Selamat Hari Raya
Aidilfitri untuk semua pembaca belog Mardihah yang comel.
Maaf Zahir & Batin.
Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang berkarya. Segala kata-kata,
tulisan, kekurangan juga terkurang layanan di blog juga saya mohon ampun. Berhati-hati
di jalan raya.
InsyaAllah, selepas
Aidilfitri blog akan kembali aktif dengan susunan jadual e-novel super umphh
untuk semua. Tunggu ya!
Oh, jom-jom baca Mr Pai
Epal Raya. Cerpen edisi khas tapi kontot sahaja ya. ;D
***
“Kita
sambut raya di Mersing ya?” Cik Yaya sayang muka muncung sedepa. Dia panjang
baju kurung warna kelabu yang tidak menarik jiwanya. Ah, frustnya kerana tahun
ini semua kehendak dia tidak diturutkan. Baju terletak cantik atas katil.
Kelabu tak hengat! Malam semakin
dingin.
“Tak
boleh. Kita raya Parit Buntar macam yang kita bincangkan awal Ramadhan dulu.
Mak Tok dah siapkan rendang tok untuk kita. Abang pun dah janji dengan Mak Tok
untuk balik esok. Tahun ni abang tak kita, kita berhari raya di Perak jugak.” Izz Amir cekak
pinggang. Dia buat-buat tak nampak muncung sedepa Yaya. Eleh, ngada-ngada.
“Syurga
bawah telapak kaki saya, cik Yaya sayang oi!”
Izz Amir mengekek ketawa bila Yaya sudah datang mendekatinya. Bersila sama-sama
dan Yaya sengaja menguis-nguis bahunya. Hendak pujuk hatinya balik Mersinglah
tu!
“Tahun
lepas kan kita balik Perak juga. Macam ni Yaya nak nangis 14 juta hari boleh
tak? Tak adil tau.”
“Eeee ..hari raya kedua kita baliklah Mersing.
Macam agreement kita. Yaya dah
janjikan? Isteri abang ni baik kan?” Izz Amir sengih.
Yaya
gigit bibir bawah. Ala..kesian ibu dan
Fatin. Rindu betul dengan Nek Pa dan Mak Su. Kesian dan sedihnya. Yaya letak jemari atas peha Izz Amir. “Batalkan agreement kita. Yaya tak kira. Batalkan.
Kalau abang ikut cakap abang balik Parit Buntar juga…Yaya tak akan balik. Izz
Ashfan pun sama. Kami raya sini. Abang rayalah sana sorang-sorang.”
Izz
Amir pejam mata. Aduhai isterinya seorang ini. Dia tarik nafas. Pantas bangun meninggalkan
Yaya terkebil-kebil seorang diri. “Okey, abang balik Parit Buntar sendiri. Awak
baliklah dengan anak kesayangan awak tu berdua. Apa-apa jadi saya tak akan
tanggung. Sila berhati-hati di jalan raya.”
Yaya
rasa nak menangis. Mahu tumpahkan air mata. Huwaaaa.. tubuh tinggi lampai
suaminya direnung dalam-dalam. Izz Amir muka selamba tak hengat. Jemari Izz Amir pantas mengambil semua baju-baju raya yang
sudah siap ditempah. Senyum dan gantung kemas-kemas di dalam almari. Dia mahu
tengok sejauh mana isterinya berani balik kampong dengan Izz Ashfan. Hati gelak
kuat. Sesekali dia menjeling Yaya yang muncung sedepa dan mata sudah terbit air
mata. Bertakung dan bakal melimpah sekejap sahaja lagi. Banjirlah nampaknya
bilik mereka malam ini.
Izz
Amir tepuk-tepuk bantal. Masih memerhati Yaya yang masih bersila dan diam. Berteleku
seperti ayam berak kapur. “Jomlah kita tidur. Dah malam ni. Esok nak sahur. Cik
Yaya sayang ni baik kan? Jom teman abang tidur dan kita bincang fasal agreement kita.”
Bola
mata Yaya terbeliak. Dia pantas bangun. Kaki berjalan ligat dan tersengih. Hujung
jemari kesat air mata yang mengalir perlahan. Hibanya sebab sekali lagi tahun
ini dia akan berhari raya di Parit Buntar. Suaminya memang tidak adil. Memang selalu
mengikut kuasa veto lelakinya. Argh…marah ni. Marah! “Betul ke kita nak bincang
fasal agreement kita? Abang betul ke
raya tahun ni kita balik Mersing? Kita balik Mersing ya?” Okey, Yaya buat muka
suka. Sengih sambil telinga dan dia harapkan keputusan akan berubah. Ya Allah,
lembutkan hati suami aku ini Ya Allah.
