Nama Dia Joe 5. Phewww....Insya-Allah akan lebih pantas menulis. Enjin turbo kuasa 14 juta ni. Hihi. Semoga suka ya. Enjoyyyy!
***
"Mengapa jantung ini penuh warna warni seperti pelangi?"
***
“Satu awak kena teman Eriana makan.
Eriana tak makan pedas tau. Awak pesan bihun sup sayur campur untuk dia ya.”
Suara Mawar berdesing masuk ke dalam telinga. Dia terima arahan Mawar. Pesanan
Mawar dah sebakul dan bertubi-tubi menerjah ke dalam jiwanya. Kaki melangkah
longlai menanti Eriana yang sedang melambai-lambai. Joe bersandar sambil
berpeluk tubuh. Matanya terbayangkan wajah Mawar dan gerak geri bibir Mawar.
Oh, kenapa tiba-tiba kala ini wajah Suri hilang di tubir matanya. Kenapa?
Dating pertama antara Joe dan Mawar
menjelma. Hari malang dan hati Joe menyumpah-nyumpah Eriana. Bihun sup yang
sebenarnya dipenuhi dengan lada hitam halus sudah dimasukkan ke dalam sup.
Bodoh betul Eriana. Percaya saja resipi terbaru yang dia pesan dari pelayan
tadi. Lepas makan, sila pitam ya cik adik! Muka tak lawa, perasan lebih.
Gedik-gedik gesel bahu membahu. “Oitt..haram
tau tak?”
“Ala
you ni!” Suara manja Eriana macam kucing betina. Baru duduk sebelah
menyebelah, Joe sudah segan-segan pula. Eleh,
dia tahu jantung Joe berdegup kencang dengan wangian yang dia pakai. Dia tahu, Joe
suka bila dia gesel-geselkan bahu dan kuit-kuit kasut Joe. Auww! Dia mula rasa
tak sabar mahu berkepit dengan Joe di dalam shopping complex. Mula juga tak
tahan nak pegang jemari kasar Joe di dalam panggung wayang dan lentukkan kepala
ke bahu Joe. Juga paling tak sabar, dia mahu membonceng di belakang motor
berkuasa tinggi Joe.
Joe sengih. Telan air liur. Allahu
rabbi. Mawar, rancangan ini adalah bala namanya tau tak? Ini bukan kes kecil-kecil. Ini libatkan
nafsu. Argh..Joe jeling Eriana. Tolak jemari Eriana yang mula lekat di pehanya.
“Kita makan dulu okey, lepas makan I
bawak you jalan-jalan. Tengok wayang nak? Eh, nama penuh you apa? Eriana binti?”
Eriana senyum. Lelaki macam ni dia suka.
Lelaki jenis sabar dan tak gelojoh. Oh, dia mesti perfect melayani kehendaknya. Oh,
I like! “Eh, lupa pulak nak
beritahu kat you. Eriana. Eriana
Binti Dato Halim. Father I businessman.”
“Oh…” Joe angguk sambil rasa mahu
lempang pipi Eriana agar duduk jauh-jauh dari sebelahnya. Businessman sangatlah. Heiii,
budak ni. Ada kena tendangan ultraman ni!
Makanan sampai. Joe sengih. “Kalau you habiskan bihun sup yang I order ni, I belanja you lebih-lebih
nanti. Makan okey?” Joe sengih. Tayang gigi putih sambil dalam hati minta ampun
maaf berjuta-juta kali dengan Mawar kerana misi pertama ini akan rosak sama
sekali. Ah, dia mahu lekas pulang dan tidur.
Eriana terkebil-kebil sambil hidungnya
menusuk masuk haruman bihun sup istimewa yang dipesan oleh Joe. Dia pandang
nasi ayam pilihan Joe. Eriana angguk. “Eh, ayah you kerja apa?”
Joe tarik pinggan nasi ayam. Ah,
laparnya. Pesanan Mawar semalam masuk lagi ke dalam minda. “Joe, jangan bagi Eriana
marah. Dia akan suka kalau kau sebut pekerjaan ayah ke, kekayaan ke, harta
berjuta ribu satu dunia ke. Dia suka shopping.
Jangan sebarangan okey?”
Ah, lantak. Dia dah suruh pelayan kedai
curah lada hitam halus sebanyak mungkin. Joe mula makan. Eriana juga. Sambil
mengunyah, Joe terus menjawab. “Ayah I tukang kebun je."
Burrr!
Eriana terus tersedak. Mata merah menahan pedas. Tukang kebun? What? Bukanke Mawar kata ayah Joe kerjanya jual tanah beli tanah? Joe yang
suka berfalsafah ni pun ada dua kereta sport
mengancam habis dengan sebuah motorsikal Ducatinya itu. Biodata Joe tu biodata tipu ke? Eh, Mawar memang nak kena ni!
