Nama Dia Joe 3. Mawar dan Joe. Semoga suka.
Senyum 14 juta ya.
“Ada sesuatu mengenai kamu yang harus saya tahu.”
***
Eriana cekak pinggang.
Mawar tunduk pandang lantai. Jemari kanan menguis-nguis jemari kaki kiri. Dia tahu
dia lakukan kesilapan besar hari ini. Mawar tahu, dia dengan sengajanya
membuatkan Eriana marah. “Kau dapat ni je?” helaian kertas putih itu
dilayang-layangkan Eriana.
Eriana garu kepala. Bilik
mereka tiba-tiba jadi panas dan hangat. Dia jadi marah dengan Mawar. Kerja
mudah sebegini pun payah sangat ke nak buat? Selalu senang saja Mawar
mendapatkan status, biodata dan segala macam perkara peribadi si lelaki
untuknya. Dia keronyokkan kertas A4 dihadapan Mawar. Dia jegilkan mata
memerhati Mawar yang dari tadi pandang lantai dan dua-dua jemari kakinya saling
bergerak-gerak. Hishh..budak muka
bersepah ni!
Dia baling kertas
berkenaan di kaki Mawar. Mawar terkejut dan hampir menangis dibuatnya. Suara Eriana
menjerit menujah lagi masuk ke dalam telinga. “Kau pergi cari Joe malam ni
jugak. Aku tak kira. Rumah dia kat mana, segala perkara yang aku nak seperti
biasa kau kena ambik tahu. Ingat Mawar, kalau kau tak dapat segala macam apa
yang aku nak, kau jangan masuk bilik aku ini. Bil hospital mak kau yang tengah
tenat kat hospital tu jangan harap aku nak settlekan.
Keluar cepat!”
Gerimis. Mawar letakkan
jemarinya ke dada. Dia mahu menangis sambil menatap wajah Eriana yang tidak ada
perasaan. Dia tahan air mata dari mengalir. Dia cuba menjadi kuat sambil
teringatkan wajah ibu yang terlantar koma di sebuah hospital. Wang bayaran
hospital, yuran pengajian dan perbelanjaan keluarganya banyak ditampung oleh
Eriana. Empat adiknya yang masih bersekolah turut sama menjadi menerima nilai
bayaran dari Eriana. Dia terhutang duit..berhutang budi dan sekarang dia
menyerahkan dirinya kepada Eriana. Hamba kepada Eriana. Apa yang Eriana suruh
dia lakukan, akan dia buat. Akan dia patuhi meski dia meredah kesusahan. Menerima
caci dan maki hamun lelaki-lelaki yang pernah didampingi Eriana.
Dia agen mencari lelaki
kacak untuk Eriana. Dia menguruskan siapa lelaki yang mahu Eriana dampingi. Bila
Eriana puas mengikis semua harta lelaki berkenaan, Eriana akan tinggalkan semua
lelaki berkenaan. Natijahnya, Mawar menerima segala. Dia pernah ditampar,
pernah diheret dan hampir dahulu pernah dirogol oleh seorang kekasih Mawar.
Mujur. Mujur Allah mengasihani dirinya.
Eriana cekak pinggang. Sekali
lagi dia rasa macam nak menujah dahi Mawar. Kawan-kawan jugak, kenapa tiba-tiba si Mawar jadi penakut sangat ni? Bukankah ini
kerja macam kacang sahaja untuk Mawar. Apa kemahuan dia, Mawar akan ikutkan.
Mawar akan jadi pak turut serba serbi yang dia arahkan. Ahhh, stress betul tengok muka kasihan si Mawar ni.
Eriana pantas buka
langkah. Mawar terhinjut-hinjut tahan tangisan dan kutip kertas A4 yang
dicampak oleh Eriana. Bahunya terus dipapah Eriana. Mereka sama-sama melangkah menyeluruhi
apartment mewah Mawar. Sehingga ke pintu utama. Eriana buka pintu dan jeling
Mawar yang mengesat-ngesat air mata.
