Pages

16 April 2009

Destinasi..



Raikan Cinta mendahului benak saya sehari-hari.

Kesibukan, kesakitan, perjalanan dan makrifat perjuangan diri semakin hampir.
Ya........Allah menguji setiap hambanya, mungkin dengan peringatan agar kita semua sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah.

Saya rindu mahu menulis, saya rindu mahu menghambakan diri dengan buku, tetapi masa saya mungkin diambil seketika
untuk menzahirkan diri dengan nikmat dan merindui bacaan peringatan diri.

Ini bulan rehat saya dan minda saya. Terkesan seketika
saya ketika air mata menitis tanda inilah peringatan untuk diri, bahawa Allah masih mahu menduga secebis tawakal dan nikmat kesihatan.
Allah menyayangi setiap hambanya dengan berbagai ujian kehidupan. Teman saya berkata....

" Allah nak tengok sejauh mana erti kesyukuran diri......tapi saya yakin dan tahu, awak kuat hadapinya...."

Saya kembali memproses diri, menghiburkan jiwa dengan susunan buku dan mencari beberapa panduan dalam bahan bacaan.
Hikmahnya, saya dapat mencuri beberapa peluang.

Peluang mengenali keberkesanan ayat al-quran dan tawakal....
Masa saya diulit dengan ibadah kerja yang Allah amanahkan, kemudian pulang ke rumah, berdiskusi menarik, ketawa, sedih, gembira bersama kakak kesayangan di rumah sewa. Saya tiada seorang kakak kandung, tetapi hadir Kartini Hakhim sebagai teman, rakan, kakak, sahabat dan buah hati...........

Hujung minggu yang lapang,
saya akan pulang ke kampung, menzahirkan diri bersama riuh rendah bualan mak, melihat beningnya wajah ayah, keletah adik-adik yang makin menjadi 'manja dunia'.....hiburan di televisyen, mahukan ikan sebagai teman di rumah, semua telah disediakan.....semoga ikan menjadi teman kalian menghiburkan diri dari penat membantu mak di dapur........

Ya...zaman saya berlalu dengan kesederhanaan. Zaman adik-adik sendiri semakin berubah...apa yang di inginkan, akan diturutkan..cuma takut, bahagia dengan kemewahan dan jangan terlampau membahagiakan mereka dengan kebendaan....

Juga saya merencanakan jadual cuti dengan berbagai agenda. Agar menjadi selesa kemudian hari.

Masa berlalu begitu pantas.

Saya menghitung diri..

Kemudian tersenyum.

Terima kasih kerana membahagiakan hati saya.

Terima kasih menguatkan diri.

Dalam resah saya tercari-cari panduan diri.

Allah memberi nikmat bahagia dan semoga lancar perjalanan destinasi kita..

5 ulasan:

  1. Lamanya menyepi dikkkkk....
    :)

    BalasPadam
  2. senantiasa percaya ke pada Qada dan qadar.. kadang2 Allah menarik sesuatu..untuk memberikan sesuatu yang lain.. semoga senantiasa diberkati dan di lindungi Allah SWT. Insyallah

    BalasPadam
  3. Salam,

    Blog saya sudah bertukar ke tapak baru..http://www.faridrashidi.com

    Jemputlah ziarah.

    BalasPadam
  4. Sis...semuga dikuatkan sentiasa dlm perjuangan hayah menuju abadi ;)

    Senyum sokmo...

    BalasPadam
  5. relax sentiasa ek :D

    BalasPadam