Pages

08 April 2012

Dia, Cinta Hati Saya 7

Tadaaaaa.....Dia, Cinta Hati Saya 7! Peminat Majdina dan Zain, boleh senyum-senyum sekarang okey? Eceh! InsyaAllah, sambungan Yang Terindah menyusuri beberapa hari lagi. Tarik nafas hembus...sabar ya! Hehehe. Selamat berhujung minggu semua!


Sayang saya empat belas juta kali tak sebab up kisah Zain bilal ni? Ewah!

Jung Ii Woo



Saya pusingkan kepala ke kiri. Kereta BMW milik Fendi meluncur sederhana. Dan Fendi memandang saya dengan penuh kejutan. Ada dua orang kawan Fendi yang saya ingat namanya. Johan dan Tengku Ilham. Dan detik itu juga, Fendi memecut ke depan bas. Jantung berdebar-debar. Apa yang Fendi akan lakukan kepada saya dan Zain? Saya masih ingat dengan Shahir. Shahir teruk dibelasah oleh Fendi kerana cemburu butanya itu. Fendi memang pantang seandainya ada lelaki duduk di sebelah saya. Fendi itu sudah katakan kepada saya yang dia separuh gila dengan saya. Dia sanggup membunuh mana-mana lelaki yang cuba mendekati Majdinanya. Saya pejam mata dan memandang lagi ombak rambut Zain. Meski kopiah putihnya melekat, ombak rambutnya masih boleh saya teliti.

Saya akan rindui awak sepenuh hati, Zain. Saya akan mengingati wajah redupmu itu, Zain. Saya juga akan sentiasa menyebut nama awak di dalam hati ini. Saya akan sebatikan rasa kasih dan cinta yang tumpah ini terus kepada kamu, Zain.

Zain, saya amat berharap hari ini bukan detik terakhir kita berjumpa. Saya mahu bertemu dengan awak setiap hari, Zain. Zain, dengarkah kamu isi hati wanita yang serba kekurangan ini? Mahukah awak membimbing saya yang penuh dosa dan noda ini?

Aksi filem Holloywood terpapar di hadapan mata! Bas terberhenti dengan sendirinya kerana kereta Fendi menghalang. Semua penumpang di dalam bas terkejut! Jantung ini berdegup laju. Sederas kuda yang berlari!

Kepala Zain terhantuk di kerusi hadapan. Ada darah mengalir keluar dari atas dahinya. Jemari runcing Zain menegesat-ngesat dahinya. Suasana di dalam bas kecoh seketika.

“Awak tak apa-apa Zain?” saya berdiri dan segera mahu ke arah tempat duduknya. Zain gelengkan kepala. Kopiahnya dibetul-betulkan.

“Saya okey. Dina okey kan?” Zain memerhatikan saya. Kemudian cepat-cepat mengalihkan matanya. Saya mengangguk dan belumpun sempat saya mahu duduk di sebelah Zain, Fendi dan kawan-kawannya datang menaiki bas.

“Kat sini rupa-rupanya kau, Dina! Balik! Ibu macam orang gila menangis dekat rumah ingat Dina hilang! Balik!” Fendi menjerkah. Tiba-tiba sahaja Fendi naik marah kerana saya memandang Zain.

Tanpa usul periksa, Fendi terus menarik lengan Zain. “Oh, kau yang culik Dina ya! Kau turun. Turun! Sekarang jugak kau turun!”

Dramatik! Suasana terus tegang! Zain terus mengikut mereka semua turun.

Pemandu bas berdiri. “Bikin kecoh betul. Cepat turunlah! Jangan kacau masa gua oi!”
Beberapa orang penumpang menggelengkan kepala. Ada yang merengus dan memandang drama ini.

Tengku Ilham turut sama menarik lengan saya dan memaksa saya turun dengan segera. “Turun Dina!”

“Bawa sekali budak kopiah ni turun!” Johan turut sama memegang bahu Zain. Kami berlima segera turun dari bas. Zain masih mengesat-ngesat dahinya yang masih mengalirkan darah secara perlahan-lahan. Saya gigit bibir bawah. Rasa simpati menghuni hati. Apa yang Fendi dan kawan-kawannya mahu lakukan terhadap Zain saya ini?

“Eh, lepaslah Fendi! Sakitlah!” saya memaksa Fendi melepaskan pergelangan tangan yang dipegangnya. Fendi menjeling saya dan terus saya memandang Zain. Bas membunyikan hon dan segera meluncur laju!

“Kau culik Dina ya?” Fendi genggam penumbuk.

