Pages

05 Jun 2007

~Menulis Blog - Sekadar Pandangan Peribadi~


Sekadar berbasa dan berbasi hari ini. Beberapa minggu lepas banyak artikel menarik tentang blog dan satu-satunya yang dibaca adalah wajibnya mendaftar blog di Negara China. Malaysia? Keyakinan itu datang kerana satu hari nanti penulis blog mesti mendaftarkan diri. …Surat Layang…berita palsu? Kutukan demi kutukan..luahan rasa peribadi….Semua itu akan terjadi dan memang terjadi di laman-laman blog..(ehh..saya tidak kata …tapi ada orang kata)

Blog amnya, menjadi satu “trend” dan trademark masyarakat Malaysia. Juga kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara. Ingin saya sentuh tentang trend ini yang memang terbahagi kepada dua jenis penulisan blog :

1) Menulis blog untuk perihal peribadi. Ala-ala diari….zaman canggih ni …semua orang mahu mencuba sesuatu yang baru. Kalau hari ini kita buka laman-laman blog…memang ramai yang menulis…tetapi seperti satu kisah peribadi. Ala-ala bibliografi. Saya segan sikit menulis tentang perihal diri, melainkan ada sesikit entri peribadi untuk menjalankan kajian…terhadap diri dan memperingati diri tentang sesuatu yang menyanggah fikiran.


2) Ramai juga yang menulis tentang Ilmu, berkongsi pandangan , bertukar pendapat dalam pelbagai bidang juga perkara. Saya suka bercerita tentang buku dan pengalaman juga menulis tentang dunia dan akhirat. Sesungguhnya bidang penulisan memberikan gambaran meluas terhadap penulis. Menulis memberikan gambaran terhadap sikap seseorang. Gaya bahasa, jalan cerita dan susur ayat yang mengalir akan membuatkan ramai terpanggil untuk menjelajah ke blog. Suka saya ingatkan pada diri saya sendiri…bahawa saya sedang membina ayat-ayat dengan “membanyakkan membaca”. Banyak membaca akan memberikan ilham dan seterusnya memberikan gambaran peribadi. Satu contoh blog yang saya cemburui adalah Faisal Tehrani. Gaya bahasanya ketika dalam “Cinta Hari-hari Rusuhan” berlainan sekali dengan “Bila Tuhan Berbicara”….Beliau matang dan menceriakan pembacanya. CHHR berat dari sudut penciptaan watak ..BTB bersahaja dan membuatkan saya tidak kering gusi. Juga fokusnya terhadap pengembangan ilmu dan beberapa komentar terhadap beberapa isu. Saya ingin popular sepertinya tetapi mengambil masa. Agak saya FT mengambil masa lebih kurang 4 tahun ke 5 tahun untuk mencipta gaya tersendiri dan menjadi salah satu penulis tersohor. Saya selidik novelnya….Juga terbaru memiliki Cinta Fansuri..karya pengarang pujaan FT sendiri.. A.Samad Said, Sasterawan Negara.

Inilah yang dikatakan tentang menulis dalam berbagai bidang dan berkongsi sesuatu. Sesungguhnya banyak yang dapat kita pelajari dan meneladani melalui komentar bermanfaat dan bukan “tin kosong sahaja”. Biarlah blog di isi dengan manfaat, ilmu dan memperkasakan Bahasa Melayu sendiri. Teguran dan nasihat juga menjalinkan ukhwah …

Saya berkira-kira mahu mengumpulkan semua penulis blog dalam satu acara. Tetapi ia agenda besar kerana sayap saya baru melebar. InsyaAllah…dizinkan Ilahi. Namun menjadi penulis berjaya, memerlukan kekuatan dan kesabaran. Menulis memerlukan “imaginasi dan kekuatan minda”. Juga Magis…..ya..magis!

Juga memerlukan satu revolusi baru ke dalam diri dan minda. Menulis sahaja dalam bentuk apa….saya tidak kisah..anda berhak..tulislah apa sahaja, namun barangkali menatap cerita peribadi agak “segan” sikit. Terpulanglah diri…….

