Pages

24 Ogos 2012

Dunia Fantasi Kusuma [Bab 4]



[Bab 4]  Amir dan si gadis bersayap.


Beberapa pembaca emelkan saya mengenai sambungan Dunia Fantasi Kusuma. Nah. Ini dia dan insyaAllah sambungannya akan menyusul kelak. Ini genre fantasi kanak-kanak ya. Hehehe. Sebab ada yang suka dan saya pun terkejut menerima maklum balas SR saya. Terima kasih. Asalnya manuskrip ini agak ‘skema’ untuk sebuah penerbit. Tetapi saya dah olah sedikit selepas saya tarik semula manuskrip ini. Ayatnya akan berubah dari semasa ke semasa. Mana tahu diterima penerbit untuk genre ini? Hehe. Doakan sebab mss untuk Dunia Fantasi Kusuma musim pertama sudah siap sebenarnya. ;D

Salam sayang dari saya dan tunggu kerja-kerja sekolah saya nanti saya hapdet ke dalam blog ni ya. Apa khabar lah si Zain dan Majdina tu ya? Hiksss…
 




            Operasi di perpustakaan Banglo Kusuma berjalan seperti biasa. Salji kelihatan tidak mahu berhenti. Malah, terus jatuh perlahan dari langit. Matahari sudah lama tidak keluar. Angin dingin terus menjadi teman semua penduduk Kota Syurgawan. Cuaca yang cukup menarik ditambah dengan kesejukan dan mendamaikan sesiapa sahaja. Kota Syurgawan boleh dilihat sebagai kota romantis untuk sesiapa sahaja berkunjung melawatinya.

            Seorang budak lelaki dengan lastiknya. Terbongkok-bongkok di antara beberapa pohon rendang yang diselaputi salji.

Seekor tupai bergegas memanjat sepohon pokok. Amir terhendap-hendap, mahu melastik si tupai.

Tup!

Mengena sasaran dan akhirnya dia mengekek ketawa. Melihat si tupai menggelupur dan kemudian terkedek-kedek lari ke celah semak.

“ Padan muka kau. Tupai yang jahat! Engkau makan buah kelapa salji ayah aku, huh!” Dia kemudian menyorokkan lastiknya di dalam poket, lantas bergegas menuju ke Banglo Kusuma. Dia hanya boleh berlama-lama di situ hanya sekitar dua jam sahaja. Tugasnya mengopek kelapa dan menjual kelapa belum dilunasi lagi.

Selepas kesemua kelapa semasa musim dingin membuahkan hasil, mereka sekeluarga akan mengopeknya ketika musim salji. Malah, air kelapa yang keluarga mereka jualkan, dapat memanaskan badan semua penduduk Bandar Syurgawan ketika musim sejuk melanda.

            Amir, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Syurgawan. Selalunya pilihan dia ke sini adalah untuk mencari buku-buku agama dan menambah lagi ilmu pengetahuannya. Sudahlah cetek ilmu dia juga selalu memonteng kelas. Bukan dia sengaja tetapi kudrat ayahnya yang tidak mampu lagi untuk mengopek kelapa dan menjualnya.  Dia tersenyum memandang seekor gadis bersayap yang menyambut kedatangannya.

“ Engkau selalu sahaja menggangu aku, wahai si gadis bersayap!” Ucapnya perlahan.
Wajah gadis bersayap merona merah kerana Amir sudah mengenalinya.  Si gadis bersayap lantas ketawa geli hati.  Bunyi ketawanya pasti begini, kikiki.

“Kikikikiki...,”

Si gadis bersayap menutup mulutnya kerana ketawa. Memang dia suka melihat wajah Amir yang baik hati itu.“ Nanti Puan Kusuma akan marahkan kau, gadis bersayap yang comel. Jangan curi masa dan jangan selalu teman aku. Nanti kau terpikat. Kikiki...”

“ Tak. Tak. Aku sendiri tak kenal siapa Puan Kusuma. Aku cuma bekerja sahaja. Menemani setiap pengguna di sini, mengawal buku dan pelanggan setia di banglo Kusuma adalah kerjaku. Aku tak akan dimarahi sesiapa. Eh-eh, saya tak akan terpikat dengan manusia pun!” Wajah gadis bersayap merona merah. Malu!

Amir pantas berjalan. Gadis bersayap terus terbang mengikut dirinya. Kemana sahaja Amir melangkah. Entah kenapa jantungnya sentiasa berdegup laju. Bagai dipam-pam kerana kehadiran di gadis pari-pari ini.