“Fendi! Kau dah gila, ya? Bukan culiklah! Dina yang ikut dia balik ke rumah. Zain tolong Dina. Dina pengsan!” saya memaksa lagi Fendi melepaskan genggaman jemarinya.

“Eh, lepaslah! Kalau aku nak culik dia pun, apa masalah kau!” suara Zain keluar akhirnya! Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Tengku Ilham masih memegang erat lengan Zain. Saya mengerutkan dahi. Zain memang cari masalah! Kenapa dia sengaja bermain api dengan Fendi?

“Ilham, lepaskan dia! Aku kata lepas! Lepas! Dina okey! Dina tak apa-apalah!” saya menjerit bagai orang gila.

Dan entah gila apa, genggaman erat Fendi terus melekat di pipi kiri Zain. Penumbuk Fendi ternyata kuat sehingga keluar darah dari bibir Zain. Zain memejam mata. Dia tidak berjaya meloloskan diri dari pegangan kuat Tengku Ilham dan Johan.

“Lepaskan Dina! Aku kata lepaskan dia. Dan jangan kacau dia!” Zain meronta-ronta lagi.

“Senang sangatlah kau kata ya! Kau dah tidur dengan dia dan sebab kau, malam tadi rosak semua rancangan aku!” Fendi menyeringai!

“Jangan fitnah aku, Fendi!” Zain memandang Fendi. Lengan saya lantas dilepaskan oleh Fendi. Fendi mara lagi ke arah Zain.

Zain terus di bawa ke tepi. Ditarik tubuh Zain dan dihenyakkan tubuh pemuda berhati mulia itu ke rumput. Meski banyak kereta lalu-lalang, tetapi tiada satu kereta yang berani berhenti menyelamatkan Zain. Sekali lagi, perut Zain ditumbuk kuat Fendi! Tengku Ilham dan Johan pula memegang lengan saya dengan kuat.

“Fendi! Jangan pukul Zain Fendi! Jangan!” saya cuba melepaskan diri! Dan ketika menyaksikan Zain dibelasah teruk oleh Fendi, air mata mengalir maha lebat.

“Jangan pukul Zain, Fendi! Jangan. Dia tak bersalah!” dan kalaulah saya tahu, Fendi akan membelasah Zain sebegitu rupa, sumpah saya tidak akan menanti Zain sehingga lewat malam. Saya sanggup datang kembali ke pajabat pos hari berikutnya untuk bertemu muka dengan Zain.

“Kau diam Dina! Perempuan murahan! Kau sanggup keluar dengan ustaz kopiah ni! Bermalam pulak di rumah dia. Kau ingat aku tak tahu?” Muka Fendi bertukar merah!

Air mata menjadi teman lagi. Saya meronta-ronta minta dilepaskan dan mahu menyelamatkan Zain, tetapi apa kudrat saya kala ini!

“Kurang ajar punya lelaki! Kau lagi tak nak mengaku yang kau culik Dina ya! Berani kau keluar dengan Dina ya!” Kaki Fendi pula menerajang perut Zain. Zain lemah tidak berdaya. Saya nampak ada darah keluar dari mulut Zain. Zain memejam mata dan kala itu saya mendengar Zain menyebut, “Allah…Allah…Allah.”

Zain, bangun Zain!

Zain, maafkan saya Zain!

Air mata mendudu lagi.

“Fendi! Jangan pukul Zain Fendi! Jangan!” saya menangis dan terus menangis. Meraung-raung meminta belas ihsan Fendi .

Satu sepakan tepat terus menuju ke perut Zain! Saya memejamkan mata. Berdoa sepenuh harapan. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku. Selamatkan Zain yang tidak berdosa ini Ya Allah!

Satu tumbukan padu menujah lagi tulang rahang Zain! Zain menjerit kesakitan. Saya pejamkan mata. Kenapa Zain tidak mahu melawan? Kenapa Zain biarkan dirinya dipukul sebegitu teruk oleh Fendi?

Guruh serta merta berdentum! Awan gelap berwarna kelabu.

Dan akhirnya, entah apa rasukan dan keajaiban yang berlaku kepada diri, saya berjaya meloloskan diri dari pegangan kuat Tengku Ilham dan Johan. Saya berlari mendapatkan Zain. Segera memangku kepala Zain. Wajah Zain penuh dengan darah! Dia memejamkan mata. Fendi dengan penuh marah, terus mara dan tanpa mempedulikan perasaan manusianya, kaki Fendi terus menendang perut Zain.

