Lamanya kita kita tak berjumpa. Apa khabar semua. Geng Transformers, masihkah kalian ingat dengan saya? RIndu betul nak berblog kan? Sebab sekarang terlalu banyak medium sosial dan ramai pembaca memilih membaca secara online.
Alhamdulilah.....akhirnya diam tak diam, saya dah ada dua novel yang diterbitkan di bawah penerbit Karya Seni. Selepas ini ada beberapa manuskrip yang harus saya lunasi. Walaupun saya tahu, ramai yang penat menunggu, tapi saya harap saya berbaloi penantian dengan manuskrip yang akan diterbitkan menjadi novel nanti. Terutamanya kisah Izz Amir dan Cik Yaya sayang tu. Satu lagi ada permintaan untuk kisah Majdina dan Zain.. eee rindunya!
Daaaaa. Saya nak letak kaver novel di sini! Jangan lupa beli dan dapatkan di pasaran ya! Beli, baca dan komen di Goodreads! ;)
Satu
Sara Nur Naila
Dua
Yang Terindah ...jeng jeng. Tapi kita tukar sikit tajuknya kepada
Hai Cinta, Dengarkanlah!
“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam
belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” Adib Huzairi
“Hebat betul taste janda macam
kau ni, kan?” Ainil
“Sebab saya jandalah kak, taste
saya kena tinggi sikit.” Cahaya
Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya
kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana
kematian suami!
Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua,
Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero
untuk dia dan Fifi.
“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?" - Fifi
Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk
berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan
budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan
berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak anak satu?!
“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat.
Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza
Sukarnya untuk Cahaya dan
Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.
“Ya Allah, kau lembutkanlah
hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan
Fifi.” - Fifi
Apakah sebenarnya suratan
takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati
menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu
kesalahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan