Pages

17 Ogos 2018

Sara Nur Naila [Satu]

Semoga semuanya sihat-sihat ya. I’m backkkkkkk!!!!!

Nah Sara Nur Naila. Ingat Seluruh Mimpiku? Saya ambil keputusan untuk memperbaharui dan penyusunan semula plot Seluruh Mimpiku disatukan dan menjadi manuskrip baru yang lebih umphhhh! Hehehe

Semoga terubat kerinduan semua. Terima kasih atas setiap email-email pembaca yang sentiasa bertanyakan khabar manuskrip dan novel baru. Semoga ianya menjadi nyata dan kita tunggu sama-sama ok. Every week saya akan up satu bab di blog ini hokeyyy!

Hoyeh! Hoyeh!




Sara Nur Naila mengunyah roti. Sharifah Haslinda yang duduk di sebelahnya sibuk membaca sebuah buku. Duduk di dalam tram ini, sangatlah selesa. Meskipun selalu sahaja padat dengan penumpang dan walaupun sudah berpuluh tahun usia tuanya, ia tetap menjadi kebanggan warga kota asal penduduk di sini. Sesekali Naila membawa retina matanya menyaksikan keindahan dan kedinginan kota Melbourne. Ah – musim sejuk kembali lagi. Angin yang dingin, menyejukkan dan sesekali bila tidur bersama gebar tebal, nyamannya terasa betul, Subhanallah! Beg yang dibawanya direnung. Habis tiga buku roti bersalut coklat ditelannya. Beg kesayangannya ini, memang setiap hari akan penuh dengan makanan. Stok roti, coklat, badam dan kismis memang penuh di dalam beg. Bak kata mak su, ‘Naila ni memang kuat makan. Badan kurus, tapi ada saka! Ekekeke.

Dia makin ralit memerhati alam sekeliling. Musim sejuk di Australia ni lain macam sikit. Kalau nak lihat salji, kenalah pergi Snowy Mountain. Kalau kempunan sangat, dia selalu paksa mak su kesayangannya bersama jelajah Mount Buller di Victoria sana. Itulah yang dia selalu sangat ralat. Inilah musim yang Nai suka. Kan mak su kan? Dia toleh melihat si makcik saudara. Lengannya menolak lengan si Sharifah Haslinda.

“Hei mak su ni. Asyik baca novel je. Cuba mata tu tengok sikit keindahan alam. Tengok pakwe handsome ke. Yang mata coklat ada, mata biru ada, mata hijau pun ada. Rugi-rugi!” Nai geleng kepala. Sambil mengunyah, dia membebel-bebel. “Mak su oi, dengar tak ni? Mak su kata nak cari calon. Tapi sampai sekarang, mak su tak kenalkan dengan Nai. Yang Nai kenalkan pulak, semuanya tak berkenan untuk mak su. Eee, stressnya!”

“Diam!” Sharifah Haslinda kusyuk lagi membaca. Naila ni kan, aku cili mulut tu nanti.

Nai mengekek-ngekek ketawa. “Ada yang badan ala-ala tough gitu. Jambang ada, misai ada, janggut ada, yang botak ada, yang boroi ada. Mak su pilihlah yang dalam tram ni. Nai boleh match-maker kan.”

Sharifah Haslinda menyelak helaian seterusnya. Si Nai ni, kalau tak membebel, tak sah! “Mak su tak minat semua jenis lelaki macam tu. Tak nak dan tak hingin. Baik uolz baca buku ni.”

Nai tepuk dahi sendiri. Mata terkebil-kebil. Dia gigit bibir. Dah lima lelaki dia kenalkan dengan mak su tersayangnya ini. Semuanya tak kena di mata dan tak melekat di jiwa. “Hurmmm, kalau macam ni, Nai carikan mak su, Pak Mat Tempe belakang rumah tu. Pakai kain pelekat, ada tongkat dan misai terlentik. Macam tu agaknya yang mak su berkenan. Asyik dengan buku aje kan? Eee, menyampahnya!”

