bakal menyusul pelengkap kepada sambungan Andai Gerimis Berhenti.

Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah SWT. Blog ini yang menjadi teman, menjadi kawan, menjadi penghibur dan sahabat sejati saya. Menulis di blog banyak mengajar saya sebenarnya menulis dengan lebih baik dan lebih mulus-mulus.
Tahun ini, saya menjangkakan dua buah novel akan terbit kerana sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkannya dengan tenang. Ya, saya tidak mahu menulis digesa-gesa kerana hasilnya nanti kurang memuaskan hati saya.

Hmm..alih-alih, seminggu satu bab! haaa..ambik kau! Pemalas menulis, mardihah! Asyik sebut, bilalah nak menulis..bilalah nak menulis..bila...bila...sudah Januari 2011, Mar! bangun!bangun dari dunia khayalan dan cemburu melihat penulis lain pegang duit ribu-ribu kerana royalti. Lepas itu jalan-jalan keliling Eropah, Korea, dan Switzerland yang teramat dikau dambakan untuk pergi!

Aduh! Tengok, blog pun tahu marah! Cis!

Nanti, saya bercita-cita mahu berhenti kerja. Yelah kan, bekerja sebab mahu bayar hutang. Koperasi, bla, bla, bla...sebab hidup tanpa hutang bukanlah manusia namanya. Ngeeeee. Betul tak? Menjangkau umur 40 tahun, saya mahu berhenti kerja. Menulis sepenuh masa, bolehlah saya mengemas rumah,mencuci baju bukan seminggu sekali, menyapu rumah, menyeterika baju suami, mengikut suami mendengar ceramah di masjid, menonton televisyen drama korea, yummy!!! Juga perkara paling haibat adalah saya mahu MENULIS!

Saya tak mahu bekerja di bawah orang-orang yang mengarah begini :

"Tolong photostat kertas ini!"
"Aduh, lupa password mesin photostat, awak tolong sekejap!" sambil hulurkan beberapa keping kertas.
"Dik, bawakan fail ini ke depan!"matanya terjengil mengarahkan saya. Dasar kaki bangku. Kaki bangku bukan untuk mereka yang jahil main bolakah? Ahhhh! Boleh sahajalah gunakan peribahasa ini untuk blog saya!

Selepas itu, bekerja sambil mengipas-ngipas. Menggedik-gedik buat rajin! Aduh! paling hairan bila lupa password mesin photostat! Tak menyirap namanya tu? Ha...blog dah pandai buat dosa. Hari ini baru sambut hari jadi ke tiga tahun. Kecik-kecik pandai mengumpat!

Aduh!

Sebab itu saya mahu lekas-lekas mengkayakan diri. Tak mahu kerja di sini! Perang saraf dan buat sakit jantung dengan perangai-perangai rakyat di sini. Benci! Benci! Saya mahu goyang kaki menulis melayan rumah sendiri. Itu lagi bagus saya rasa!

Okey, ini blog saya. Suka hati saya mahu tulis apa! (tiga tahun dah pandai!) Ayat sudah macam ayat gedik-gedik sahaja! Aduh! Maafkan saya sekali lagi pembaca. Maafkan saya ya! Tetapi ini kenyataan dalam sebuah kehidupan. Saya bekerja, kalian juga bekerja. Jika terasa hati, ampun maaf dipinta.

Semoga blog ini terus mekar dengan kegiatan-kegiatan saya menulis, luahan-luahan hati seorang penulis pemalas! hahaha!

Selamat hari jadi blog Mardihah Adam!

Semoga terus senyum-senyum selalu dan menulis laju-laju!

6 ulasan:

  1. "ini blog saya, suka hati saya mahu tulis apa". Saya suka ayat ini...

    Pedulikan mereka ! selamat berjuang demi penulisan dan Cafe....

    BalasPadam
  2. Moga tercapai cita-cita!

    BalasPadam
  3. Selamat hari jadi blog Mardihah Adam...moga terus suksess..yeayyyyy

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12/1/11 19:02

    sokong!!

    BalasPadam
  5. Salam haris hauzah : hehehe. Ya, selamat berjuang demi penulisan.

    Ibnu Jamaludin : terima kasih

    Mrs jamal : terima kasih mendoakan blog ini.

    Tanpa nama : yeay!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama27/11/11 19:58

    perlu memeriksa:)

    BalasPadam