“Kurang ajar! Berani kau keluar dengan Dina! Johan, Ilham..pukul dia!” sambil menendang berkali-kali kaki dan perut Zain, Fendi terus mengarahkan kawan-kawannya memukul Zain.

Segera saya menjerit, memangku Zain yang sudah lagi tidak berdaya! Sudah ada darah keluar dengan banyaknya dari mulut Zain. “Allah…Allah…Allah!”

Tubuh tegap Tengku Ilham dan Johan terus mara. Fendi sudah hilang akal! Saya menutup perut Zain dengan tubuh ini. Dalam keadaan kelam kabut melindungi Zain dan air mata mengalir-ngalir saya biarkan belakang badan ini ditendang sama Fendi dan kawan-kawannya. Biarlah saya merasai sakit ini.

“Kau ingat Dina, sebab jantan ni kau mungkir janji! Tak fasal-fasal, dua-dua kena belasah dengan aku! Perempuan jalang!” jerit Fendi lagi.

Beberapa minit belakang badan ini menjadi serangan Fendi, sehingga saya turut sama tidak berdaya. Kami berdua menjadi mangsa Fendi! Dan Zain akhirnya menarik tangan saya, memeluk saya kuat-kuat dan memusingkan badannya. Zain mengerang sakit dan kini melindungi saya pula!

Zain tidak mahu saya dipukul! Zain tidak mahu saya merasai sakit lagi! Belakang tubuh Zain pula menjadi santapan kaki Fendi, Tengku Ilham dan Johan. Ada darah mengalir dari bibir Zain. Wajah Zain kini dekat dengan wajah saya. Ada darah mengalir dari bibir Zain dan jatuh ke atas pipi ini. Mata Zain terpejam menahan sakit. Tapi bibirnya sama seperti tadi. Menyebut nama Allah…Allah…Allah.

“Zain…”saya memanggilnya perlahan.

Tubuh Zain bergoncang lagi!

Air mata mengalir lebat. Mata Zain terbuka sedikit. “Saya akan melindungi awak dunia dan akhirat, saya, Majdina!”

“Zain! Lawan Zain!” jerit saya lagi. Tetapi Zain sudah tidak berdaya. Tubuh saya dikejapnya kuat-kuat agar tendangan Fendi tidak mengenai diri saya.

Suara Zain tersekat-sekat. “Jangan keluarkan diri awak Majdina! Saya akan lindungi awak!”

Tubuh Zain diterajang lagi. Sayu. Sungguh saya sayu melihat Zain melindungi saya sampai sebegini!

“Zain…saya sayangkan awak, Zain!” dan air mata melebat apabila wajah Zain tersembam betul-betul di atas dada ini. Matanya terpejam rapat. Layu dan ada air mata mengalir dari matanya yang terpejam itu.

“Zain! Bangun Zain!” saya memanggil namanya. Saya memegang kepalanya dan saya yang tidak berdaya mengharapkan keajaiban datang. Mahu Allah menyelamatkan Zain. Saya juga mahu Zain selamat dunia akhirat!

Hujan lebat. Dan hujan dari malam tadi bersambung kini kala ini. Selepas Zain rebah, saya terkaku! Fendi, Tengku Ilham dan Johan merengus geram dan dalam hujan itu mereka berjalan laju melarikan diri.

Empat orang pemuda entah datang dari mana! Mereka mara ke arah kami berdua.

“Ya Allah!” satu suara pemuda melekat di minda ini. Saya masih memegang belakang badan Zain. Saya mahu Zain bernafas dengan jantung ini. Saya mahu Zain diselamatkan. Darah dari bibir Zain mengalir melekat mengenai baju kurung ini. Mata saya sekejap-kejap terkatup. Air hujan segera masuk ke dalam bola mata ini. Mencucuk-cucuk sakit!

Tubuh Zain dikecempung. Zain tidak berdaya. Matanya terpejam rapat.

“Cepat angkat abang ni. Dia cedera teruk!”

“Dik, bangun dik!” satu suara melekat lagi di telinga ini. Pipi saya ditepuk-tepuk supaya sedar. Mata terbuka dan sekali lagi saya melihat tubuh Zain diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta.

“Dia pun cedera! Angkat adik perempuan tu sekali, Naim!”

“Cepat! Ustaz tu cedera parah! Kau jalan dulu!” sergah satu suara. Empat pemuda berkenaan penuh cemas.

“Selamatkan Zain saya. Selamatkan Zain saya!” suara saya melirih dengan kesakitan yang amat sangat. Air mata mengalir lebat dan terus lebat.