Sharifah Haslinda tutup novelnya. Dia besarkan biji mata. “Pak Mat Tempe?”

“Ha’a, yang muka kemek, hidung ada lubang dua, mata sepet sebelah dan ngeh ngeh ngeh bunyi ketawa dia tu. Hahaha.” Nai ketawa.

“Eeee…kau ni kan Nai. Kalau tak sakat aku tak boleh kan?”

Nai sambung sisa ketawanya. “Bencilah. Kata nak jalan-jalan, asyik dengan novel dia je kan. Simpanlah dulu buku tu, mak su oi. Kata nak pergi makan kat Norsiah’s Kitchen.”

Novel kegemaran dimasukkan di dalam beg galas. Sharifah Haslinda akhirnya membalas senyum si anak saudara. “Baiklah cik Naila. Tapi dengan syarat, Nai belanja mak su makan.

Small matter lah mak su oi. Untuk mak su, Nai akan belanja sampai kenyang.” Nai sengih. “mak su nak makan apa? Order aje, Nai akan bayarkan!”

Sharifah Haslinda menyeluruhi bandaraya Melbourne. Keindahan Bandar indah yang sudah menjadi daerah di hati, ditatapi lagi. Naila yang masih selesa di sebelahnya makin galak mengunyah. Anak buah kesayangannya inilah yang sekarang menemani masa-masanya di Melbourne.

Naila.
Sayangnya melimpah untuk Naila. Kasih dan cintanya juga satu sahaja kini untuk Naila. Naila dan dia, sudah bertahun duduk di sini. Sudah lama dia membela Naila. Si gadis itu membesar bersama kenangan yang melimpah di hujung mata.

Sharifah Haslinda betulkan duduknya. “Okey, kalau begitu kan…Pak Mat Tempe tu  sekarang ada kat mana? Jom bawak mak su jumpa dia.”

Naila berhenti mengunyah. Dia memerhati si makcik kesayangan. Terkebil-kebil biji mata sambil bibirnya rancak menyambung kunyahan. Kali ini, coklat yang mak sunya belikan pula menjadi santapan anak tekak. “Hesy mak su ni, ambil serius pulak. Pak Mat Tempe tu, ada kat Malaysia. Kita kena balik sana, dan cari dia!”

“Hahaha. Tengok!” Sharifah Haslinda suka sangat menyakat si Naila. “Haaaa, bila mak su serius, Nai pulak yang tak serius. Mak su ingatkan Pak Mat Tempe tu betul-betul lah ada kat Melbourne ni.”

“Kalau ada betul-betul, macam mana?” Naila bulatkan biji mata. Dia peluk tubuh.

“Bawaklah dia jumpa mak su. Hahaha.”

Naila betulkan anak rambut yang jatuh di dahi. Mak su ni kan. Dia sudah masam macam cuka. “Tak pernah nak serius, kan? Mak su. Umur mak su tu, lagi dua tahun nak masuk empat puluh. Sebelum Nai kahwin, mak su kena kahwin dulu.”

“Ingat senang ke nak cari lelaki yang sudi jadi suami mak su ni?” Sharifah Haslinda mencebik. Naila tangkas memeluk bahu makcik saudaranya.

“Senang lah mak su oi. Yang penting kan, dia terima mak su seadanya. Biarlah yang usia pun sama macam lebih kurang mak su jugak. Baik hati, hormat mak su sebagai isteri dan yang penting kena handsome. hihi.”

Errrr….Nai nak carikan? Dia pun belum ada calon, ada hati sangat nak carikan calon untuk mak su. Nai ni macam presiden Kelab Cari Jodoh aje. Kan?”

“Kihkihkih.” Nai makan galak ketawa. “Bukanlah bermakna Nai kena carikan. Apa kata, kita cari aje calon sama-sama. Nai cari untuk mak su. Mak su carikan untuk Nai.” Naila mula memasang angan-angan.

