Orang perempuan itu kadang-kadang macam kanak-kanak juga perinya.
***
Pagi tadi, bagaikan lipas kudung Mawar keluar dari rumah Joe. Terjerit-jerit dia macam kena histeria. Sampaikan Joe tersembam jatuh ke bawah dari sofa. Selimut juga jatuh membalut tubuh Joe. Dia cari kunci rumah Joe. Saat itu dia tengok jam di dinding rumah Joe. Jam 5.45 pagi. Dia tidak pedulikan Joe. Apa jadi dengan Joe, lantaklah. Yang penting dia berjaya buka pintu besi rumah Joe. Tetapi semua kunci yang diambil dari kotak kayu semuanya tak sepadan dengan lubang kunci. Ah, stress! Stress!
Joe cekak pinggang. “Iya, iya.
Saya bukakan pintu ni untuk awak. Awak dah sedap-sedap tidur dalam rumah saya,
sekarang awak nak keluar tanpa ucap terima kasih. Senang-senang pulak tu awak menjerit dalam rumah saya ni dan memang
betul nampak awak macam orang gila. Heii…”
Joe bukakan pintu besi. Kemudian, dia berlari sederhana ambil beg galas Mawar. Dia
campak beg ke dalam pelukan Mawar.
Beg bersambut. Mawar terkebil-kebil dan
mulut sudah berkunci. Tak lagi menjerit sambil terkebil-kebil mengingati jam-jam
sebelum ini semasa dia duduk bersimpuh di dalam rumah Joe. Sengih macam kerang
busuk. Garu kepala sambil renung Joe yang muka mamai. “Hehe. Terima kasih ya
awak. Tak sangka saya tertidur kat ruang tamu rumah awak.”
Joe sengetkan bibir. “Haaa…kira nasib baiklah tak kena tangkap
basah. Lain kali jangan susahkan aku lagi. Dah balik.”
Baru saja Joe hendak tutup pintu, Mawar
menjerit kecil. “Joe!”
Kepala Joe tersembul keluar. Dia perhatikan
Mawar yang terkial-kial betulkan kasut sarung warna hitam. “Haaa..nak apa lagi?”
“Untuk kali ni sahaja. Tolong saya ya.” Mawar
buat muka sepuluh sen. Gigit bibir bawah. Dia mahu Joe faham masalahnya dan
sudi membantu.
Joe tarik nafas. Telan air liur dan
serta merta dia angguk. “Bila?”
“Appoinment
dengan Eriana hari ni di cafeteria jam satu tengahari ya. Awak jangan lupa
tau. Saya akan bawakan awak jumpa Eriana. Nanti awak belanja dia makan tau. Borak-borak
dan lepas tu nanti Eriana yang akan aturkan pertemuan seterusnya dengan awak. Tengok
wayang, picnic, shopping, karaoke,
makan-makan dan macam-macamlah. Please.”
Mawar sudah hafal semua agenda Eriana. Yang dia tahu Eriana akan kikis semua
lelaki yang didampinginya.
Joe garu kepala. Eriana ni memang nak
kena hempuk dengan helmet. Ataupun campak dia dalam tasik. Senang cerita tak
payah aku perlu berappoinment macam
CEO begini. “Berapa lama semua ni nak
kena habis?” Joe pandang Mawar.
“Selalunya makan masa sebulan. Sebelum ni
Izmir cecah dua bulan. Tengku Syarnaz lima bulan. Saya tak tahulah kalau dengan
awak ni berapa bulan. Harap-harap kekallah. Tak payah saya interview lelaki lain.” Mawar cerita dengan jujur. Entah kenapa
dengan Joe dia berterus terang dengan sikap Eriana. Mampus kalau Eriana tahu
mulut dia dah macam mulut tempayan.
Pintu sudah terbuka luas. Joe sandar
depan pintu sambil telinga mereka sayup-sayup mendengar alunan zikir dari surau
berdekatan. Waktu Subuh akan menjengah beberapa minit saja lagi. Mereka dipisahkan
dengan pintu besi sahaja. Mawar masih menanti jawapan Joe. “Dari aku kekal dengan dia, baik aku couple dengan kau. Kan?”
Mawar terkujat. Macam nampak hantu.
Terkebil-kebil melihat Joe yang terkekek ketawa.
“Habis tu bila kau nak interview aku ni?” Joe mula tersedar
dengan Mawar yang terlongo memandangnya. Nasib baik tak ada air liur meleleh.
Mawar ni memang nak kena cium pipi dia. Beranganlah tu.
Mawar jungkit bahu.
Akhirnya sebelum Joe tutup pintu, suara
dia masuk ke dalam gegendang telinga Mawar. “Kau balik rumah, mandi. Solat Subuh
dan pergi kelas. Sampaikan salam pada Eriana, okey? Kemudian katakan pada dia
aku setuju dating dengan dia tengahari ni dan tepat jam 11.00 tengahari kau
perlu tunggu aku kat dalam library. Buku
biodata kau fasal aku tak penuh lagi. Okey? Setuju?”
Mawar senyum sampai ke telinga. Sebelum tutup pintu, Joe hadiahkan senyum kacaknya. Kemudian Joe lambaikan tangan. Perlahan-lahan Joe tutup pintu dan Mawar pagi hening itu, berlari sederhana sambil berdoa agar Allah swt permudahkan segala urusan Joe yang baik hati itu. Oh, terima kasih Joe.
Terima kasih Joe.
***
Habis kelas Pharmacology Puan Jaya,
Mawar segera dapatkan Eriana. Eriana sengih suka hati bila Mawar katakan yang Joe
setuju untuk berjumpa dengannya di café. “Really?”
Mata buntang dan rasa puas hati kerana Mawar akhirnya berjaya mendapatkan
lelaki terhebat di dalam kolej abad ini. Rasa nak peluk cium Mawar kala ini.
“Biodata dia, dah siap semua? Segala fasal
dia penting tau untuk aku pikat dia.” Eriana jeling Mawar sambil serahkan buku
notanya kepada Mawar. Nota subjek Pharmacology perlu Mawar siapkan untuk dia.
“Oh, nanti jam dua belas aku bagi dekat
kau. Sebab Joe sendiri kata dia tak sabar nak jumpa dengan kau. Jadinya dia dah prepare soalan-soalan aku dan siapkan
dalam satu kertas. Nanti kau tunggu kat café saja. Aku pesankan kat Hajar
nanti. Sebab lepas habis jumpa Joe, aku kena pergi hospital.” Mawar mula rasa
senang hati. Senang hati kerana Eriana sudah kembali baik dengannya. Dia tak
perlu risau lagi dengan duit pembiayaan emak di sana. Eriana ada. Eriana juga
sudah terima penjelasan dari dia seadanya. Kalau Eriana senyum, bermakna Mawar
juga senang hati.
Eriana angguk. Senyum. “Eh-eh, dia betul
nak jumpa dengan aku?”
Mawar angguk. “Iya, betul. Dan kau dah
cukup gorgeous hari ni. Cantik dan
seksi. Joe pasti akan terpikat. Eh, jangan lupa order juice apple. Joe kata dia suka juice apple.”
Eriana tarik jemari Mawar. Tak sangka
Mawar jalankan lagi tugas-tugasnya. “Kalau betul kali ni aku jatuh cinta dengan
Joe, macam mana? Kau doakan aku ya Mawar.” Eriana tarik nafas. Kadang-kadang
dia berterima kasih dengan Mawar. Mawar sentiasa jalankan perintahnya tanpa
masalah. Mawar akan sentiasa menjalan misi interview
dan mengatur pertemuan pertamanya dengan mana-mana lelaki pujaan hati.
Mawar tak akan menolak dan Mawar akur walau dia di maki hamun. Meski dia kadang-kala
diherdik dan menjadi bahan marah semua lelaki yang telah dia tinggalkan.
Mawar. Dia tidak tahu kenapa Mawar
menjadi bahan eksperimennya dengan banyak lelaki. Mawar, orang tengah dia.