Zain jalan hati-hati ya! Umi doakan Zain selamat dunia akhirat. Jaga Dina baik-baik. Hantar Dina balik ke rumah elok-elok. Umi tahu Zain serba salah hantar Dina balik ke rumahnya. Tapi Zain jalanlah jauh ke depan. Dina ikut di belakang. Ala, bukannya Zain buat maksiat. Zain naik bas, ada ramai orang dalam bas. Lepas tu, Zain carilah teksi hantar Dina terus ke rumahnya. Nanti cakap dengan ibu Dina yang Dina demam panas malam tadi. Zain anak umi yang bertanggungjawab, kan? Sampaikan salam ‘Asslammualaikum’ umi pada ibu Dina ya.

Iyalah umi. Tapi Zain seganlah nak jalan dengan Dina tu. Malulah Zain, umi! Tak pernah dibuat Zain jalan dengan perempuan.

Eh, Dina kata Zain dah curi hati Dina. Sejak bila Zain pandai curi hati anak dara orang ni ya? Umi tak tahu pun!

Eh eh…apa ni umi! Bila pula Zain curi-curi hati Dina. Mana ada, mi!

Pandai bohong dengan umi! Umi boleh tahu bila umi tengok Zain curi-curi pandang si Majdina yang cantik tu! Mata umi ni, siapa yang boleh tipu Zain oi!

Hahahahahaha. Kuat juga syaitan ni rasuk fikiran Zain! Umi ni, pandai-pandai saja!

Eleh! Umi ni makan garam terlebih dahulu dari Zain. Dah-dah, cepat hantar Dina tu! Tapi umi gerenti, Zain pun akan terpikat dengan Dina. Allah ni Zain, bila dia kata jodoh tu sampai, ia tetap akan sampai!Kunfayakun!
Umi…selamatkan anak umi, Zain! Dina mahu doa umi mengiringi langkah anak umi yang baik itu. Dina mohon maaf dengan umi andai kesakitan Zain itu semuanya berpunca dari Dina sendiri.

Dina minta ampun dengan umi. Dina tak bermaksud membuatkan hidup Zain penuh derita sebegini. Dina yang bersalah umi. Hukumlah Dina, umi!

Air mata entah kenapa berjurai-jurai! Air mata entah kenapa menjadi sahabat paling dekat dengan diri saya. Kala ini, saya tidak pasti apa yang berlaku dengan Zain. Tetapi kata-kata Zain pantas melekat di lubuk sanubari ini.

‘Saya akan melindungi awak dunia dan akhirat, saya, Majdina!’

‘Saya akan melindungi awak dunia dan akhirat, saya, Majdina!’

9 ulasan:

  1. Sedih...mengalir air mata nie...
    Puan Mardihah Adam harus bertanggungjawab tau!!!!!
    Jangan lari...hehehe.

    BalasPadam
  2. saya rasa semua ni mimpi

    dina mimpi sebab tertidur dlm bas, sbb mcm mengarut je, fendi tu boleh pula nampak dina dari dalam bas. pastu ala-ala drama berhentikan bas..adegan tumbuk-menumbuk.. yg zain tu tak melawan langsung, takkan hero lembik kot ... hehe..

    betul tak mar?

    tak sabar tunggu episod berikutnya :)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/4/12 17:43

    Alahai..kesiannya zain dengan dina..tak guna punya fendi..siapa btw siapa fendi ni cik writer?..abang dina ke..atau suami dina?..nyibuk jer..hihihi..cik writer cepat2 sambung ye..

    BalasPadam
  4. azyla, hihihihi...rasanya okey. fendi nampak dina melalui cermin. Dina sedang duduk masa ni. Bukan mimpi. Hihi.

    Kita tunggu minggu depan okey? hero kali ni lambat warming up dan lupa bukak silat nya. :)

    Eceh! Terima kasih semua beri komen. Tacingggg

    BalasPadam
  5. baca sambil guling2 dalam selimut... sedih sangat ni... sob sob... akak kijam... kesian zain saya.... nanti saya nak culik bawa zain keluar... sob sob sob, nk sambung nagis

    BalasPadam
  6. puan author...ermmm....zain dah peluk anak dara orang...sila bernikah cepat2 ye...hihihi..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama13/4/12 00:04

    Salam..memang dramatik..klimaks yg mantap! dan yg paling suka part Zain ckp akan melindungi Majdina dunia dan akhirat..huwa.. heaven rasanya..

    good job Mar! :)

    Wassalam

    BalasPadam
  8. Untuk tanpa nama yang bertanya, Fendi tu kekasih Dina. Hehehehe
    Sebelum terserempak dengan Zain.

    Aiceh!

    BalasPadam