Eriana terus terbatuk-batuk. Geram dengan Mawar tak habis lagi!
Joe hulur tisu sambil sengih. “You dah janji kan? Kena habiskan bihun sup tu. Sup kat sini sedap tau kalau you hirup sup tu. Habiskan okey?”
Joe hulur tisu sambil sengih. “You dah janji kan? Kena habiskan bihun sup tu. Sup kat sini sedap tau kalau you hirup sup tu. Habiskan okey?”
Akhirnya Eriana mengalah. Kerana Joe dan
kerana dia mahu bershopping selepas
ini. Satu sudu bihun sup dia boleh tahan lagi. Dua sudu bersama kuah pedasnya
ini sudah membuatkan kepalanya berdesing dan berputar. Dia rasa hangat.
Punggung rasa mahu terangkat. Oh, buasir pasti datang menyerang lagi.
Joe renung Eriana. Muka macam buah kulit
buah langsat je aku tengok Eriana ni. Lawa lagi si Mawar itu berpuluh kali
ganda. “You cantik!” Joe pasang
jerat. Sumpah, saya terpaksa kata awak cantik, Eriana. Iyakkk…...
Eriana terkujat. Serta merta dia makan
lagi bihun sup penuh lada hitam itu. Perghh..kerana
Joe kata dia cantik, maka dia rela makan bihun sup ini dan rela buasirnya
menjelma. Malam ini, dia akan duduk satu jam di dalam bilik air. Ah, sebab Joe
kata dia cantik, dia rela. Rela buat apa sahaja. Sanggup habiskan bihun sup ni.
Lima belas minit berlalu. Joe makan
dengan kenyang dan suka hati. Sedut straw dan air sirap limaunya sudah habis
ditelan. Sedap! Satu SMS masuk. Eriana sedang tahan kepedasan dan wajahnya
sudah merah. Telinganya turut sama berbahang kepanasan.
Joe buka telefon pintarnya. Mawar. SMS
pertama dari Mawar. Semua okey kan? Hehe.
Joe sengih jahat.
Eriana serta merta bangun. Pijar dan
nanar rasa seluruh tubuhnya. “I nak
pergi toilet. You tunggu I okey.
Oh…pedas, pedas!!!” Eriana ambil beg. Berlari-lari
cari toilet. Oh, bihun sup tu
membunuh aku. Kau siap Mawar. Aku dah pesan banyak kali pastikan semua menu aku
adalah makanan yang tak pedas. Bihun sup yang dah masuk dan bergelodak dalam
perut aku ni, gajah pun tak akan makan. Kau memang nak kena dengan aku Mawar.
Dah berkali-kali aku pesankan? Eriana bagai lipas kudung. Tolak pintu toilet. Bibirnya kini, sumpah seranah
Mawar.
Saat itu juga, Joe terus lintang pukang
capai helmet dan jaketnya. Dia lekas-lekas buat bayaran dan segera berlari
menyusup menghilangkan diri. Pantas. Bagaikan kilat memburu waktu.
Eriana masuk jamban terus muntah hijau!
Pitam dibuatnya sebab taik dalam mangkuk tandas tak berflush. Oh, malang. Hari malang sedunia menjelma saat ini.
***
Joe mengekek-ngekek ketawa. Rasakan!
Suara terkejut Mawar di hujung telefon membuatkan dia mahu gelak guling-guling.
“Awak. Ya rabbi. Habis tu tinggal dia
macam tu saja?” Mawar gigit bibir bawah. Habislah aku malam ni. Habis!
“Nanti saya pujuk dia. Awak jangan
risau, Mawar. Akan okey semuanya.” Joe yakinkan Mawar. Dalam sekejapan, mereka
kini sudah bersahabat baik. Sudah berbual-bual dalam telefon. Joe masih bersisa
ketawanya. Mawar gelengkan kepala. Berani betul Joe buat Eriana begitu. Hish….takutnya dia kalau Eriana mahu
jumpa malam ini.
“Habis saya macam mana? Iya, awak senang
lepas macam tu saja. Buatnya malam ni dia sekeh lagi kepala saya? Saya yang
nangis.”
“Tak apa, nanti saya datang. Pujuk awak,
okey?” Joe mula duduk atas sofa. Sofa di mana si Mawar pernah terlena dua hari
yang lalu.
Mawar pandang kaki langit. Tarik nafas
dan melangkah lagi. “Huh..” Dia mengeluh. Fikirkan nasib yang bakal menjelma
malam nanti.
“Iya,
jangan risaulah Mawar oi. Nanti saya
datang sana pujuk awak. Okey?”
“Toksahlah
awak nak pujuk saya, Joe. Saya tak pasti nasib saya malam ni bagaimana. Saya ni
perempuan, awak lelaki. Kan saya cakap, jangan bagi Eriana marah. Awak memang
degil kan? Sengaja cari nahas!”
“Aik?
Sebab awak perempuanlah saya akan pujuk. Awak kan kawan saya. Ala, takat Eriana
jerkah saja, jangan takutlah Mawar. Saya kan ada.” Joe renyih lagi. Gigi putih
bersusun cantik.
Mawar cebik. “Kawan sangatlah. Saya ni
perancang untuk Eriana, tau tak? Kalau tak menjadi, hubungan awak dengan
Eriana, habislah saya.”
“Awak kawan saya yang baik kan?” Joe
rasa sesak dada. Apa yang akan Eriana buat dengan Mawar ya? Dia mula susah
hati. Bergunung simpati menerjahinya kini.
“Eeee..geramlah!”
Mawar makin laju berjalan. Tahan bas dan harus bergegas ke hospital. Mawar
kepit telefon. Antara telinga dan bahu. Masuk syiling dalam mesin. Kad touch n go tidak cukup bakinya.
Joe ketawa lagi. Dia suka mengenali si
Mawar. Entah kenapa senang sekali mengenali gadis yang sederhana ini.
“Okey-okey. Kita jumpa sekarang. Mawar kat mana? Saya teman awak sampai awak
balik rumah dan kita sama-sama jumpa Eriana. Jangan susah hati. Saya kan dah
janji akan tolong awak. Awak tolong saya dan saya akan tolong awak. Sistem
barter kita..awak ingat kan?”
Angguk. Mawar tarik nafas. Lapang dada.
Mawar cari kerusi kosong dan duduk. Beg diletak di peha. Tangan masih pegang
telefon jenama lama. “Okey. Saya dalam bas. Nak ke hospital. Sepuluh minit lagi
bas nombor 543 ni akan lalu depan apartmen awak. Tahan dan naik. Saya tunggu
awak kat dalam perut bas ni. Kalau awak lambat, saya karate awak!”
“Hihi..”Joe ketawa halus. Mawar, Mawar!
Kelakarlah. “Berani ke awak nak karate saya?” Joe terus bangkit. Hafal nama
bas. Hari ini, dia mahu teman Mawar ke hospital dan hantar Mawar kembali ke apartmen Eriana.
“Eh-eh.
Saya beranilah. Siapa kata saya tak berani. Takat karate leher awak tu, kacang
goreng je bagi saya.” Jerkah Mawar.
Dia sengih. Harus dia terbungkang kalau karate Joe.
“Sebelum awak karate saya, saya cium
pipi awak!” Joe tepuk dahi. Terlajak kata, bolehkah diundur semula?
Dingin. Saat itu bas yang sedang
meluncur sederhana menyerbukan angin ke wajahnya. Selendang yang melilit dan
melekap di kepala berkibar senada. Mawar kaku dan telefon di jemarinya kala ini
terkejut sungguh dengan pengakuan Joe.
“Errr…awak,
tunggu saya tau! Kalau saya lambat suruh bas berhenti. Wajib!!!” Joe terus off telefon.
Mawar pandang telefon. Eeee, dia ingat pakcik drebar bas tu
pakcik angkat aku ke? Dia masukkan telefon ke dalam poket beg. Mawar bawa lima
jarinya ke dada. Jantung sedang berdegup hebat. Jantung bagaikan mahu melompat.
“Sebelum
awak karate saya, saya cium pipi awak!”
Kelirulah....Joe keluar dengan Eriana tapi kenapa ada nama Mawar pulak ni???? o_O
BalasPadamApapun entry kali ni memang best!!!! #^_^
Joe memang nakal... :)
@NurAtiZa oh terima kasih dik. akak sudah betulkan dan gantikan nama Eriana dalam plot makan tu. maafin... tq tau komen yang bagus! Hehehe.
BalasPadamsuker yer part joe n mawar..hope slalu update yer kak heheh
BalasPadambest cite ni, kelakar pun ye,
BalasPadamhendaknya biarlah Joe jatuh cinta dgn Mawar dn ada org yg akan melindungi Mawar dari Eriana tu...
waitng 4 new n3!!
BalasPadampadan muka Eriana. Joe,taruk Eriana kaw2. perasan lebih minah nie. Mawar, jgn takut, abg Joe ada. ekeke
BalasPadamHohohi... suka joe n mawar....
BalasPadam↖(^▽^)↗
Sukaaaa....best2....comel la joe & mawar
BalasPadamSukerr...suker...padan muka eriana
BalasPadamTapi sian lak ngan mawar....mardihahhh
Jgn bagi eriana bully mawar teruk2 sgt yer!!!