Tubuh Mawar ditolak
perlahan. Sekejapan dia di luar dan Mawar panggung kepala memandang Eriana yang
bercekak pinggang. Daun pintu dipegang oleh Eriana. Gadis seksi dengan gaun
tidur sampai ke peha pandang jam. “Jam tunjuk pukul sebelas malam Mawar. Aku
tak kira. Selagi apa yang aku nak kau tak dapatkan, jangan masuk tidur dalam
rumah mewah aku ni. Kau tidur kat tepi jalan saja, okey? Cari Joe sampai dapat.
Sampai aku puas hati mengenai dia. Faham?”
“Kenapa kau menangis? Lap
air mata kau. Ingat Mawar. Bil hospital mak kau siapa bayar? Aku kan? Kau nak
mak kau mati esok?”
Mawar kesat air mata. Pintu
berdentum tanpa sedikitpun simpati dari Eriana. Bibir Mawar bergetar dan
selangkah dia membawa diri, berjurai-jurai air matanya turun. Wajah emak
terbayang di mata. Wajah emak yang sayu di atas katil menghimpit jiwa. Mawar
terus melangkah. Kakinya laju lagi. Dia cari semangat dan kekuatan. Berbantu lampu
neon malam, dia akhirnya sampai ke stesen bas. Telefon bimbit dicapai. Apa akan
jadi, jadilah. Dia cari nombor telefon Akmal.
Akmal. Hanya Akmal
sahaja yang akan membantunya kala ini. Lelaki bercermin mata dan rapat
dengannya itu yang akan membantunya. Nekad.
***
Joe terpisat-pisat. Pukul
12 tengah malam ini, siapa pula yang menekan loceng. Cinderella mana pula yang
datang ketuk pintu bagai nak gila ini. Huarghhh, sudahlah mengantuk. Sambil terpisat-pisat,
tanpa berbaju dan berseluar pendek, Joe cari kunci rumahnya. “Kejaplah…aku
mengantuk giler ni.” Joe garu kepala.
Jemari garu badan yang gatal. Dia buka pintu kayu. Tanpa memandang siapa di
luar, dia buka pula pintu besi.
Mulut Joe membebel
lagi. “Siapa yang datang tengah-tengah malam buta ni? Kau nak apa?” Joe terus
panggung kepala. Bagaikan kilat gadis itu melangkah masuk ke dalam apartmentnya.
Mulut Joe ternganga. Terkedu dan terkebil-kebil. Jantungnya berdegup laju. Ya
Allah!
Dia terus berlari masuk
ke dalam bilik. Apa pula si Mawar ni berani datang ke rumah lelaki malam-malam
buta ini? Ya rabbi. Bagaikan lipas kudung, dia masuk ke dalam bilik. Sarung
kain pelikat, cari baju yang dipakai tadi dan betul-betulkan rambutnya yang
kusut masai. Apa gila si Mawar ni. Dia gigit bibir sambil genggam penumbuk. Berani
betul Mawar datang sendiri ke rumahnya. Masuk tanpa izin dan menyelinap
bagaikan pencuri ke dalam rumahnya. Berani sungguh! Huh!
Perempuan gred E. Hish. Joe pantas kembali ke ruang tamu.
Mawar sedang duduk sambil memegang sebuah beg. Dia perhati sahaja Mawar dari
belakang. Joe geleng kepala. Pintu rumah terbuka. Kalau pencegah maksiat
datang, kahwin paksalah kita Mawar. Bibirnya ukir senyum. Suri pasti menangis
empat puluh tahun kerana kes kahwin paksa kekasihnya.
“Apa buang tebiat awak datang ke sini. Kau nak apa
lagi Mawar?” Joe duduk di atas sofa. Dia tahu modus operandi Mawar. Dia tahu
Eriana yang menyuruh Mawar datang menyelidiki mengenainya. Dia tahu Mawar ini
mangsa keadaan dan menjadi kuli batak si Eriana tak guna tu.
Diam. Mawar diam. Tunduk
minta simpati. Wajah emak dan adik-adiknya terpampang di depan mata.
“Tolong saya. Untuk kali
ni saja. Tolong saya Joe. Kalau tak, mak saya kat hospital akan dikeluarkan. Saya
tak mampu bayar bil. Saya tak ada sesiapa yang akan bantu melainkan Eriana. Saya
minta tolong sangat-sangat.” Serentak itu Mawar bangun dan duduk berhadapan
dengan Joe. Bagaikan meminta sedekah dan memohon rayuan hakim Mahkamah Tinggi
lagaknya. Air mata Mawar merembes-rembes keluar. Dia sedih dan hiba. Dia sudah
tidak larat. Berjalan kaki kerana kehabisan wang. Akmal hanya berikan alamat
apartmen Joe sahaja. Bila melihat wang di dalam walletnya berbaki tiga ringgit sahaja, dia tidak ada pilihan. Mawar
menapak seperti seorang Cinderella ke rumah Joe. Dia harus tunaikan tugasnya
untuk Eriana. Menolak tugas ini akan buatkan dia berada dalam dilema. Perut dia
amat lapar. Jikalau dia tak lunasi tugas ini, perutnya akan kosong dua tiga
hari. Minum air sejuk sampai Eriana puas hati.
Joe terkebil-kebil. Dia
meloncat naik ke atas sofa. Kakinya dipeluk. Pandang Mawar yang menangis
kesedihan. Penjelasan Mawar buat dia sayu. Hati lelakinya jadi pilu. Betul kata
Mahzir dan Akmal. Betul kata kawan-kawan sekelas Mawar. Mawar ini gadis polos
dan baik hati. Dia buat semua perkara yang Eriana tugaskan untuknya. Assignment Eriana pun dia yang susah
payah buat sampai tak tidur malam.
Mawar bersila. Terus buka
beg dan keluarkan buku notanya. Dia cari pen dan mahu jalankan tugas interview Joe yang tidak selesai lagi.
“Awak tahu apa hukumnya
seorang lelaki dan seorang perempuan duduk dalam keadaan begini, Mawar?” Joe
perlahan-lahaan turunkan kakinya. Mawar sudah reda menangis. Mawar entah mana
datang semangatnya, terus keluarkan bahan-bahan utama menjalankan tugas. Ajaib betul
si Mawar ni.
Mawar angguk. Matanya bertakung
lagi air suci itu. “Saya tahu, tapi saya terpaksa. Hanya kali ni sahaja saya
pinta. Saya pinta awak keluar satu hari saja dengan Eriana. Saya pohon awak berikan
semua perihal mengenai awak pada saya. Itu sahaja. Bantulah saya. Selepas itu,
saya janji saya tak akan kacau awak lagi.” Mawar bersungguh-sungguh. Demi emak
dan adik-adik. Demi yuran pengajian juga. Dia anak pemandu kepada keluarga
Eriana. Dia termakan budi atas segala-gala yang Tuan Haji Mazlan berikan kepada
arwah babah. Dia termakan budi atas segala kebaikan Tuan Haji Mazlan dan
keluarga Eriana kepada mereka sekeluarga.
Mawar tidak ada
pilihan. Mawar juga tidak mampu merubah masa yang tidak pernah menyebelahinya.
Joe tarik nafas. Geleng
kepala kerana dia lelaki tersenarai oleh Eriana anak orang kaya perasan cantik
itu. Tak fasal-fasal dia lelaki yang menjadi habuan untuk diinterview oleh
Mawar. Dunia canggih serba teknologi beginipun, ada gadis macam Eriana bodoh
itu. Dia pandang wajah Mawar yang mendung. Simpatinya datang bertubi-tubi. Kenapalah
kau jadi pak sanggup begini Mawar. Muka cantik, ada pakej. Tapi jadi tukang
suruh itu dan ini. Dunia-dunia. Joe gigit bibir. Pandang lagi Mawar sehingga
degup jantungnya berdegup laju. Entah kenapa.
“Eh, awak dah makan?”
Soalan cepu emas keluar dari bibir Joe. Dia bangkit segera kerana mahu membuang
gundah di jiwa. Joe segera buka pintu seluas-luasnya kerana seorang Cinderella sedang
duduk bersila di ruang tamunya. Kalau mama tahu, habislah dia kena bebel
sepuluh hari. Tazkirah bersama ceramah selang seli dalam facebook. Haha.
Mawar tarik nafas. Terkebil-kebil
dia menanti Joe yang berdiri di depan pintu. Buku notanya dibuka dan pen
diletakkan atas marmar berkilat Joe. Cantiknya rumah Joe. Baru dia perasankan
ruang tamu rumah ini. Mawar geleng kepala. Dia memang lapar. Lapar teramat
sangat. Geleng kepala. “Tak. Saya belum
makan. Dah dua hari saya tak makan.” Mawar bukan berbohong. Dia sama sekali
tidak jangka bibirnya semudah itu memberi jawapan. Joe terlongo. Kakinya
pantas melangkah ke dapur.
Dia jerit sambil Mawar
ternanti-nanti. “Awak tunggu kat depan ya. Saya masak mee goreng mamak untuk
awak. Nanti saya buatkan kopi sekali. Sebelum interview saya, awak kena makan
dululah ya!”
Mawar sengih. Perutnya akan
diisi. Joe memang baik hati. “Terima kasih awak.”
“Sama-sama. Haaa, awak jangan curik pasu cantik saya tu ya. Jangan masuk dalam beg awak tu!”
Mawar jelir lidah. Eee, mamat ni. Ketuk kepala dengan pen
ni baru tahu. Tiba-tiba hatinya senang dengan tingkah Joe. Mawar segera
lunjurkan kaki. Buat rumah Joe macam rumah sendiri.
Lima belas minit, mee
goreng terhidang depan mata. Semangkuk mee goreng ni jika simbah atas kepala
Eriana, mesti best. Hehe. Mawar pandang Joe yang baik hati, Joe
bawak piring, sudu dan garfu. Joe hulurkan sepiring mee goreng. “Awak makan
dulu. Saya pergi dapur buatkan kopi. Lepas tu saya nak pergi toilet sebab sakit perut. Awak makan
dulu tau.” Muka Joe mengenyit-ngenyit tahan sakit. Tadi dia belasah asam pedas
dua mangkuk. Entah kenapa buat dia sakit perut tak ingat.
Mawar tak hiraukan Joe
yang sakit perut. Apa jadi, jadilah. Dia cuma mahu perutnya terisi dengan
semangkuk mee goreng mamak masakan Joe ini. Bila Joe pergi ke dapur dan bunyi
Joe masuk ke dalam bilik air, Mawar segera makan. Tidak toleh kanan dan kiri. Pergh, sedap. Kalah masakan chef Izz
Amir yang buka Pai Epal Café di hujung kota sana. Sekali makan, dia mahu lagi
dan lagi. Tiga kali bertambah. Mawar lupa yang dia berada di dalam rumah
seorang lelaki. Mawar juga turut terlupa yang dia kini sedang habiskan
semangkuk mee goreng mamak Joe. Halloooo,
emak kan pernah pesan, kalau makan. Sila ingat orang belakang. Joe ada kat
belakang awak, Mawar!
Erkkkk….Alhamdulillah.
Mawar kekenyangan. Sedapnya mee goreng mamak awak Joe. Tunggu…Mawar terus menanti
Joe sambil ruang tamu dingin bersama aroma mee goreng mamak buatan Joe.
Dari melunjur kaki,
Mawar ambil sebiji bantal comel dari atas sofa. Rebahkan kepala dengan rasa
nyaman. Dia penat dan bila kenyang dia mahu tidur. Entah bila, sambil menanti
Joe bersama air kopi matanya terus lelap dan mimpi indah lantas bertandang.
Sepuluh
minit berlalu.
Joe bersama sedulang
kopi, dua cawan kosong belum terisi air pekat berkenaan kaku menyaksikan tubuh
gadis bertutup litup itu tidur dengan lenanya. Dia terlopong bila lihat mee
goreng basahnya licin. Mangkuk tersebut tidak tinggalkan barang satu sisa pun
mee. Mawar sedang tidur bersama dengkuran halus yang membuatkan dia tersenyum.
Joe gelengkan kepala. Perlahan-lahan
dia mengemas ruang tamu. Membiarkan Mawar tidur tanpa alas. dia ambil buku nota
Mawar. Pen Mawar disimpan masuk ke dalam beg. Piring, mangkuk yang kotor
dibiarkan di atas meja kecil. Joe henyak tubuhnya ke atas sofa. Dia pandang
Mawar yang tidak bangun-bangun. Sambil itu, dia buka helaian pertama buku kecil
milik Mawar.
Meneruskan bacaan
dengan senyuman kecil dan mata Joe menyeluruhi wajah Mawar yang sedang asyik di
alam mimpi. Entah kenapa jantungnya berdegup maha dahsyat. Entah kenapa ada air
mata mengalir di sebalik matanya yang tertutup itu. Dia mahu bangun mengesat
air mata berkenaan. Tetapi dia tahu halal haram bersentuhan kulit dengan
seorang perempuan bukan muhrim. Kenapa Mawar menangis di dalam tidur? Kenapa?
Dia diam duduk di atas
sofa. Merenung lagi Mawar dengan penuh rasa dan jiwa. Kakinya lantas
cepat-cepat membawa tubuh masuk ke dalam bilik. Ambil selimut tebal dan sebuah
bantal selesa untuk gadis bernama ‘Mawar’.
Tidurlah Mawar.
Tidurlah dengan lena.
Dia angkat bantal kecil
dari kepala Mawar. Gantikan dengan bantal miliknya. Selimut menjadi teman tubuh
Mawar. Beg Mawar dialihkan dan diletakkan di atas alamari. Buku nota Mawar
dipegang. Mama, jangan marah Joe. Joe tak buat apa-apa pun pada Mawar. Huhh….Joe mula takut bila dia kunci
pintu besi. Pintu kayu dibiarkan terbuka. Kalaulah pencegah maksiat betul-betul
datang, naya…naya!
Buku nota Mawar di bawa
masuk ke dalam bilik. Selang sejam dia bangun mengawasi Mawar. Gadis itu
langsung tidak bangun. Ah, payah! Sudahlah esok, kuliah tepat jam 8 pagi.
Akhirnya selepas dua
tiga kali keluar masuk dari bilik kerana mengawasi anak dara orang yang
tertidur di rumahnya, Joe juga terlepek di atas sofa itu juga. Dia pula jadi
bodyguard tak rasmi Mawar. Sebelum lelapkan mata, dia renung Mawar yang
sederhana wajahnya.
Dia gelengkan kepala.
Bodoh punya perempuan. Dummy!
Kesiannya dekat Mawar...T_T
BalasPadamKejam betul Eriana,tak patut dia buat Mawar macam tu...-_-#
Joe dah terpikat dekat Mawar ke???hehehe o_O
Alahai keisan dekat nasib mawar 2 muda-muda hidup dia dh jdk cam2 jahatlah si eriana ni
BalasPadamerrmm....eriana ni nak kena belasah sampai pengsan...
BalasPadammawar..mawar....joe senyum tgk mawar..saya senyum 14 juta.....
BalasPadam@NurAtiZa belum. Joe belum terpikat. hehehe. kena tunggu dulu. Nur Ati Za, terima kasih kunjung teratak blog kiter. ;D
BalasPadam@NoR f@rH@n@n! OM@r iya, kesian mawar kan. hehehe
BalasPadam@green... jom belasah eriana. hehehe
BalasPadam@ujiz kiter pun senyum 14 juta kat ujiz. hehehe
BalasPadamAs salam . . . Saya baru dlm blog ni, hari ni baru jumpa sebab dah lama rindu gila dengan Zain . . rupa2nya ramai lagi hero dia hehehe. . .
BalasPadamUntuk n3 ini saya tak senyum sebab saya sedih dgn nasib Mawar, Tq pada Joe sebab dia memahami kesusahan Mawar . .
Awat den nangis....sian mawar
BalasPadam