Pages

29 Ogos 2018

Sara Nur Naila [Bab Tiga]


 Hi. Kita sambung bab tiga pulak hari ni ok. InsyaAllah more teaser akan dimasukkan di page Mardihah. 



Reza fokus memandu. Jemarinya keras kejung memegang stereng. Jantung berdegup kencang, tak tahu nak buat apa. Si gadis yang dia tak pernah kenal, detik ini, sedang duduk di sebelahnya.
Pulak tu - sedang diam membatukan diri.
Nai telan air liur. Nak menangis, dia rasa macam tak berbaloi. Nak menjerit, nanti dia pulak yang stress empat belas hari.
Reza garu kepala. Lepas terkejut beruk, dia bergegas menyerang si gadis. “Kunci kau mana? Mana?” Dah serupa macam Ahlong mintak hutang. Tadi, masa kau hentak cermin kereta dia, ada kau fikir banyak kali? Nasib baik, perempuan. Nasib baik pulak, dia ni faham bahasa melayu. Kalau dibuatnya, dia ni minah salleh yang histeria macam dalam facebook tu, caner? Buatnya dia ni keluarkan stereng lock dan hentak pulak kepala kau macam mana, Reza? Buatnya lagi, dia ni ada tali pinggang hitam taekwondo dan flying kick kau pulak, apa rasanya ya?
Oren? Hahaha. Reza Fahmy sebenarnya terdesak!
Naila terkebil-kebil. Sambil mata menyorot melihat cermin kereta yang habis pecah, dia terkial-kial mengeluarkan kunci kereta. Dalam berani, terselit rasa takut. Kalau dah tengok si lelaki pecahkan cermin keretanya, entah-entah samseng ni boleh jugak pecahkan kepala aku. Amboi, nasib baik gunakan kayu. Kalau pecahkan cermin kereta aku pakai kayu hoki, serupa filem Tamil, noks!
Nehi. Nehi. Nehi. Nehi kabi nehi. Tiba-tiba lagu Bobby bergema di telinganya. Hei lah mak su, kenapa mesti filem Hindustan yang menjadi pojaan hatimu melekat di kepala ketika ini?
Dia terketar-ketar di tepi jalan raya. Takde siapa pulak kawan-kawan yang ada di sekitar untuk bantuan. Haihlah Naila, nasib badan. Yang pergi parkir dekat sini, buat apa? Lepas tu, janjinya tadi tiga hingga ke lima minit. Rupanya dah tiga puluh minit. Hesy!
Retina matanya melihat saja si ‘encik samseng’ a.k.a si ES memindahkan keretanya di kawasan lapang. Cepat-cepat, tanpa mempedulikan sesiapa, si ES itu terus pula menghidupkan enjin keretanya.
…dan tiba-tiba kereta si ES di depannya! Hon berkali-kali mengetuk gegendang telinga.
Jerkah si ES mengejutkan, “Ngapain kamu enggak masuk? Aku kata masuk, masuklah cepat!”
Tanjat gegirl. Nai terkebil-kebil lagi. Telan air liur. Amboi, bab mengejek orang, memang pandai kan?
“Kita settle masalah kereta kau tu, lepas masalah aku selesai. Aku kata masuk, masuk!” Suara si ES jadi garang. Nai terkial-kiallah masuk. Macam kena santau sambil jantungnya berdebar-debar tak hingat.
Tiba-tiba aje kan. Adakah Nai diculik? Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Dan sekarang kan, Nai sedang duduk di dalam kereta yang dibawa oleh si ES ini? Haih! Macam blurb belakang novel aje nih. Nai makin tak senang duduk.
Diam.
Perut kereta hanya mendengar lagu dari entah mana siaran radio.
Nai terus berdoa. Pejamkan mata dan berharap semuanya selesai dengan segera.
…dan jeritan lagu daripada Iphonenya, lantas melenyapkan suasana yang sunyi sepi.
‘Mak su’
Pantas, dia menjawab.
“Mak su!”
“Nai kat mana ni?”
“Dalam kereta encik samseng.” Nai tutup mulut. Gelengkan kepala dan toleh pandang pemandu di sebelahnya.
Sharifah Haslinda ternganga. “Wei, kau jangan main-main dengan mak su.”
Dia geleng kepala lagi. Berkali-kali. “Eh bukan-bukan. Nai keluar dengan kawan. Errr…” Siapa pulak kawan Nai ni kalau bukan selain Syamil yang mak su percaya? “Es. Sebut S. Haaa. Dia lah dengan Nai sekarang ni.”
“S mana pulak ni?”
“ES lah.”
Reza yang mendengar perbualan si gadis di sebelah, sembunyikan senyum. Usus sedang menggelegak mahu ketawa.
“Esmael. Haaa…Esmael. Bapak dia yang asal dari Otopia tu. Mak dia yang dari Abu Dhabi. Nai tengah tolong dia nak buat rak kasut ni. DIY rak kasut untuk adik dia ni. Haa-haaa.”
“Dia berkenan ke dengan rak kasut Nai tu?” soal Sharifah Haslinda.
Nai ternganga. Angguk lagi macam buruk belatuk. “Haaa….betullah tu mak su. Nai ada dengan adik dia jugak ni. Fatimah. Haa…Fatimah.” Nai main belasah membohongi mak su tersayang.
“Hei, macam-macamlah. Otopia lah, Abu Dhabilah. Jangan lupa, belikan croissant yang mak su pesan tu.”
“Okey-okey.” Nai mengetuk-ngetuk dashboard kereta. Tap tup tap tap tup tap. “Haaa..ni Nai nak start ketuk kayu ni. Nanti lambat, tak siap pulak. Bye mak su!”
“Okey. Bye!”

***
“Siapa tu?” Zahir panjangkan leher.
Jungkit bahu. Reza menjeling si budak tiga puluh minit. “Entah. Aku pecahkan cermin kereta dia.”
“Kau gila apa?”
“Sebab aku nak cepat. Aku nak jumpa dengan anak aku!”
Zahir garu kepala. “Nasib baik budak melayu. Kalau orang sini? Oi encik Reza, kau duduk Negara orang. Jangan sebarangan buat kerja sesuka hati. Kau ingat ni ‘rumah’ kau?”
Reza ketawa.
“Eh-eh kau ketawa pulak.”
“Dahlah terlepas nak cari Hannah. Izzat pun, aku tak dapat jumpa.” Reza mengeluh. Dia peluk tubuh dan bersandar di dinding. Pelancong dan rakyat tempatan di Shepparton tidak diendahkan.
“Iya aku faham, Reza. Bukan rezeki kau hari ni nak jumpa anak kau. Hannah tu laju aje dia berjalan. Masa aku WhatsApp kau tu, dia dah balik naik kereta dengan suami dia.”
Reza hembus nafas. Rasa ralat sungguh. Selepas dua minggu di Melbourne, akhirnya Zahir berjaya mencari jejak Hannah. Masalahnya, di mana Hannah tinggal, adalah satu malapetaka untuk dia dan Zahir mencari jawapannya. “Mana kita nak cari diorang ni, Zahir?”
Zahir hulurkan mineral water. “Aku nak masuk ladang balik kejap lagi. Kerja-kerja mencari orang dekat Negara Australia yang luas ni, kau ingat senang? Walaupun aku tahu, undang-undang dah kata, kau dan Hannah dapat hak sama rata dalam soal penjagaan. Tapi Hannah silap, sebab dia bawak lari anak kau ke sini. Kalau masuk court, mesti kau yang menang.”
“Kau google?”
Hahaha. Zahir ketawa. “Aku tahulah jugak serba sikit bab hak dan penjagaan anak lepas kes penceraian macam kau ni. Kebetulan aku tanya kawan aku kat facebook. Benda sekarang hujung jari je beb.”
“Ceritalah fasal hak ke, fasal penjagaan ke, aku tetap nak jumpa Izzat. Tu anak aku, Zahir. Anak aku!” Reza meninggikan suara. Tengkingnya sampai ke gegendang telinga Naila. Matanya merah menahan hiba.
Nai di dalam kereta, terkebil-kebil melihat perbualan bercampur emosi antara si dua pemuda.
“Iya, anak kau. Tiga bulan je beb. Tiga bulan saja masa yang kau ada untuk cari Hannah, lepas kau dapat jumpa Hannah dan jumpa sekejap Izzat, apa kau dapat? Duit kau pun habis, masa kau terbuang macam tu saja. Dan sekarang…kau dekat Negara orang tau. Kalau Hannah tahu kau ada kat sini, dia larikan lagi jauh anak kau tu entah ke mana Negara, macam mana? Kau nak pergi jejak jugak? Kau ingat ni Malaysia?” Zahir panjangkan hujahnya.
“Kau jangan kata yang kau nak culik atau ambik si Izzat tu.” Zahir membulatkan mata. wajah rusuh sahabatnya direnung. Nampak sangat, terdesak! “Move on lah, Reza. Aku dah banyak kali nasihat kau. Kau ni degil. Tapi…terpulanglah kat kau.” Zahir tepuk bahu si Reza.
“Aku tak berniat pun, Zahir. Dapat jumpa sekejap pun, aku dah rasa lapang. Alang-alang aku dah sampai ke sini. Apa salahnya kalau aku teruskan saja hajat aku.” Nadanya direndahkan.
“Macam ni lah, Reza. Kau balik dulu. Pergi uruskan kes cermin pecah budak perempuan tu. Buat repot polis dan betulkan cermin kereta dia. Tak baik kau buat anak dara orang macam tu. Kesian betul aku tengok dia.” Zahir menjeling si gadis yang sedang mengunyah entah apa makanan. Nampak gelisah dan rusuh wajahnya, tapi mulut si gadis itu tak henti-henti mengunyah.
Kepala bergerak sedikit ke kanan. Retina mata menangkap wajah si ‘gadis tiga puluh minit’ yang murung di dalam kereta. Reza telan air liur. Macam-macam hal betullah! Lepas satu, satu!
“Fikir elok-elok. Tapi kalau kau nekad, aku tetap ada untuk tolong kau.” Zahir hulurkan beg kertas yang penuh dengan makanan. “Barang yang kau pesan. Bolehlah kau makan dengan awek dalam kereta sewa kau tu. Aku balik dulu. Apa-apa, kau WhatsApp aku.”
Reza membuang resah. Mengambil beg kertas yang dipenuhi dengan makanan. Ada roti, cheese, coklat dan buah-buahan menyelerakan anak tekak. Dia membalas senyum si Zahir, “Okeylah. Nanti aku WhatsApp kau. Thanks, Zahir.” Dia mara beberapa tapak. Tanpa segan, terus memeluk tubuh kawannya. Bersalaman dan menghantar si Zahir sampai ke tempat letak kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan