Pages

01 Jun 2007

Kes Lina Joy: PM minta usah ikut emosi....(SAYA MINTA KITA KENA EMOSI)

Kes Lina Joy: PM minta usah ikut emosi

Oleh Anwar Hussin, Saufi Hamzah dan Rohaniza Idris
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pihak perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy, dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak pernah mempengaruhi mahkamah untuk membuat sebarang keputusan, termasuk berhubung kes Lina Joy yang merayu di Mahkamah Persekutuan untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya

“Kalau kita membenarkan emosi mempengaruhi kita, kita akan fikir macam-macam... syak itu dan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, petang semalam.Abdullah yang juga Presiden Umno diminta mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang menolak rayuan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Mahkamah menegaskan Azlina, 42, atau nama Kristiannya, Lina Joy perlu mendapatkan perakuan bahawa dia sudah murtad daripada Mahkamah Syariah sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.Ditanya sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan itu melebarkan jurang perbezaan agama di negara ini, Abdullah berkata: “Saya tidak fikir ada jurang perbezaan yang luas walaupun perbincangan berhubung agama semakin meluas”.

Sementara itu, Abdullah menyifatkan media Barat yang memburukkan Malaysia dengan mendakwa tidak mempraktikkan kebebasan agama selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai jahil mengenai negara ini.

“Mereka mempunyai persepsi salah mengenai apa yang kita boleh lakukan. Ini adalah keputusan mahkamah, saya tidak mempersoalkannya. Ada banyak keputusan yang dilakukan mahkamah dan (kadangkala) kita tidak berpuas hati tetapi apa yang boleh kita buat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga tidak pernah menolak kebebasan beragama dan perkara itu jelas terbukti kerana jika tidak, sudah tentu tiada penganut Kristian atau gereja untuk mereka di negara ini.Beliau turut menyangkal dakwaan media asing kononnya undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

~ Marilah kita memohon redha Ilahi kerana saya emosi ...saya emosi..........~

3 ulasan:

  1. wah sy pun emosi jugak...

    aumm!!!!! (ngauman singa)

    BalasPadam
  2. Komen oleh Ustaz Zaharuddin. Dari www.zaharuddin.net

    Alhamdulillah, ramai yang rasa lega dengan kejayaan ini. Umat Islam dan pendakwah Islam perlu lebih mantap berusaha bagi mencerminkan imej Islam dengan cemerlang seperti asalnya, untuk itu kita semua WAJIB memahami ajaran sebenar Islam agar tiada lagi orang yang sanggup keluar dari Islam kerana kebenarannya yang pasti, keindahannya aturannya dan kehebatan penganutnya.

    Malangnya, dengan keadaan umat Islam ketika ini yang amat rapuh iman dan amalan Islamnya. Dalam keadaan ini, sememangnya umat Islam amat mudah terpedaya dengan usaha pendakyah bukan Islam lalu murtad.

    Apapun, bagi saya..kegembiraan kemenangan ini bukannya terlalu hebat, kerana sebenarnya kita telah kalah kerana Lina Joy telah pun murtad, cuma nama Islam di Kad Pengenalannya sahaja yang kita MENANG?!. Nama 'Islam' di IC nya tidak membawa banyak erti kepada diri si Lina dalam keadaaan ia sudah murtad. Mungkin ia membawa serba sedikit manfaat agar si murtad yang lain tidak menghina Islam dengan membuat sebarang tuntutan sebegini lagi.

    Cuma kelebihan yang diperolehi dari kemenangan ini adalah :Jika si Lina ni menang sudah tentulah akan berbondong-bondong puak-puak murtad yang lain, ingin membuang nama ISLAM dari IC mereka, kalau sebelum ni mereka hanya senyap, tapi jika Lina menang, sudah tentu semua nak bising. Tatkala itu lah yang kita bimbang dan risau bahawa imej dan maruah Islam tercalar seperti barang tak laku, hingga ramai pula yang berebut-rebut ingin pisahkan diri dengan nama "Islam", padahal Islam ini sangat hebat & patut berbangga walaupun hanya dengan namanya sahaja.

    Selain itu, ia juga memberi sedikit tambahan lega apabila kuasa diberi kepada mahkamah shariah untuk memutuskan memberi pengesahan atau tidak secara rasmi.

    Saya juga mengira bahawa, Mahkamah Shariah perlu memanfaatkan kuasa yang diberi ini untuk menyediakan kaunselor yang hebat bagi berbincang dengan mana-mana individu yang cuba murtad dan mendapatkan sijil murtad mereka kelak. Manfaatkan!

    Maaf, saya tidak sempat mengulas panjang. Apapun, tahniah para peguam yang berusaha untuk menghalang penguguran nama itu.


    Untuk membaca perbincangan tentang dosa murtad dan hukumannya

    BalasPadam
  3. Salam,

    Ukhti, ana pula tertanya kemenangan apa yang kita raikan...

    Ini satu pandangan yang lain sedikit :)

    Katalah, lebih ramai yang bising-bising dan ingin mengikuti jejak Lina Joy, menuntut perkara yang sama, segalanya akan telus dan akan nyata berapa ramai yang murtad, dan kita dapat menyimpan database nya...
    Ketika itulah kita dapat melakukan suatu proses pembaikan sistem-sistem yang ada sekarang ini, rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan dan "Islamic scholarship"...
    Tak usahlah kita hanya menuding jari pada pendakyah... kerana di mana peranan pendakwah kita sendiri sehingga keadaan ummah sebegini? Di mana kepimipinan yang jitu untuk membawa ummah bersiap sedia, dari segi kejiwaan dan kerohanian, menghadapi dunia yang semakin pesat berkembang?

    Selagi segalanya tersembunyi, selagi itu, segalanya berada dalam "comfort zone"... dan tak usahlah tertanya bertahun-tahun akandatang, mengapa semakin banyak Lina Joy yang wujud dalam negara, menuntut yang lebih bukan-bukan...

    Wallahu'alam.

    Wassalam.

    BalasPadam