Izz
Amir sudah baringkan diri. Tarik gebar dan jeling Yaya turut sama merebahkan
kepala ke atas bantal. Dia pusingkan badan. Lampu masih terbuka dan bilik masih
terang benderang. “Kalau nak batalkan agreement
kita, cik Yaya sayang kena hadiahkan Izz Ashfan adik. Boleh?” Izz Amir ketawa
besar. Ketawanya makin meledak bila Yaya mencubit perut dan lengannya menjadi
mangsa cubitan berbisa Yaya.
“Eeeeee…….kita balik Mersing. Tak kira! Tak
kira!”
Izz
Amir makin rancak ketawa. Yaya makin muncung sedepa. Gantung hanger pun boleh. Dalam hati wanitanya
dia berharap suami akan merubah jadual perjalanan. Paling tidak, wajah ibu dan
Nek pa dipandang matanya. Dia terkebil-kebil pandang dinding. Mata sudah
mengantuk. Yaya sudah tidak hiraukan Izz Amir yang sudah lena. Dalam bergurau
senda, tiba-tiba dengkuran kecil suaminya menerpa ke telinga. Ajaib betul Izz
Amir, letak kepala terus lena. Siap berdengkur. Haihh.. Entah minit keberapa mata Yaya terus layu dan akan dibawa
mimpi indah.
***
Izz
Amir betul-betulkan gebar isterinya. Dalam bergaduh, Yaya masih sudi menemani
dan berbual-bual. Masih hadiahkan senyum cantiknya dan monyok pun tidak sampai
satu jam. Dia renung isterinya yang sudah lena. Dia jamah wajah sederhana
isterinya. Dada isterinya berombak perlahan dan rambut yang menutupi pipi Yaya
dibetulkan.
“Tahun
ni kita balik Mersing. Jumpa Nek Pa, ibu dan Fatin. Okey?” Dia separuh
berbisik. Sengaja tidak mahu Yaya tahu mengenai perancangannya.
Baru
sahaja dia rebahkan kembali bantal, tangannya ditarik oleh Yaya. “Oh yeay….balik Mersing! Abang memang suka
tipu tau. Suka tau tengok kita nangis selalu.” Yaya terus menggelupur menolak
gebar. Bersila dan tersengih-sengih di depan Izz Amir. Izz Amir garu kepala. Habis
rancangan. Rosak segala. Malam semakin tenang. Pekat dan bintang terus
bertaburan di langit.
“Upah?”
Izz Amir sengih. Dia garu kepala lagi. Sengih melihat telatah isterinya nan
satu ini.
“Upahnya esok sahur Yaya buatkan abang lempeng kelapa
cicah sambal ikan bilis. Sedap kan?”
Dia angguk lagi. Mengiyakan dan gosok-gosok kepala Yaya. Kasih
sayangnya tumpah sekali lagi untuk isteri tercinta. Rambut isterinya
dibetul-betulkan dan debaran berganda bila Yaya kenyitkan mata.
Nakal! Cik Yaya sayang memang nakal.
p/s : Selamat Hari Raya untuk semua kesayangan Cik Yaya
Sayang dan Izz Amir. Jangan rindukan kami okey. Tunggu Mr Pai Epal.
Best...SO SWEET!!!!
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri!!!
Best tul..lawak dan best..lawak dan best:-)
BalasPadamSalam Eidul Fitri buat Mardihah sayang...... dah kahwin Yaya rupanya..
BalasPadamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamSelamat Hari Raya
Maaf zahir batin
tk, ada juga n3 utk pengubat rindu...
BalasPadamdan tidak lupa juga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN UNTUK MARDIHAH SEKELUARGA... JGN LUPA SEKIRANYA BALIK KAMPUNG BERHATI-HATI DIJALAN RAYA DAN SELAMAT PERGI DAN BALIK KE DESTINASI YANG DITUJU YE....
Thank you Mardihah sayang, ini yg buat sy sayang awak 14 juta kali tau. Terubat juga rindu kat Mr Pai Epal ni, sweet sangat bila dpt tahu mereka akhirnya berkahwin. Tak sabar nak tggu versi penuh MPE dalam bentuk cetakan.
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA..
sweet2,....SELAMAT HARI RAYA AAAAAIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN:
BalasPadam