Pages

08 Oktober 2008

~Raikan Cinta~


Pagi ini saya mengantuk pula. Terlelap sekejap di tempat duduk dan kembali mencari semangat untuk bekerja. Arghhh...Saya kembali menyegarkan mata dengan membaca berita terbaru, tentang kisahnya politik semasa Malaysia yang panas-panas ala pisang goreng.

Mufti Perlis khabarnya akan meletak jawatan selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Boleh klik di sini.

Juga kisah replika besar Datuk Sri Anwar Ibrahim di Batu Cave. Catatan blog Faisal Tehrani menjamu mata saya pagi ini.

Raikan Cinta.

Hmm,Kenapa Raikan Cinta?

Raikan Cinta kini memasuki fasa baru, fasa bermulanya tentang bagaimana saya meraikan cinta dan kita semua meraikan cinta. Bait lirik kisah cinta Siti Hajar pada lagu Raikan Cinta - M.Nasir saya tatap. Sahabiah saya mencarikan lirik berkenaan dan sempat berseloroh
"..Eh, kak Dihah, raikan cinta pulak ye...ada apa-apa ke?" saya sempat menjawab..." ha...hang jangan macam-macam tambah ye..."saya tertawa.

Realitinya, antara kita perlu meraikan cinta sesama kita. Cinta kepada Ilahi, Rasulullah s.a.w, ibu bapa, keluarga, suami, isteri, anak-anak, persahabatan, ukhwah, jiran, masyarakat muslim semuanya. Kehidupan kita adalah berlandaskan cinta.

Ketika Siti Khadijah sedang duduk berdua dengan Muhammad s.a.w tiba-tiba Khadijah menangis bercucuran air mata. Rasulullah s.a.w nyata terperanjat. " Isteriku tercinta, apa gerangan yang telah melukai perasaanmu sehingga engkau menangis begitu sedih?"

Khadijah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setelah reda,wanita mulia itu berkata "Suamiku, tiba-tiba sahaja aku teringat bahawa seluruh harta kekayaan yang kumiliki sudah habis. Tidak ada lagi yang bisa dipersembahkan sebagai jalan infak di jalan Allah, padahal dakwahmu belum lagi selesai..itu yang membuatkan sangat sedih...."

Khadijah berkata lagi, " Kerana itu, wahai suamiku, aku ada permintaan untukmu. Kelak aku akan wafat dan rohku akan kembali kepada Allah s.w.t. Dan di dalam tanah yang akan tersisa dari jasadku hanyalah tulang-tulang belaka. Jika pada saat itu engkau mahukan sebuah rakit untuk menyeberangkan dakwahmu ke negeri jauh di sana, maka galilah kuburku, dan rangkailah rakit dari tulang belulangku yang tersisa...."

Siti Khadijah meraikan cintanya kepada dakwah suami tercinta dan kepada Islam. Ayuh kita meraikan cinta sebegini....

Raikan Cinta akan saya teruskan. Semoga blog ini mendapat manfaat dan sekurangnya pengalaman dikongsi bersama. Banyak kenangan dan bicara saya akan tertulis di sini. Kisah peribadi, barangkali serba sedikit dan kalian yang mencungkilnya sendiri. Wahh....

Raikan Cinta akan terus berkisah. Ia masih sama seperti 1000 Hidayah. Gaya, cara dan isi akan sedikit berubah dari semasa ke semasa. Kelahiran baru Raikan Cinta adalah definisi kelahiran sulung bakal manuskrip saya. Saya meraikannya. Alhamdulillah.

Saya mahu meraikan cinta kepada semua sahabiah dan sahabat saya yang telah dan akan melangsungkan walimah. Sempena Syawal yang mulia ini, Dihah dan ucapkan semoga jodoh kalian di panjangkan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan tahniah ya!

Untuk Angah dan Radzi, Huda dan pasangan, juga bakal menyusul Azrina dan Yazid....Selamat Pengantin Baru diucapkan....

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/10/08 08:25

    Raikan Cinta dalam pembaharuan. Menarik sekali....saya akan menjadi pembaca setia...dengar khabarnya, novel bakal dikeluarkan Disember kelak...tahniah ya...

    salam aidilfitri,
    akak..

    BalasPadam
  2. Satu entri menarik… membawa satu mesej besar melalui bentuk penulisan yang sederhana, itulah yang pembaca muda gilakan. Tahniah atas segalanya… Mari, mari kita raikan mahabbah yang saudari bakal cernakan…

    BalasPadam
  3. afsal blogspot tehranifaisal tewww dah kena remove kerrr.. apa cerita sebenarnya pasal replika DSAI itteww? uhuhu

    BalasPadam