Pages

13 Ogos 2012

Nama Dia Joe 2


Meh kita panaskan minggu ini dengan Nama Dia Joe. Hehe. Ni heronya okey. So jambu dan hahahaha *tak boleh kata apa. hihi. Sekejap dia boleh jadi kacak dan kemudian boleh jadi selekeh. Kehkeh.. ;D Semoga suka dengan Nama Dia Joe.


“Johari bin Haji Khairudin. Sedap nama awak. Nama manja awak Joe kan?” Mawar sengih nampakkan giginya. Dia menyeluruhi wajah Joe. Kepala Mawar terangguk-angguk sambil menulis nama penuh Johari di dalam buku notanya. Dia hadap muka Joe dengan rasa tidak bersalah dan tidak tahu malu. Muka tebal 24 inci.

Joe gigit bibir bawah. Apa kena agaknya dengan si Mawar ni. Dari semalam dengan tak tahu malunya memanggil nama aku. Siap lambai-lambai sambil menjerit. Terlompat-lompat macam kera pun  iya. Matanya pandang Mawar. “Ya. Tu nama saya. Apa lagi yang awak nak tahu ni?”

Errrr..awak suka makan apa?” Mawar terkedip-kedip. Dia menulis biodata Joe di dalam buku notanya. Alahai Mawar. Suka sangat menjadi penyiasat persendirian untuk Eriana. Si Ery ni pun satu. Suka-suka hati arah itu ini. Gila namanya jika dia menolak arahan Eriana. Bala namanya jika dia tidak bersetuju dengan modus operandi ini.

Joe terkulat-kulat memerhati Mawar. Rasa macam mahu dia telan saja gadis kecil molek ini. “Awak nak buat apa semua ni. Dari tadi awak ganggu saya tau tak?”

Mawar hulur Cadbury black forest. Sengih lagi. Joe rembat dengan cepat. Umpan dah mengena nampanya. Mawar sengih lagi. “Oh, awak suka coklat ya?”

Errmm…” Joe jeling Mawar. Dia jawab soalan Mawar dengan malas. Dia renung jemari runcing Mawar. Boleh tahan si Mawar ni. Cantik. Jari halus kurus. Runcing sahaja dan putih melepak kulit wajahnya. Tetapi kenapa dia ikut saja cakap si Eriana tu? Apa ada dengan Eriana sampai dia sanggup buat apa sahaja kemahuan Eriana?

“Nanti saya belikan awak sepuluh coklat cadbury. Haaa..eh-eh, awak suka warna apa ya?” Mawar kembali menatap buku notanya. Buat-buat sibuk menulis biodata Joe. Kerja budak darjah enam betul aku ni.

Pantas Joe menjawab. Senafas dan bagaikan kilat. “Pink.”

Erk!

Mata Mawar terjojol. Dia pandang Joe sambil gigi gigit bibir bawah. “Eeeee,..pink? Awak macam perempuanlah. Pondan!”

Joe ketawa. Melihat mimik muka Mawar yang menggelikan hatinya. Dia cepat-cepat susun buku. Mawar terkial-kial memerhati. Dia telan air liur. Joe pantas sahaja mengemas. Eh, dia nak balikkah? Ala, cepatnya. Interview pun tak habis lagi ni. Kalau Eriana tanya soalan mengenai Joe, apa yang perlu dia jawabkan nanti? Mawar garu kepala yang tak gatal.

Hidung kembang kempis.“Eh, awak nak balik dah ke?”

Joe masukkan buku ke dalam beg dengan cepat. Malas dia mahu duduk terconggok depan awek comel ini. Nanti habislah Suri mengamuk. Bukan dia tak tahu mengenai gosip hangat kolej ini. Ramai perempuan bermulut naga dan puaka yang akan membuat cerita basi. Eeee, dia takut dengan Suri. Suri kalau cemburu, habislah naya kena memujuk 14 hari 14 malam.

Joe pandang Eriana. Dia angguk. “Esoklah awak interview saya ya. Saya nak balik. Kena masak.”

Mawar gigit bibir bawah.  Masak? Amboi, beli di kedai sajalah. Dia pandang Joe dengan simpati. “Pleaseeee…nanti Eriana bising dan marah kat saya.”

Joe mendengus. Tarik nafas. “Hei, saya sibuk tau tak?”

Mawar sandar tubuhnya ke kerusi. Joe sengetkan bibirnya. Wajah simpati Mawar dipandangnya. “Betul awak. Saya kena balik cepat. Saya kena masak. Adik-adik saya nanti tunggu saya kat rumah tu. Saya janji esok. Esok boleh?” Joe menawarkan bahasa mudah. Bahasa indah dan sopannya untuk Mawar. Dia tahu Mawar terpaksa. Gara-gara Eriana yang menyuruhnya membuat temuduga tidak bertauliah ini. Mawar terpaksa dan dipaksa.  Mahzir semalam sudah bercerita siapa Eriana. Mahzir semalam sudah bercerita mengenai tindakan Eriana terhadap semua lelaki-lelaki dan pelajar baru di kolej ini.

'Masak?' Rajinnya dia. Mawar terkebil-kebil sambil dalam matanya terpandang-pandangkan Joe berdiri, memakai apron dan memegang sudip. Wah, machonya! Paling terkejut bila dia terbayangkan Joe menoleh dan mengenyitkan mata. Oh, handsomenya dia.

Mawar segera membuka buku notanya bila angan-angan sudah meninggi seperti tingginya Gunung Everest. Cet, mana mungkin Joe  mahukan dia sedangkan Eriana awal-awal lagi sudah menempah 'Joe'.

Dia sengih macam kerang busuk. Batang tubuh Joe sudah hilang. Hanya wangian Joe sahaja menyusup masuk ke dalam rongga hidungnya. Habislah dia akan dimarahi Eriana yang mahu segera menyoal selidik segala fakta mengenai Joe. Buku notanya sudah penuh dengan biodata Joe. Entah betul atau tidak. Biodata ini pun masih belum lengkap. Macam budak darjah enam pun ya. Siap tulis biodata bagai!

Mawar belek-belek buku notanya.. Joe minat warna merah jambu? Dia senyum. Ewww, seksi!

Joe suka makan coklat Cadbury Black Forest. Ewww, mengancam!

Joe suka masak. Ewww, seronoknya! Masak apa, dia masih tidak pasti. Kalau asam pedas, hari-hari dia akan bertandang ke rumah Joe sambil bawa mangkuk kosong. Eh-eh, pemalas kau Mawar. Malulah sikit, itu lauk masakan orang bujang.

Dia terkebil-kebil sambil menyengetkan badan. Rasa macam di syurga kan, kalau Joe itu betul-betul lelaki sempurna. Hmm, tapi Eriana. Eriana sudah 'warning'. “Joe, aku punya! Kau Mawar jangan lupa biodata lengkap Joe. Esok, dua keping kertas lengkap dengan biodata Joe mesti ada atas meja aku. Ingat!”  Wajah jelita Eriana sambil bercekak pinggang melekat ke dalam kepala.

Arghhh....akhirnya Mawar dengan terkocoh-kocoh mengemas buku-bukunya. Ambil beg, sumbat segala buku dan pen warna warninya ke dalam beg. Dia segera angkat kaki dan mahu mengejar Joe. Biodata di dalam buku ini tidak sempurna lagi dan dua muka kertas kajang pun tidak akan penuh. Kalau dia menyalinnya balik masuk ke dalam microsoft word, baru tiga baris sahaja. 'Apa yang aku nak goreng dengan Eriana ni?'

Dahi Mawar berkerut-kerut. Bila dia melangkah keluar dari perpustakaan, mata mereka bertemu lagi. Joe berdiri sambil berpeluk tubuh. Merenungnya sambil hulurkan sebuah buku. “Buku awak, saya terambil tadi.”

Eh-eh. Joe belum balik lagi? Dia tunggu akukah?

Errr...” Mawar ambil buku dari Joe. Dia sengih. "Terima kasih."

Joe perhati sahaja Mawar menyarung kasutnya. Dia masukkan jemari ke dalam kocek seluar jeansnya. “Kenapa awak soal selidik saya macam saya ni ambil rasuah ya? Awak pegawai SPRM ya?”

Mawar ketawa. gelengkan kepala dan kaki melangkah. Joe entah kenapa mengikutnya. Mereka kini berjalan senada. Bila dia menoleh dan memandang Joe, ada debaran berjuta-juta rasa. Joe tarik nafas dan hidungnya yang mancung bergerak-gerak. “Jawablah cik Mawar cantik oi!”

Dup.

Oh my...

Oh my...

Oh my...

Dia kata aku cantik?

Ewwwww....

4 ulasan:

  1. hahaha. apalah mawar ni. apepun saya suka..ekeke

    BalasPadam
  2. Aik...dah habis dah???? -_-#
    Apepun story nie memang best...#^_^

    BalasPadam
  3. selamat hari raya.... tak sempat nak baca story.. alasan hehe

    BalasPadam
  4. hehehe... saya pulak termalu2 skrang... bila nak sambung lagi kak mardihah ku sayang..

    BalasPadam