Pages

09 Februari 2011

Sehari di Kuala Linggi.

Cuti Tahun Baru Cina yang sungguh padat. Namun menyeronokkan. Paling penting menghabiskan masa dengan anak-anak buah yang memang comel macam emak saudaranya. Aiceh! Tak sudah-sudah syok sendiri!

Kami ke Kuala Linggi untuk menikmati pemandangan luar biasa. Ingat tempat yang pernah Rosyam Nor berlakon dalam drama Sekeras Kerikil? Haa...di situlah tempatnya. Memang paling kelas berbanding Port Dickson dan Tanjung Bidara. Air tenang dan tidak terlalu ramai. Semacam tempat yang dikira privacy untuk sesiapa yang malu mandi laut. He he he.

Laut yang luas mata memandang. Memang dah lama tak melihat laut, jadinya kami mengambil kesempatan mencari ketenangan dan merehatkan fikiran. Melihat anak-anak buah gembira memang terasa membahagiakan. Mardihah say 'no to mandi laut!'

Along, suami, Afrina, Aiman dan Irfan paling buas mandi laut. Ya Allah! 4 jam pun tak cukup! Raidah, Zimah, Zirah dan Mardihah menjadi pemerhati tetap. Tapi akhir jam, Zimah dan Zirah ditarik masuk ke dalam laut. Baju sudahlah tak bawa! Haaaa....

Aktiviti di laut yang semestinya dibuat oleh semua orang adalah mandi dan makan dan makan. Nasi lemak power emak terhidang dan beberapa kali mereka makan dan makan. Kuih donut emak juga pastinya kegemaran!

Yummy!

Kereta baharu yang warna oren merentas perjalanan. Irfan say. 'Fuyooo, power!'

‘Banyaklah powernya, Irfan!’

'Nanti Irfan nak beli kereta macam Mak Yang lah! Warna putih!'

Saya ketawa dan suami lantas memandu bersama si comel oren! Sebenarnya saja tak nak tunjuk skill bawa si oren. ‘abanglah bawa oren hari ini ya!’

Okey semua, tak nak lagi tulis panjang-panjang, mari kita lihat gambar-gambar menarik yang diberi tajuk, 'Sehari di Kuala Linggi.'

Jika bab bergambar, menyengetkan mulut, pusing sana dan sini, serahkan kepada mereka bertiga!


4 jam memang tak akan cukup jika tak paksa mereka naik ke atas! Ya Rabbi!
Along Fais dan Irfan. Angah dan keluarga tak berkesempatan menyertai kerana pulang ke Muar.


Sesi menanam Irfan lesung pipit!


Aiman turut sama mahu kami menanamnya di pasir yang halus dan bersih! Seronok betul dia!


Sesi menanam Afrina pula! Tengok si Aiman dan Irfan. Kalau membuli kakaknya, memang nombor satu.

Ala-ala manjanya. kuang kuang kuang...



Jeng jeng jeng...ini dia kereta comel Mardihah Adam. Pin pin! Iyalah kan, selama empat tahun selepas bekerja dan hasil bonus tahunan ini mencukupi membayar erti lelah bekerja. Bila membeli kereta hasil duit sendiri terasa berbaloi-baloi juga! Pinjaman bank ya! Kereta kecil-kecil sahaja dan mencukupi untuk ke tempat kerja dan membantu saya dari segi keyakinan diri, berani dan kental membawa kereta automatik! Uiks! Auto pun autolah!

5 ulasan:

  1. salam... semoga berbahagia selalu... seronoknya bercuti...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mar
    akak pun CNY lalu, bercuti tapi balik kampung kak ummu.biar penat tapi gembira sebab dapat berjumpa ibu ayah.

    BalasPadam
  3. linggi? sy rajin gi linggi berkelah di tahun 2003, 2004 gitu, sbb masa tu keja kl tapi dok kg berulang alik. sekarang, dah lama sangat tak nampak laut, rinduuuu

    BalasPadam
  4. salam faridmw,

    lama dah ye tak tgk blog awak!

    ummu,

    betul lah kan balik kampung jumpa ayah dan ibu. pasti hilang penat.

    Maksu,

    marilah ke Linggi. seronok sangat di sana.

    ayu jamal,
    bestnya..sesekali hilangkan tekanan. :)

    BalasPadam