Ya, sahabat akan sentiasa menjadi payung malahan menjadi pelangi dan matahari kepada diri. Saya akui semua itu, tetapi
pelangi, matahari saya semakin jauh dari hati saya. Kenapa? Saya mendongak perlahan, terkebil-kebil menahan tangisan yang perlahan.
Betapa Allah itu menguji kuatnya perasaan saya terhadap persahabatan.
Ya.. semua manusia diberi pilihan untuk berkongsi apa sahaja dengan sesiapa. Saya sekadar melepaskan lelah di sini. Kecewa dan saya ternyata teramat kecewa. Keluhan saya terhenti. Ternoktah. Jiwa saya tamat sudah di sini. Sayu barangkali. Remuk dan saya bagai sendiri lagi.
Pelangi terus bersama warna dan warninya, tetapi pelangi hati saya malap dan kelam sahaja. Matahari kian menjelma bersama sinarnya,
namun sinar cahaya itu bagai menembusi lutsinarnya. Hilang dan sesekali suram. Bagai senja melabuhkan tirainya.
Saya masih mencari seorang sahabat yang masih percaya dengan saya. Berkongsi segala cerita, sedih, gembira, suram dan dukanya. Namun...siapakan dia? Atau sahabat saya sebenarnya adalah 'permata hati' saya suatu hari nanti? Adakah dia? saya senyum panjang meski berduka lara. Ahh....sadis sungguh perasaan saya.
Doa saya, semoga gadis itu riang harinya, seperti tawanya yang manja. Juga bahagia hendaknya. Saya mahu menjadi sahabatnya semula, tetapi
siapa saya yang kering hatinya.....yang jauh hatinya...yang tawar sahaja memek mukanya. Tawaran saya terhenti dan saya mahu menjalani hidup sebebasnya. Biarkan saya sendiri sahaja, bermukim bersama kenangan dahulu kala yang perciknya memberi sinar bintang kepada hati. Saya mahu menganyam kembali kenangan lama. Saya mahu ia tercatat indah dalam kotak memori saya.
Rintik-rintik hujan perlahan menggamit sayu hati saya.
Saya pantas menutup tingkap, menarik langsir dan kemudian jauh di sudut hati saya mendoakan dirinya, gadis itu tersenyum bahagia. Maafkan saya. Hati saya semakin kecil menerima segalanya tentang dia, tetapi sayu jiwa saya, Tuhan lebih mengetahui. Terima kasih segalanya.
Payung hitam saya jauhkan, simpan perlahan di atas tempatnya dan
kerdip mata saya menyilau dengan serpihan mentari pagi yang mula mahu bersinar. Saya mahu bergegas, memulakan kehidupan dan wajah baharu. Saya menyapu air mata dan kemudian lirik nakal mata saya menjamah sekeping gambar kami di atas meja. Lantas beg dicapai dan derap kaki perlahan mengatur perjalanan hari ini.

errr...kamu ok?
BalasPadamjaga diri :)
13may - erm, saya ok2 sahaja..bisa senyum sentiasa...
BalasPadamkalau pasal frust bercinta..jgn frust2..tak guna..kalau berkwan plak..pn sama..
BalasPadamlife must goes on!!!
harap Dihah terus bersahabat dengan sahabat itu..K.FID
BalasPadamme teringat 'matahari ada telinga' - cerita cina lama..
BalasPadamSalam..
BalasPadamsahabat bagai kanan dan kiri
bagai tangan dan kaki
bagai mentari dan pelangi
tempat segala yang dikongsi
kekadang kita tak tahu isi hati
lain yang diharap lain pula yang jadi
biarkan hujan meruntuhkan deraian
kerna mentari pasti memberi sinaran
pelangi juga turut mengambil giliran
dunia kian cerah menyinari kehidupan
perjalanan hidup perlu diteruskan
salam...
BalasPadamsesungguhnya sahabat dan kawan itu adalah orang yang berlainan.. klu sahabat ni seorang yang sanggup bersusah dan bersanang ngan kita..
tpi bila kawan ni dia cuma nak bersenang ja.. apabila kita susah dia takda bersama kita..
beringtlah sesungguhnya langit tak sentiasa cerah.. itulah warna warni kehidupan...
anul - erm...ini berkaitan kisah semalaman yang dipendam lama sahaja.bukan frust bercinta....hehe
BalasPadamk.fid - oh, terima kasih menjengah. Kita bersua nanti hujung bulan ni ya. Mendamaikan jiwa bersama2.
en_me - owhh..best ke citer itewwww..heheh
naz ilyn - pandai sungguh menyusun bicara. pandai erk bersajak...hmmm....terima kasih atas peringatan mesra
faridmw - itulah warna dan warni kehidupan.terima kasih juga atas peringatan....senyum selalu..:)
cantik bahasa puitis dia..seronok membaca nya..
BalasPadamtrima kasih sudi singgah di blog zino..
salam kenal...
Dihah!!!
BalasPadamKiter pun turut merasakan perasaan yang sama biler kawan yang kenal dari kecik tetiba jerk menukar angin. Kadang kadang tak tahu silap kiter dimana. Tiba tiba berubah tingkah, mungkin kiter bukan kawan yang terbaik kot untuknya.
Bila baca awak nyer entry nih, kiter plak yang terase sayu. Sedey... sampai terase nak mengasingkan diri, jauh dari dunia penuh emosi....
zino - terima kasih ye sudi singgah di sini.
BalasPadamkikimikasa - ya, benar kan, teman ketawa mudah kita cari, tapi teman duka, sukar menjadi sejati....kita berteman biar seribu, namun berkasih itu betulkan satu?
betul betul betul (gaya upin n ipin). Teman seribu tapi susah nak carik yang betul betul sejati.... ;)
BalasPadamkikimikasa - betul-betul (upin n ipin jugak) hehehehe...
BalasPadam