Pages

07 April 2020

Hai Cinta, Dengarkanlah! [Prolog]

Rasa macam nak aktif berblog semula kan? Walaupun ni medium paling lama, tapi tetap rasa macam seronok giler. Gais, saya akan hadiahkan beberapa bab terpilih Hai Cinta, Dengarkanlah! ke dalam blog ini ya. Stay tune dan jangan lupa dapatkan segera, beli naskah/novel ini dengan Karya Seni. 

Stay safe. Duduk di rumah dan selamat membaca kisah Cahaya, Fifi dan Adib.

Hugs,
Mardihah




Nur Cahaya

Aku masih ingat lagi. Ketika pertemuan yang berlaku di antara aku dan dia. Mata teduhnya membuatkan aku ralit, fikiran terus di bawa entah ke mana. Malah, tiba-tiba sahaja hati menitipkan bahawa dia itu adakah lelaki diciptakan oleh Tuhan untuk menghanyutkan sekeping hati dan perasaan yang telah lama aku kunci.

Aku sendiri sukar untuk mendefinisikan jawapan yang sedang meniti di hati.

Di dalam perut kapal terbang. Di awan nan tinggi dan mencecah ketinggiannya berpuluh ribu kilometer dari bumi.

Kenapa dengan aku ketika itu?

Kenapa dan mengapa rasa senang bersarang di hati ini. Melihatkan dia, seolah-olah alam sedang berwarna dengan campuran yang sungguh mengindahkan. Jelas di mataku, ketika menatapi wajahnya, terlihat anugerah terindah yang bakal aku miliki.

Adakah dia lelaki yang kelak akan sentiasa menerbitkan senyuman di bibir ini?

Dan adakah juga dia sang lelaki yang kelak akan membahagiakan seluruh kehidupan aku.

Ya, kehidupan aku dan Fifi.

Ketika aku pernah memikirkan bahawa setiap hari, setiap siang, ketika malam mendatang dan saban waktu hidupku hanya akan bersama dengan Fifi sahaja.

Dan Tuhan sedang kirimkan aku sebuah perasaan yang baru. Yang setiap hari, setiap siang, ketika malam mendatang dan saban waktu hidupku tersemat senyum dan namanya di hati aku dan Fifi.

Berdosakah aku?
Untuk punyai seorang kekasih.
Yang mencintai aku.
Apa adanya. 

2 ulasan:

  1. Saya sudah dapatkan novel ini. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fyda Adim. Selamat membaca ya. Wah ni yang saya sayang 14juta ni hihih

      Padam