“ Kamu semua memang mata-mata gelap. Kan?” Gertak Amir.

Kikikikiki...,” Si gadis bersayap tertawa lagi.

Amir meniru ketawa si gadis bersayap. Ia memang pari-pari nakal dan menggelikan halwa telinganya. Ketawanya yang berbunyi - kikikiki.

“Namaku Puteri Seroja dan tadi kau telah melastik seekor tupai yang baik hati. Sebagai seorang manusia kau tak sewajarnya melastik binatang sebegitu. Kasihan!” Ujar si gadis bersayap. Dia memperkenalkan diri setelah hampir tiga tahun bekerja di sini. Si gadis bersayap yang berumur tiga tahun, akan mula bercakap. Malahan, ia diciptakan untuk menjadi penyambut tetamu yang paling disukai ramai di banglo Kusuma.

“Aku ingatkan kau bisu, Seroja. Kau ni manusiakah atau binatang? Tupai tu memakan semua kelapa milik ayahku. Sebab tu aku marah! Kami kerugian berpuluh-puluh ringgit, tau tak?” Kemudian mereka sama-sama menaiki lif dengan berpusu-pusu pengunjung membuat pilihan menaiki lif yang sama dengan mereka.

“ Aku akan mula bercakap apabila usiaku genap tiga tahun. Aku seekor binatang yang menyerupai manusia tetapi kami bersayap, mempunyai perasaan, hati, perasaan mengasihi dan melindung dunia ajaib di sini. Tupai tu juga mempunyai perasaan dan jangan ulangi lagi sikap sebegitu! Mengasihi haiwan tu adalah wajib.” Gadis bersayap monyok semacam.

“Baiklah. Aku berjanji tak akan melastik lagi tupai tu. Tapi  tengok masa jugalah. Hehe.” Amir menundukkan wajahnya kerana malu. Dia sengih geli hati.

Amir memandang si gadis bersayap. “Seroja, banglo ni mempunyai kesemua dunia fantasi, seolah-olah di dalam cerita imiginasi dan magis. Engkau tahu Seroja, kawan-kawanku di bandar lain mengatakan aku gila kerana menceritakan si gadis kecil bersayap yang terbang dan tentang semua perkara yang ada di dalam banglo ni. Sukar sekali mereka percaya!” Amir menggelengkan kepalanya.

Puteri Seroja merenung Amir. Kemudian tersipu-sipu malu.

“Kenapa kau renung aku macam tu, Seroja. Kenapa?” Amir mahu menarik sayap Puteri Seroja. Namun berjaya ditepis. Puteri Seroja terbang tinggi dan ketawa lagi.

“Kikikikikikikiki...,”

“Aku suka lihat kau, wahai Amir yang baik hati. Oh ya, bawa sahaja kawan-kawan kamu ke sini. Mereka pasti akan percaya apabila melihat keadaan sebenar banglo Kusuma.” Ujar Puteri Seroja lantas terus menghilangkan diri.

Plup!

Amir mengeluh lagi. Dia pada mulanya tidak percaya dengan apa yang dilihatnya namun akhirnya, mula menjadikan banglo ini sebagai teman hari-harinya.

Pengguna yang lain tersipu-sipu memandang Amir. Gadis-gadis bersayap yang lain turut sama riang terbang melata ke mana sahaja di dalam lif.

          Plup! Kemudian seekor demi seekor gadis sayap hilang yang akan kembali ke tingkat tiga meneruskan rutin tugasan harian mereka. Amir bergegas masuk ke dalam tingkat dua. Suasana terus sejuk seperti mencucuk-cucuk tulang. Beratus-ratus penghuni sedang tekun membaca. Kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-quran yang menyejukkan mindanya. Dia berkhayal seketika.

Irfan yang sedang membawa seplastik donut bersalut kacang, dilanggarnya.

“ Aduh. Habislah donut coklat saya. Bencinya!” Irfan mengetap bibir sambil memandang bengis Amir.

“Maaf ya, adik debab!” Dia ketawa geli hati sambil membantu mengambil bungkusan donut.

“Donut di tingkat empat, sudah habis! Bagaimana? Siapa mahu ganti donut saya ni?” Irfan mencebik dan memungut donut tersebut. Amir bergegas membantu dan memasukkan kembali donut berkenaan ke dalam bungkusannya. Amir tersenyum geli hati. Melihat baju belang hitam putih yang dipakai oleh Irfan dan tubuh montel Irfan.