Selamat menulis blog..

Sifat penulisan dalam Islam seperti yang ditegaskan oleh Prof. Ismail Al-Faruqi rahimahullah, "Gabungan isi kandungan yang luhur dengan bentuk yang luhur".

Hal ni telah ditulis dalam Al-Quran dalam surah Ibrahim:Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (14:24-27)

Saya makin bersemangat hari ini….

5 ulasan:

  1. Salam,

    Ukhti :)
    Ana tumpang gembira :)

    Memang blog ada berbagai jenis blog. Terpulang pada kita membentuk blog kita...

    Tentang penulisan FT tu... dia dah menulis, agak-agak, dalam 14-15 tahun... dan pada awalnya, laman FT-Online miliknya, tak ramai yang berkunjung... sehingga pertengahan/akhir 2005, tak silap...
    Tapi, FT ni tak pernah kisah tentang "orang"... Dia menulis bukan kerana "orang" :)

    Kita hirup semangatnya dan ambil inspirasi dari kegigihannya :) Dan yang paling penting, menjuruskan niyyah ikhlas mencari Redhanya...

    Allahu 'alam...
    Wassalam.

    BalasPadam
  2. selamat sejahtera buat sume..

    fikir aku, tulisan nie satu pandangan yg baik lagi menarik..

    byk yg menariknya pd tulisan ukhti qudwah kali ni (bagi aku la)..

    antaranya pasal semangat utk menulis..ya, mmg penulis memerlukan semangat di samping pengetahuan yg melebar lagi tepat (sahih) dan daya imagin yg kreatif lagi inovatif..bagi merealitikan tulisan mereka utk faedah bersama..utk faedah bersama..utk faedah manusia..Islam dan ummatnya..ya, itu yg terpenting..

    antaranya lagi berkenaan impian tuan rumah utk menghimpunkan 'penggila' blog..satu cetusan yg comey..mungkin di tika itu byk yg boleh dimanfaatkan...aku doakan mudahan impian itu terlaksana di suatu hari nanti..teruskan usaha anda :)

    erm, ukhti..entri sedikit pasal ukhuwwah/persahabatan tu dah di-publish...senang² jenguk la ekk :)

    salam sufi...

    - anTusufi

    BalasPadam
  3. Salam,

    Terima kasih atas banyak "sokongan dan dorongan"

    ya...kita hirup semangat penulisannya...dan inspirasinya..sofwah pasti peminat setianya...
    alwatary, penulisan yang baik bergantung juga pada keadaan dan cetusan ilham..terima kasih jemari kurniaan Ilahi..

    Cetusan yang comey...waduh...ana bisa angan-angankan menjadi raeliti..propaganda besar..siapa ya agak-agaknya menjadi perasmi perjumpaan "penulis blog semalaysia"...? ada cadangan?

    entry alwatary, akan disinggah dan dijejak....insyaAllah...terima kasih atas pemberitahuan.Akan dijejak juga...

    Namun penulisan blog adalah sesuatu yang murni..sesuatu yang memberi gambaran peribadi...

    Jazakallah

    BalasPadam
  4. Salam,

    *ooops, ada kesilapan, sebelum orang menyangka ana suruh mencari redha FT...

    Ana maksudkan, menjuruskan niyyah mencari RedhaNYA... iaitu, Redha Allah...

    Sebagai pembaca bijak (inshaAllah), Ana hanya cuba menceduk ilmu FT melalui penulisannya... selagi beliau bergerak di atas landasan yang benar, dalam Kasih pada Rasulullah s.a.w, dalam Cinta pada Allah s.w.t...

    Wallahu 'alam...

    Perjumpaan penulis blog seMalaysia!
    Tinggi cita-cita tu ;D
    Ingatkan jumpa kita-kita saja! ;D

    Mudah-mudahan, tercapai hasrat Ikhlas keranaNya...

    Wassalam.

    BalasPadam
  5. salam...
    setuju..setuju.. kita namakan Ijtima' Blogger seMalaysia.. ataupun.. ada cadangan lain?..he2
    Teruskan larian pena kalian.. !

    BalasPadam