Mawar,pak turut dan pembantu setianya. Mawar yang menjadi sahabat dan adakala
si tunggul kayu dalam hidupnya. Eriana senyum meleret. Kerana wang. Kerana emaknya
yang terlantar koma di hospital dan kerana yuran pengajian juga perbelanjaan
persekolahan adik-adiknya. Kerana dia mampu dan Mawar tidak mampu.
Noktah. Pertemuan tamat selepas Mawar
senyum. Anggukkan kepala dan menitipkan pesanan kedua kepada Eriana. Dia masih
patuh dan mengikut janjinya kepada Eriana. “Jangan lambat. Nanti Joe marah.
Senyum jangan gedik dan jangan makan gelojoh. Kawal suara dan Joe tak suka
perempuan perasan. Okey?”
Mawar segera melangkah. Dia perlu cepat
untuk mengatur pertemuan dengan Joe pula. Sepuluh minit lagi pukul sebelas
pagi. Dia berlari laju. Mawar tidak peduli lagi dengan pelajar-pelajar lain di
kiri dan kanannya.
Eriana peluk tubuh. Senyum puas sebab
dia melihat Mawar bersungguh-sungguh menjalankan misi entah keberapa puluh kali
ini. harap-harap kali ini pulangannya lumayan. Dia boleh jalan-jalan ke Bali
dan kemudian minta Joe belikan tas tangan Loius Vuitton paling mahal sekali
dalam dunia. Berangan! Lelaki didampingi perlu kaya, Eriana. Kikis harta dan duit
satu bank pun boleh. Eriana sengih suka dan matanya tajam memerhati tubuh Mawar
yang semakin kecil di hujung mata.
Joe. Nama lelaki itu dia sebut
berkali-kali. Auww… dia tak sabar nak
peluk lelaki kacak dan badan ketul-ketul itu.
***
Mawar tarik nafas. Kepala di dongakkan. Kemudian,
mata memerhati library yang setia
dipenuhi para pelajar. Setia menanti Joe yang meminta dirinya menanti di sini.
Mawar buka buku. Buku nota milik Eriana perlu dipenuhkan. Kalau ada assignment, dia perlu buat untuk dua
orang. Satu untuk Eriana dan satu lagi untuknya.
Sambil memerhati buku nota Eriana, wajah Joe tersenyum terpampang atas
buku. Aik?
Eh, nama betul awak memang Mawar
ya?” Joe kenyitkan mata. Serta merta Mawar angkat kepala. Pusing badan ke kanan
memerhati Joe yang masih terlentok kepalanya atas meja perpustakaan. Terkejut dia,
ya rabbi. Joe ni, bagilah salam ke, selamat tengahari ke, selamat pagi ke. Ini
tak, muncul macam pari-pari. Hishhh!
Mawar terus angguk. “Iya. Nama saya Mawar.”
“Ooo...ringkasnya
nama awak.” Joe sengih. Pandang Mawar untuk kali ke lapan. Dari tadi dia
perhatikan Mawar. Dia memang sudah duduk
bertapa di dalam perpustakaan ini. Dia perhatikan Mawar dari celah-celah buku
dan mengendap si gadis berkenaan sambil tersengih geli hati.
“Kenapa awak tanya?” Mawar angkat kening.
“Kenapa awak tanya?” Mawar angkat kening.
“Senanglah bakal suami awak nak sebut nama awak masa akad nikah nanti. Mawar saja. Ringkas. Hehehe.” Joe pandang Mawar yang sudah merona merah pipinya.
Hehehe. Mawar
pula panggung kepala dan sengih macam kerang busuk. Malunya I. Mawar serta merta pandang jam di
dinding. Buku nota dibuka. Tugasnya perlu diselesaikan. Tapi belumpun pennya
bersatu di dalam buku, Joe serahkan dua helai kertas kajang. “Saya dah siapkan
biodata saya. Macam-macam saya tulis. Awak tak payah nak salin dalam buku nota
tu. Nanti dengan Eriana pandai-pandailah saya gorengkan. Awak jangan risau ya.”
Suaranya lembut. Timbul rasa kasihan dengan Eriana. Dia nampak buku nota Eriana
yang rasanya perlu dibereskan. Akmal ada beritahu juga. Akmal ada cerita
kepadanya yang Mawar ini ibarat pembantu rumah untuk Eriana. Ah, kasihannya
gadis ini.
