Hayati sikap Datuk A. Samad Said ini:
1. Setiap orang melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.
2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.
3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.
Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.
4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.
5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.
6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.
Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.
Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.
7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.
Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.
- Datuk A. Samad Said.
Suatu hari nanti...
BalasPadamBM akan terkubur seperti mana tulisan jawi skrg ni...
budak2 dah tak gheti baca jawi....
susah btoi nak ajar...
janganlah plak suatu hari, bdk melayu cakap BM slang BI....
' I sound stupid when i speak Malay'....
alahaiiiii....
saya di kem masa cerita ni berlangsung - tapi membaca komen2 Menteri Pelajaran yang amat2 memualkan.....
BalasPadamternyata orang politik ni menggunakan setiap ruang untuk menyatakan sikap.....
dan seronok tgk pengerusi tu - kami bukan monyet........
terlampau sibuk nak kejar dunia, sampai tak sedar ada tgn2 kecil yg mungkin keciciran di belakang
BalasPadamPPSMI...ada pro dan kontranya apabila dilaksanakan..
BalasPadambahasa itu hak bangsa...
BalasPadamSatu jer nak tanya... kenapa sekarang? Kenapa tak masa mula2 benda tu dilaksanakan? Atau masa masih dalam perancangan? Dah 6 tahun baru nak tunjuk perasaan?
BalasPadamAhkak tak setuju dengan cara tu. Selama ni? Apa diorang buat?
Ahkak memang dah tak setuju sejak awal... tapi sapa la ahkak...
*Jangan jadi belatuk!!*
ahkak - Ada juga sesetengah pihak yang menyatakan mengapa sekarang GMP membantah. Sebenarnya bukan GMP sahaja. Banyak lagi pihak-pihak lain yang 'bising' dan mendesak sejak 2003 agar PPSMI dimansuhkan. Bukan baru sekarang. Dan kerajaan pula memberitahu, tunggulah sehingga lapan tahun. Buat apa kita hendak tunggu sehingga lapan tahun. Ia akan menimbulkan banyak masalah lain seperti untuk menggantikan buku-buku teks. Ini bukan desakan baru selepas enam tahun.
BalasPadamBanyak diskusi menarik tentang isu ini. Saya panjangkan : boleh sahaja membaca di laman penuh ini
BalasPadamhttp://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/singkirkan.html
Untuk semua , ini desakan yang paling menimbulkan isu 'negarawan, politikus dan semua mereka yang benar-benar duduk enak di bangku yang bernama bangsa malaysia atau kita lebih kenal dengan bangsa melayu.....jesteru, tepuk dada tanya diri....
BalasPadamseorang komentar di blog faisal tehrani dengan lantang memberikan responnya :
Menteri Pelajaran, Hishammuddin Tun Hussein dengan nada memperli, kenapa selepas 6 tahun baru sekarang perkara ini dibangkitkan.
Dangkal sungguh pemikiran beliau, tidak tahukah beliau setelah 6 tahun PPSMI ini berjalan, masih belum ada kata putus tentang perlaksanaannya. Sila rujuk link wikipedia ini:
Sehingga 16 Februari 2009, menurut Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein, status pelaksanaan dasar ini masih lagi di peringkat penelitian.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris
Mungkin juga pertanyaan beliau mengapa baru sekarang perkara ini dibangkitkan berkait dengan PAU yang akan berlangsung tidak lama lagi. Beliau nampaknya lebih mementingkan kuasa politik dari tanggungjawab.
sofwah juga melontarkan pandangannya:saya cuplik dari blog FT :
BalasPadamDato Menteri bertanya “Kenapa selepas enam tahun baru GMP mahu buat bising?”
Lupakah Dato pada janji? Bukankah Dato yang meminta kita menunggu hingga hujung tahun 2008?
Dalam kemesraan dan ketawa di ruang lobi parlimen, enam tahun sudah berlalu.
Jikalau pada setiap tahun separuh sahaja daripada anak-anak sekoah rendah yang tidak memahami apa-apa melalui bahasa yang tidak difahaminya, bermakna ada sekitar 200,000 anak kita yang ternafikan haknya menerima pendidikan. Dalam enam tahun, mungkin sudah ada 1,200,000 anak-anak kita yang sudah menjadi korban PPSMI. Majoritinya anak-anak Melayu.
Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”
Aduhai. Sejak 1996 lagi kami sudah bersuara.
Seawal September 2002, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain, sudah menghantar Memorandum menyatakan pendirian profesor sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) Malaysia kepada Perdana Menteri, dan Menteri Pendidikan Malaysia.
68 orang profesor SAKTI ini menandatangani dokumen tersebut.
Sekiranya belum ditemui, memorandum itu diterbitkan semula dalam “Mengapa Kami Bantah!”
salam.. bahasa menunjukkan pada bangsa.. jadi lah arab... taassub dengan bahasanya,,,...
BalasPadamPolitik is SUCK..!!!! aku hanya menunggu kemunculan seorang tokoh yg mengikut keperibadian Rasullullah SAW..suasana politik sekarang tuhan telah tentukan..kerana ada sesuatu yg akan tuhan tunjukkan suatu hari nanti.insyallah..!!
BalasPadam