Pages

02 April 2009

Pengikat kasih..


1 April 2009,
anak angah yang ketiga selamat dilahirkan di Hospital Sungai Buloh. Alhamdulilah. Baby selamat dan Kak Ngah juga selamat walau ada kompilasi selepas anaknya selamat dilahirkan. Bulan April mendatang dan kemudian saya cukup terasa bulan-bulan saya kebelakangan yang penuh cabaran...Blog tidak dikemaskini selalu dan malas bertandang juga...
Mungkin kepenatan dan saya membiarkan idea-idea berlalu begitu sahaja.

Sempat saya berseloroh dengan angah di dalam kereta. Walau hati penuh bergalau kerana hari ini, saya akan lewat untuk pertama kali!

" Bagi nama baby Ahmad Nizar...." saya ketawa.

" Karpal Singh la............." angah ketawa sambil menahan sabar. Traffic jammed di Subang Perdana. Arghhh!!!

" Glamour apa...." saya menjawab dan ketawa yang tidak control ayu. hehehe.

" Nama anak angah semua bermula dengan A.. Mohd Ammar Hazim, Nor Athirah Zuhaira.....yang ni bagi lah jugak A..." saya berpandangan ringkas.

" Haaaa...Mohd Amir Nizarrudin........"angah menepuk-nepuk stereng kereta.

"Best-best...Amir tu bagi A.M.E.E.R......"

Semoga anak ketiga angah dan kak ngah, menjadi pengikat kasih sayang......menjadi anak yang soleh, insyaAllah. Menjadi peneraju bahasa, peneraju umat dan sentiasa bertuah....Pesan saya, tanggungjawab ayah dan ibu untuk menamakan anak mereka dengan nama yang baik.
Amir - Pemimpin , Putera Mahkota
Nizar - Yang memerintah

Nama yang baik..........

Selamat berjuang petugas yang akan mencipta hatrik 7 April ini. Jika Allah mentakdirkan kemenangan, maka itu adalah tanda langkah yang terus bermula......jika tewas, maka muhasabah itu perlu sentiasa.....

Gambar dicuplik dari blog ini.

11 ulasan:

  1. dihah

    1 - april - orang hebat tu - berikan nama yg seiring dengan karektor orang No 1
    jangan lupa - DSAI lahir pada 10 haribulan.Nombor satu...

    berdasarkan banyak kajian sains itulah aturannya....

    BalasPadam
  2. Akak suka nama nih.. akak suka...
    Kenapa suka...???!!!
    ~Lu pikirlah sendiri~
    :)

    BalasPadam
  3. suka tengok baby ni.. hehe

    BalasPadam
  4. nama yg baik, selari dgn amalan yg baik... insya-allah akan jadi terbaik...

    BalasPadam
  5. salam kehidupan,

    kita perlu doakan untuk kemenangan bersama.

    BalasPadam
  6. nama nizar tu mmg cantik disebut :)

    BalasPadam
  7. muhammad abdullah ahmad badawi tak nak? :P

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...
    nizar yg dlm gambar ini saya tak mahu komen... kita tengok jelah die jadi boneka...
    tapi nizar baby saya suke! sebab comey... kenikmatan dunia yg agung dapat baby... :)

    BalasPadam
  9. comey baby n nama tu sokong2 hehe

    BalasPadam