Kertas kajang dihulurkan. Dia ambil huluran dari
Joe. Joe sengih. Angguk. “Hari ni saya tolong awak, dan nanti-nanti awak pula
tolong saya. Sistem barter. Okey?”
Mawar terharu. Rasa nak nangis
dengan Joe yang baik hati. “Terima kasih kerana memahami tugas saya. Awaklah lelaki
paling payah untuk saya dapatkan biodata dan paling mudah berurusan dengan
saya. Terima kasih untuk biodata ni. Bolehlah saya terus berikan pada Hajar
dan malam-malam nanti saya salin juga
dalam buku istimewa saya ni.”
Suara Joe menikam jantung Mawar. Gemersik.
“Eh, kenapa pulak awak nak kena salin lagi?” Joe masih tidak faham.
Mawar angguk. Dia tahu, Joe perlu tahu tugasnya. Eriana itu
sebenarnya serba serbi bodoh mengingati. “Kadang-kadang Eriana akan lupa hobi
dan kegemaran setiap kekasihnya. Saya kena SMS apa yang dia kena buat. Apa yang
dia kena belikan untuk lelaki yang sedang dia date. Hari jadi ke, hari persahabatan
sedunia ke atau ingatkan tarikh-tarikh istimewa si lelaki berkenaan. Eriana malas
nak fikir benda-benda remeh ni. Dia kata serabut. Sebab tu saya kena salin
dalam buku nota saya ni. Mana saya pergi, buku nota ni mesti ada dengan saya. Senang
untuk saya dan senang juga untuk Eriana. Eriana akan baca sepintas lalu kertas
yang saya berikan kepadanya ni. dia akan tampal di dinding biliknya bersama
sekeping gambar si lelaki berkenaan.”
“Sampai macam tu sekali ya si
Eriana tu buat awak?” Joe pandang Mawar.
Mawar angguk. Dia mahu jelaskan
secara terperinci modus operandi Eriana. Entah kenapa dia nekad bercerita
kepada Joe. Hanya kepada lelaki ini dia mohon bantuan dan pertolongan. Selalunya
lelaki lain jadi pak turut. Tetapi Joe lelaki tidak mudah terpedaya dengan
godaaan Eriana. “Saya minta bantuan awak sangat-sangat. Kali ni sahaja dan saya
minta tolong awak sebab nyawa emak saya di hospital. Lepas Eriana tinggalkan
awak, saya janji saya akan bayar balik segala hutang dan wang yang awak
belanjakan untuk Eriana. Saya janji.”
Joe tarik nafas. Perlahan-lahan
dia bawa matanya meniti bibir Mawar. Tepat jam sebelas lima belas minit pagi,
Mawar mula bercerita. Mula menggerakkan bibirnya dan sepasang mata lelaki Joe
terus asyik memerhati Mawar. Mata, bibir, pipi, hidung dan akhirnya mata Joe
teralih dan melekat ke alis kening Mawar yang terbentuk cantik.
Cantik. Mawar cantik sebenarnya
bila ditenung lama-lama sebegini.
Angguk. Entah kenapa dia angguk
mendengar arahan Mawar. Dia terima segala arahan Mawar dengan rela hati. Dia akan
bantu Mawamr sebaik mungkin. Dia akan buang segala resah di jiwa Mawar. Jarum jam,
minit dan saat terus menjadi saksi.
Hatinya berdetak. Jantungnya senada
berdegup seperti dia melihat Mawar lena malam tadi. Dia ingin bertanya. Mahu tahu
dengan keadaan emak Mawar. Tetapi bibir Joe terkunci kerana matanya asyik
memandang wajah cantik ciptaan Tuhan.
mmg best cite ni...............
BalasPadamakak followwwwwwwwwwwwwwww
abg Joe dah dah tak keruan kah? cik mardihah...bila aweka joe nak tunjuk muka??
BalasPadamJoe dah mula tertarik dengan Mawar ke??? o_O
BalasPadammemang syoklah cite ni... nk lagi.
BalasPadam