Sebenarnya dia tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin. Kalau kawan-kawan bertanya, dia lebih suka menjawab, biarlah masa menentukan. Cliché sungguh jawapan kau kan, Sharifah Haslinda? Banyak benda yang dia fikirkan kalau mahu berkahwin. Nanti, kita tak lagi boleh habiskan masa bersama-sama. Nanti, kita tak lagi boleh menikmati kasih sayang berdua. Biarlah Nai dulu cepat temui jodoh. Biarlah Nai dulu yang berkahwin dan dia nekad mahu menguruskan Nai sampai Nai temui bahagia. Itu sudah mencukupi, wahai Naila.

“Ingat pilih lelaki ni, macam pilih ikan?” Sharifah Haslinda sengih. Mengiyakan saja saranan si anak buah.

Nai garu dahi. Dia telan air liur. “Lelaki ni mak su, memanglah kita kena pilih macam pilih ikan. Sesekali kita kena cari dan beli yang auwww ikan jenis mahal-mahal tu. Macam ikan salmon tu, ikan tenggiri dan ikan merah tu. Stok ikan-ikan murah macam ikan kembung tu, jangan beli.”

“Amboi-amboi, demand nampak. Ikan kembung tu kalau pilih yang segar, manis okey!” Sharifah Haslinda tersengih.

“Kahkahkah. Ni contoh lah mak su oi. Tapi Nai memang nak cari stok-stok lelaki macam gitu. Yang dalam seribu orang, hanya dia satu yang mampu mencairkan hati Nai. Kalau dia senyum, Nai rasa dup dap dup dap….” Naila menekan-nekan dadanya. “Rasa terbabas jantung ni, noks!”

“Kahkahkah.” Sharifah Haslinda mengekek-ngekek ketawa.

Naila membetulkan rambutnya. Angin sesekali menerbangkan rambutnya. Tram bagaikan hak milik mereka berdua. Gelak ketawa berhambur sakan! Horey! Horey!

“Satu lagi kan mak su, biar dia suka kat kita. Biar dia separuh nyawa nakkan kat kita. Jangan kita terhegeh-hegeh nak kat dia. Please, nak mengurat jangan bagi bunga atau coklat. Taktik sangat lapuk, okey! Nai tak mahu noksss. Style lama, jangan harap I nak pandang. No! No!” Jari telunjuk dan bahu Nai bergoyang-goyang.

“Habis tu, Nai nak suruh dia bagi apa?”

Nai mengunyah lagi coklatnya. Mulut penuh dengan isi coklat yang lazat dan menyambung lagi angan-angan. “Sebuah pulau indah. Helikopter. Jet peribadi boleh pergi Hong Kong, boleh pergi Mongolia. Boleh pergi London, Paris dan semua tempat shopping. Kanzzz. Barulah ada classs!!”

“Kahkahkahkah. Kau berangan noks!” Sharifah Haslinda lupa dia di dalam tram. Gelak si makcik yang belum kahwin ni, memang la kalau orang-orang tua kat Malaysia nampak, akan dicantas awal-awal dari jadi menantu. Hei Naila ni! Mongolia pun jadi. Bahaha.

…dan di belakang mereka, Reza Fahmy menggeleng-gelengkan kepala. Tram terasa meriah dengan gelagat si gadis cantik. Tambah menggelikan hati melihat si kakaknya yang turut sama melayan. Sesekali matanya mencuri memandang sisi si gadis. Hati lelaki bagaikan tertarik untuk ke depan. Mahu sekali dia melihat wajah si gadis yang asyik mengunyah. Ah – semakin ramai pula penumpang di dalam tram ini.

Gelak ketawa si gadis dan mungkin si kakaknya akhirnya diam beberapa minit bila ditegur oleh seorang lelaki separuh usia. Sampai di sebuah stesen, akhirnya kedua mereka turun. Gelak ketawa kembali bersisa. Meski ditegur, tetap bersambung gelagat mereka! Tak makan saman betul! Ekor matanya hanya sempat memerhati jenis beg si gadis dan rambutnya sahaja. Dan bila kedua mereka menuruni tram, berlari-lari anak cik gadis mengejar si kakak. 

Dia senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan