Kasihan betul pada lap top saya. Saya berbicara juga pada adik lelaki saya, minta bantuan trade-in atau menjualkannya. Hmmm, petang sebelum dibawa ke kedai, saya charge dan belek-belek. Ahh...nurani sensitif ini barangkali dirasai betul olehnya.
Boleh on. Girang betul hati saya. Saya putuskan untuk menyimpannya dan membeli aksesori cooling@cooler untuk menyejukkan. Saya berkira-kira mahu melengkapkannya dengan sebuah meja kecil di rumah sewa. Menjaga semula lap top dengan sebaiknya. Juga mahu mengemaskini ruang rumah sewa agar lebih tersusun. Sesak jiwa saya jika tidak tersusun. Bulan mendatang, hari akan berganti hari, penghujung tahun ini saya nanti dengan debaran penuh di jiwa. Manuskrip bakal ditayangkan umum. Benarkah? dan saya harus mempersiapkan diri juga. Bahan bacaan untuk diri makin berkurang, memang benar di tahap kesibukan saya asyik menonton televisyen dan hal-hal peribadi yang lain. Hujung minggu saya yang lepas pula kekerapan pulang ke kampung harus saya sekat sedikit untuk bulan mendatang. Jemari saya perlu fokus. Kira-kira lap top baru muncul dalam minda....tapi sayang betul pada lap top lama ini.
Jadual saya harus disusun semula. Banyak perkara kadang-kadang mendatang tanpa kita pinta. Jiwa saya kadang-kadang terasa mahu berlari mencari sesuatu untuk diri. Tapi bayangnya entah kenapa tidak muncul lagi. Semangat saya, jiwa saya dan adakala banyak kepuasan untuk diri lebih terarah kepada duniawi...Tuhan....saya mahu menangis......
Semoga manuskrip berjaya.................Semoga Lap Top bercambah rindu pada saya..............
Salam bertandang,
BalasPadamjemari menari mengikut bicara,
kata disusun meluah rasa,
yang baru dipelihara,
yang lama dilupa tiada.
meluah rasa jemari menari,
apa di hati kata berseri,
ilham di beri dariMu Illahi,
kepada semua bicara dipatri.
salam kak naz,
BalasPadamjari jemari mahu berubah,
pada rentak juga gaya,
jari manis tersarung sudah,
juga mahu idea bersahaja.
ilham mencari pada Pencipta,
menggamit rasa untuk berbudi,
menulis sudah tiada rasa,
izinku cari pengganti diri.
hehehe
Salam Syawal Mardihah,
BalasPadamTerima kasih kerana terus berkunjung ke blog abgjas walau lama menyepi.
Ampun maaf dipohon jika ada terkasar bahasa selama ini. Moga silaturahim kita terus terjalin menerusi alam siber ini.
Apabila tiba detik waktu, yg lama (baca laptop) terpaksa pergi untuk memberi giliran kepada yg baru...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dihah...
BalasPadamtak reti akak nak berbunga bahasa keeke...kena belajar lagi ni...anyway, kalau dah memang kena cari yg baru, teruskan jelah....
Wahh tukar lagi ka kulit? Raikan cinta yg mana satu tuh? Hehe...moga berbahgia hendaknya :)
BalasPadam