Pages

21 Ogos 2018

Sara Nur Naila [Dua]

Kakak tak sabar nak share bab seterusnya.

Reza Fahmy. Hero kakak bayaq PTPTN tiap-tiap bulan kat kaunter tau. Hutang wajib bayaq. Ha ha



Kaki Nai melangkah laju. IPhonenya berdering-dering minta diangkat lagi. Jemari tangkas ‘slide to unlock’. Arghhh, nombor ni lagi. Dah lapan puluh lapan kali, mamat senget ni telefon. Masa macam gini lah, telefon ni tak lepas dengan peminat.

You blocked my car!” sergah Nai walhal dia tahu salah dia. Iyalah, tadi parkir tetiba aje penuh. Dia parkir ajelah mana yang boleh. Nombor telefon dah ada, Nai pun dah suruh dia tunggu kejap. Sabarlah sikit. Ngek!

Si lelaki sudah panas hati. Dia ketap gigi tanda mengawal marahnya. Sebatang kayu dah tersedia rapi di depannya. “Whoever the hell is talking right now, you are entirely blocking my driveways!!”

Naila gigit pulak bibirnya. Berlenggang-lengguk dia berjalan. Dear Mr whoever the hell is talking right now, could you pleaseeee give me five minutes. I will be on my way. Dasar mat salleh tak ada adap. Benci betullah!”

Si lelaki ternganga. Kalau sumbat ikan kembung dua puluh ekor, memang muat sungguh! “Owh, so tak sangka pulak aku, yang kau kat sana tu, datangnya dari Indonesia ya buk? Atau kau ni orang Malaysia? Brunei?”

Cis. Nai berdecit. Makin panjang langkahnya. Beg galas dibetul-betulkan. Hampir terjatuh dia ketika melangkah pemisah bangunan. “Aduh, bisa berani sungguh kamu mempersoalkan aku ini datang dari mana, ya pak?” Nai makin lantang mengeluarkan dialek sahabatnya si Anding. Ah, lantak! “Lantas lok kenapa kamu mau ribut kalau gue ini dari Indonesia atau Malaysia? Mahu marahi gue aja, apa kamu tidak bisa sabarkah? Dasar lelaki!” Nai terkebil-kebil.

Pak? Eeee…. Darah jantannya makin membara! Cakap dengan perempuan ni, sampai esok pun tak habis. “Boleh cepat sikit, tak? Dan boleh tak, kau tak payah nak berlakon sangat? Aku ada emergency ni? Faham tak? EMERGENCY!”

Urgh. Nai bergegas lagi. Talian dia matikan. Dah banyak kali dia kena sergah dengan si lelaki. Tak reti-reti sabar ke? Sampai di hujung blok, Jitender yang datang entah dari mana, tiba-tiba muncul mengadapnya. Dia hulurkan sebuah lukisan. Nai hembus nafas. Kat kelas tadi, kau tak nak bagi lukisan ni kan? Masa nak cepat ni lah lepas sorang-sorang makhluk muncul cari aku. Nai bulatkan biji mata.

Syamil yang sedang mara ke arah Naila, tersengih-sengih. “Wei Nai, aku tak boleh datang ke kedai malam ni. Kau jaga sorang ya?”

Nai mengambil lukisan yang diserahkan oleh Jitender. Jitender cepat berlalu merapati sekelompok pelajar lain. Selepas urusan dengan Jitender selesai, Nai ayunkan lagi kaki. Mulutnya membebelkan si Syamil. “Kau tu asyik mengular aje kan? Tak bolehlah macam ni, sebab aku dah gajikan kau kerja dengan aku. Kalau kau ada, banyak benda kau boleh tolong aku. Heii, tak faham betullah dengan kau ni.”

Syamil menjejaki. Laju-laju kakinya melangkah. “Sorry ya Nai. Sorry sangat-sangat. Tapi aku ada hal. Tiba-tiba Fiza ajak aku keluar.”

“Kau memang sesuka hati kan. Bulan lepas Diana. Lepas tu, keluar dengan Su Ann, kendian si Mary. Eeee….menyampahlah!” Nai gigit bibir. Lukisan pemberian Jitender, dipeluknya. “Aku akan potong gaji kau. Aku dah tak boleh nak jadi baik.”

“Satu hari je Nai. Esok aku datang jaga balik. Boleh ya?"

Nai memaku kaki. Retina mata menyeluruhi wajah Syamil. “Huh, suka hati kau lah. Aku nak cepat ni. Bye!”

Syamil terkebil-kebil. Eee, Naila ni memang dasar hati kering. Dasar hati batu dan memang tak boleh nak toleransi langsung. Nai sudah jauh di depan. Berlari-lari anak bergegas ke luar kampus. Entah apa yang dikejarnya, heiii. Tapi gegendang telinganya cepat menangkap jeritan si Naila. “Tak kira, aku potong gaji kau. Hahaha!”

Nai berlari lebih laju. Adus. Waktu beginilah telefonnya bergendang minta diangkat lagi.

Iya-iya. Sabarlah!

***

Reza makin hilang sabar. Jemari yang sedang memegang kayu sebesar lengan dihentak-hentak ke tanah. Sudah penat dia menelefon tuan punya kereta minta dialihkan kereta. Saat genting macam inilah, ada kereta lain, sikit punya cantik ‘blok’ kereta yang disewanya. Si ‘ibuk’ ni katanya lima minit, ni nak masuk tiga puluh minit. Tiga puluh minit tunggu dan nanti, orang yang selama ini dia cari akan pergi begitu sahaja. Telefonnya dah berbip-bip dengan bunyi WhatsApp.

Hannah bila-bila aje boleh hilang. Baik kau cepat datang sini.

Mata Reza fokus membaca WhatsApp. Zahir attachkan location. Peta CBD Shepparton terpapar di skrin telefon pintar.

Iya. Masalahnya kereta aku dah kena blok. Arghh.. stress! Stress!

Aku nampak jugak anak kau. Sama macam gambar yang kau WhatsApp. Nah, buktinya. Hannah dan anak kau. Zahir attachkan gambar yang dia berjaya ambil.

Reza ke kanan dan ke kiri. Resah! Selama beberapa bulan mencari, akhirnya Hannah dan anaknya berjaya dijejaki. Dia memandang lama gambar yang diberikan oleh Zahir. Direnung tubuh anak lelakinya yang kini makin membesar. Hiba membalut jiwa sang lelaki yang bergelar ayah.

Ada lelaki lain jugak dengan bini kau ni. Hehehe.

Tahu, suami dia kot. Tu bekas bini aku. Bekas okey.

Emotion sedih dari Zahir terpapar. Zahir is typing! Typing! Dah bukan jodoh kau, Reza. Cepat sikit beb. Aku dah sakit pinggang tunggu kau ni.

Telefon pintarnya, dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Reza mula hilang sabar. Dia sudah tak boleh nak sabar. Pak sabar pun tak akan sesabar ni. Akhirnya tangan kekar yang memegang kayu sebesar pemeluk itu, terus dihentak ke cermin depan. Reza jadi lebih berani pun, sebab si pemilik kereta yang tinggalkan nombor telefon di dashboardnya ialah perempuan. Perempuan okey. Kalau lelaki, taubat lahom la aku nak hentak cermin dia ni.

Prang! Cermin sudah retak seribu!

Jemari berhayun lagi. Lebih kuat dari tadi. Menangislah kau

Demi Izzat, dia terpaksa. Demi anaknya, yang sudah berbulan dia cari! Reza terus membelasah si cermin yang tidak bersalah. Yang penting, dia boleh turunkan handbrake dan kereta si perempuan tiga puluh minit ni akan ditolak ke tepi
Kali ketiga, kayu dihentak dengan jiwa membara. Pergh, kalah abang long kawasan! Cermin berderai

Pecah seribu

Berterabur.

…dan Naila yang baru saja sampai-sedang-memegang cawan berisi cappuccino-yang tadi sempat dibelinya sambil berlenggang kangkung di café-memaku kaki. Mata Nai terbelalak besar empat kali ganda.

Sob sob sob.

Nai terkedu. Cermin kereta aku!!!!

Reza yang tadi rakus menjadi samseng, turut sama tersentak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan