Pages

04 Jun 2007

Tambatan jiwa...

Mengapa agaknya..
Saya makin letih...penat...tulisan tidak bermakna. Kerja saya makin bertambah...Makin serabut...

Siang di pejabat, mengadap PC…malam…mengadap PC juga..letih mata…Idea makin kering…Idea makin susah….Bagai tidak bernyawa. Macam orangnya…Sungguh saya makin putus asa…..
Saya gagah juga...mengadap Ilahi...Sukar mengharungi...

Kenapa sakit ini ? Letih sungguh..mengganggu fikiran saya......

4 ulasan:

  1. Salam,

    Mungkin enti perlu rehatkan minda seketika...?

    Rehat dengan membaca penulisan yang ringan atau menghirup pemandangan alam yang indah... kemudian, sambung semula mengarang...?

    Wallahu 'alam...

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Saudari Qudwah,

    Sememangnya kehidupan ini putaran pada titik akhirnya adalah untuk bikin manusia putus asa. Seorang pejuang mahasiswa Indonesia pernah menyebut ;-

    “Bagiku ada sesuatu yang paling berharga dan hakiki dalam kehidupan, iaitu dapat mencintai, dapat merasa hiba hati dan dapat merasai kedukaan.”

    Kegembiraan tanpa kedukaan bukan nikmat, begitu juga sebaliknya...

    Begitulah Qadaq & Qadar yang menjadi tiang keimanan kita umat Islam.

    Jadi, jangan rasa rendah atau lemah. Rasa bertuah, gembira, duka, resah, ceria, sihat, sakit, tak bernasib baik atau kecewa... itu semua adalah ujian.

    Kebijaksanaan & ilham itu dari Allah, teruskan & jangan putus harapan...

    Jangan putus asa...


    Haris Hauzah

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama5/6/07 09:54

    Salam...

    Saudari Qudwah yang manis,

    Bahagianya hati kerana melihat adanya kilau mutiara di celah-celah lumpur dan lumut hijau hitam pekat...
    Engkaulah mutiara itu...
    dan kilauanmu umpama jeritan dan lolongan yang tidak pernah gentar untuk menegakkan syiar islam dalam masyarakat kita yang kian menyesakkan.
    Keberanianmu melaung-laungkan ingatan demi ingatan wajar dipuji. Mungkin kepenatan dan kelelahan menangkap diri kerana merasa tidak diendahkan.
    Jangan begitu... percayalah kerana kalaupun tidak ramai, masih ada yang berminat mengikut dan membaca...
    Benar kata sofwah, ambil masa untuk berehat seketika...
    rehatkan minda tidak perlu ongkos yang banyak... tasik perdana yang hijau dengan suara kanak-kanak di tamannya pasti dapat menghiburkan...
    atau mungkin diri sudah memerlukan perancangan baru?
    atau sistem biologi diri sudah bersedia memikul tanggungjawab yang menjadi fitrah? ;)
    Berhibernasi sementara... Semoga nanti akan dapat bangkit lebih gagah dan bersemangat!!!!

    Salam jati diri

    Mrs Haris
    cahaya_anugerah@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Sofwah, Haris Hauzah, Mrs Haris,
    kembali bersemangat saya. Terima kasih atas cadangan ini...terima kasih untuk tiap-tiap bait..

    Mrs Haris punya bait buat ana seketika tersenyum..aduhai hati...

    (atau mungkin diri sudah memerlukan perancangan baru?
    atau sistem biologi diri sudah bersedia memikul tanggungjawab yang menjadi fitrah? ;))

    Tanggungjawab yang menjadi fitrah masih proses...he he....

    Ya..perlu sekejap merehatkan minda...melankolik dengan alam, kanak-kanak dan hijau....

    owh....saya senang dan gembira sekarang..

    BalasPadam