“Nanti abang gantikan dengan donut lain, ya!” Amir bersifat ihsan. Irfan lantas membeliakkan biji matanya.

Dia sedar, kupon pertukaran percuma kerana membaca di sini, hanya boleh ditukar dengan permainan atau menukarnya dengan secangkir kopi juga dua keping donut. Ini peluang keemasan buat dirinya. Bermakna dia akan memperolehi 2 lagi donut percuma untuk esok hari. Dia tersengih membayangkan beberapa keping donut yang akan menjadi santapan perutnya nanti. Amat menyelerakan.

Nyum! Nyum!

“Esok, jam 4 petang. Kita akan bertemu di sini. Terima kasih ya, abang! Ganti dengan donut coklat ya?” Irfan bergegas berjalan menuju ke lif. Namun pandangannya terarah ke lif di hujung sekali yang tiba-tiba menarik minatnya. Namun, kakinya tiba-tiba terhenti.

“Adik debab. Esok tak boleh jam 4 petang. Jam 5 petang boleh?’ Amir memandang Irfan.

Irfan seolah berfikir. Menghitung masa dan jadualnya dengan penuh hati-hati. Dia gumam bibir sambil membayangkan lagi donut coklat percuma dari jejaka berkenaan.
Dia memandang Amir yang menantikan jawapannya dan mengangguk. Lantas terus masuk ke dalam lif yang tersedia untuk dirinya. Lif di hujung sekali menderam dan akhirnya menghilang ke dalam dinding.

Amir termenung seketika kerana melihat lif di hujung yang berwarna kelabu muncul dan menghilang dengan tiba-tiba. Bulu romanya lantas meremang-remang!

***

Si gadis bersayap muncul secara tiba-tiba. Amir mengurut dadanya. Terkejut kerana si gadis bersayap muncul betul-betul di atas batang hidungnya.

Hei, apa engkau buat di sini? Jangan kacau. Di sini tak boleh bising!” Amir mengetap bibir.

Kikikikikiki...,” Puteri Seroja ketawa geli hati. Mahkota comelnya dibetulkan sambil mengepak-ngepakkan sayapnya.

“ Kenapa engkau ketawa kikikiki?” Marahnya lagi.

“Kamu mendaftar untuk dua jam sahaja membaca di sini. Sekarang sudah jam 7 petang . Kami mahu menutup banglo dan perpustakaan ini, wahai Amir!”

Amir tersengih. Lantas mengangguk kerana Puteri Seroja mengingatkan dirinya. Dia segera bangun sambil meletakkan buku bertajuk Imam Malik ke dalam sarung di sebelah kerusinya.  Lima saat kemudian, buku itu menghilang dan kembali dengan terbang ke rak asalnya. Amir lantas mengambil kupon pertukaran yang keluar dari dalam sarung selepas memulangkan buku berkenaan dengan baik. Si gadis sayap lantas menemaninya.

Mereka segera menuju ke lif. Lif di hujung sekali, menjelma kembali.

Amir berjalan laju. Mengejar masa yang semakin suntuk.

Puteri Seroja lantas menarik telinga Amir dengan sayapnya. Dia berbisik perlahan. “ Jangan, itu lif ajaib. Ke tingkat 7! Ia akan terbuka pada jam 2.59, 3.59, 4.59, 5.59 dan 6.59 petang!” Ucapnya dengan wajah penuh ketakutan. Amir memandang Puteri Seroja dan dengan segera berpatah semula dan masuk ke dalam lif yang tersedia. Lif di hujung lantas menderam perlahan dan masuk ke dalam dinding semula. Suara dinding berbisik-bisik sesama sendiri. Puteri Seroja mengepak-ngepakkan sayapnya, membawa Amir turun ke bawah. Dia sedar, memberitahu sesuatu kepada pengunjung lain mengenai keajaiban dan membuka rahsia banglo Kusuma akan membawa padah kepada dirinya.

“ Terima kasih, Puteri Seroja yang baik hati!” Bisiknya perlahan.

“ Jumpa lagi esok hari. Saya mahu menukar kupon membaca dengan barangan permainan. Nanti awak temankan saya tukar kupon ya?” Amir sengih lagi.  Puteri Seroja mengangguk dan plup!

Puteri Seroja terus menghilangkan diri. Ghaib dan bersembunyi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan