Pages

31 Januari 2011

Cabaran membaca novel/buku 50 buah setahun.

Terdetik pula hati untuk menyahut cabaran ini. Baik, Mardihah akan sertai cabaran membaca novel sebanyak 50 buah setahun.

Untuk teman-teman yang sudi, saya sertakan syarat-syarat penyertaan di sini.

(a) daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)

(b) sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN

(c) emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku

(d) letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..

Mudah bukan.

Saya pula akan ada satu ruangan ‘page’ untuk semua gambar novel yang habis dibaca di dalam page Cabaran 50. Sinopsis akan dilampirkan apabila selesai membaca dan nantikan ulasan saya nanti. Insya-allah.

3 ulasan:

  1. he..he..xbrp paham la..emm..cabaran ni tuk suka2 ke?..sbb sy pun sdg mencabar diri sy:)

    BalasPadam
  2. Salam Madihah...

    Selamat Berjuang! Moga matlamat kita akan tercapai... jika tidak tercapai sekalipun... moga kita dapat manfaat daripada setiap apa yang kita baca...

    Ema...
    Cabaran ini hanya untuk suka-suka sahaja, tapi jika kita tahu bahawa kita sedang 'berlumba' dengan rakan-rakan yang lain, pastinya lebih bersemangat untuk berusaha capai matlamat kan? Sertailah kami... lagi ramai lagi meriah betul tak??

    :D

    BalasPadam
  3. Insya-Allah. Akan mulakan kiraan semula sebab dah tak ingat berapa buah buku yang dibaca dalam sebulan ni. Hehe..

    BalasPadam