Pages

12 November 2008

Untung Dan Rugi

Saya kembali menugaskan diri. Mencari-cari bahan untuk
menyiapkan manuskrip yang perlu saya edit. Keperluan tatabahasa. Memproses jadual produksi yang bakal menjelma. Entah saya gembira atau
tidak. Saya tersenyum mesra. Entah bagaimana harus saya mulakan, kerana sudah lama saya tidak menulis seratus peratus.

Menulis memerlukan masa.
Menulis memerlukan minda
Menulis memerlukan kesegaran
Menulis memerlukan kefahaman.
Untungnya, ruginya, saya harus tempuhi.

Lap top jenama apa? Sebelum ini saya mempunyai Compaq. Namun kerana kelalaian...ia rosak sedikit(sekarang sudah rosak banyak)
Khabarnya motherboard tidak berfungsi, selepas melahirkan manuskrip sulung. Untungnya, manuskrip berjaya diterbitkan. Ruginya, ia kenangan mengusik minda saya.
Lama saya berteleku, kerana memblogging selalunya sekitar waktu pejabat, masa bekerja dan sedarnya saya adalah
kita mencuri banyak masa kerja...ohhhh..bukankah kita semua serupa?hehe

Jenama apa?

DELL?
ACER?
COMPAQ/HP?
VIAO?
ASUS?

Kerana berkira-kira pada jenama yang menguntungkan kepuasan, minda saya, idea saya tidak berfungsi beberapa ketika. Jaminannya bagaimana?

Tuhan, redhai perjalanan kali ini. Saya selalu berhati-hati. Tegur HarithHauzah bahawa banyak persoalan yang di ajukan, lambat-lambat juga saya jawab. Saya harus kemaskini diri. Membaca dan mencari bahan. Juga menyambung pelajaran. Itu rasional saya. Kelak dan bakal direncana.
*****************************

Apei tak paham ayat-ayat di atas..Katanya ;

" Aku tak paham ar bahasa kreatif ko ni..pening ar Dihah.....tukar ar lain...ko dengan Harith Hauzah bahasa puisi-puisi laaaaa...aaaaa tidakkk.." (sekadar menambah beberapa ayat)

" Ohh..." Dihah tergelak. Sambung balik.." Jap...Dihah edit..bagi Apei paham..."

*****************************************
Selepas editing. Maaf, tiada penilaian tatabahasa.

Gini, Dihah nak beli lap top baru. Tapi tak tahulah nak beli lap top mana. Bukan ke Apei tahu Dihah dengan Kikimikasa mencanang satu Finance nak beli lap top. Hahaha...Boleh Apei bagi cadangan sikit tak?

Lepas tu, manuskrip tu, Dihah lama dah tak menulis. Nanti nak mula menulis, rasa macam boleh ke tidak ni....mu gase-gase Dihah boleh ke ni? Arghhhh..paham tak ni? kalau hang tak paham, g siapkan kerja..hidup PRIME!..hehehe...~gurau sahaja~

Tu je.Pendek je sebenarnya..

P/S: Hanya sesetengah orang sahaja yang akan faham gaya bahasa Dihah. Apei, jangan pening-pening!

11 ulasan:

  1. dihah, tq very much... lepas dah edit pun aku terpaksa baca 2 kali baru aku dapat tangkap aper ko nak cakap... anyway tq..

    BalasPadam
  2. apei memang ar.....dia memang begini.

    BalasPadam
  3. laptop vukanlarrr hakmilik.. kekal.. ihiks

    BalasPadam
  4. singgah sekejap : rasanya saya akan singgah lagi.....bahasanya cantik untuk dibaca.semuga kita diberkatiNya

    BalasPadam
  5. ade tulis novel ke? akak mcm minat jugek menulis tp selalu putus idea hehehe

    BalasPadam
  6. bahasa yg indah.. tak jemu membaca.. kalau zino yg menulis macam ni mau berpeluh utk menyiapkan nya.. hehe

    jenama yg zino guna sekarang DELL.. tapi bukan zino yg punya opis yg punya.. hehe
    ok juga..

    BalasPadam
  7. Sis, bak sini manuskrip ko..biar gue yg terbitkan, hehehe...

    Gue cadangkan ko amik jenama compaq/hp....kenapa? pasai gue minat spesis tu, hehehek...

    Haa sis..gue nak mintak tlg skit...ko terer kan bab2 edit gambr kan? alaa..gune photoshop tu...haa, nanti aku kasitau ko dlm YM :) gue? Gue bukannya tak reti...tapi bz memanjang (konon2 la)..lagi pun, kurang x-pet, hehehe...

    k, chow........

    BalasPadam
  8. salam,

    menulis perlukan masa,
    menulis perlukan idea,
    tp tak seharusnya dipaksa2
    kerana hasilnya takkan 'berbunga makna'...

    BalasPadam
  9. salam singgah, sy pun minat sgt menulis..

    BalasPadam
  10. en_me - urks...vukanlarrr? ada erk jenama tu?

    jinggao - terima kasih ya sudi singgah dan baca...:)

    ezzy - salam singgah juga..

    masy - ada tulis, insyaAllah diterbitkan nnti...:)

    zino - DELL erk? warna pink nampak ladies sahaja...:)

    antusufi - bleh je tolong. ape-ape bg sis buatkan. nanti khabarkan segera ya. Boleh2 jika tahu buat dan bagaimana caranya. satay kajang 10 cucukssss...hehehe

    al bima sakti - erm...betul tu...dihah sokong sangat..menulis yang memberi rasa kepada ramai...

    azlin hashim - selamat menulis juga ya..:) salam kenal..

    BalasPadam