Nazim sengih. Pandang telefon adik
kesayangannya, Nadratul Nisa'. Suara adiknya sedang menyanyi dan
mengikut rentak lagu La Suavecita menghiburkan gegendang telinga. Entah apa-apa
lah Nad ni! Salah lirik tu dik oi. Berterabur sungguh! Apa yang Nad sebut
memang berbeza dengan lagu yang sedang berdendang ini. Bunyi air dari dalam
bilik air turut sama menjadi teman.
“Oi. Dahlah menyanyi berzumba bagai tu.
Tak sedap langsung. Mandi ajelah.” Nazim goyangkan kepala. Campakkan badan ke
tilam bersaiz king Nad. Jemari ligat pandang telefon Nad. Dia sengih. Jemari
pantas mencapai.
“Shut
up you. Buat apa dalam bilik Nad ni. Keluarlah!” Nad berhentikan gerakan
zumbanya. Kacau betullah abang Nazim ni. Dia fokus kembali membiarkan air
menyirami tubuh. Ah – segarnya.
“Eleh…kita penatlah balik kerja. Rindu
kat dia. Ni yang masuk bilik Nad nak jumpa borak-borak. Itupun salah ke?” Nazim
tarik nafas. Selesakan keadaan kepala dengan bantal empuk adik sendiri. Hilang
stress kerja bila masuk bilik adiknya yang berbau wangi ini.
“Sibuk betullah dia ni. Malam nanti kita
sembang-sembanglah. Nad tengah mandi. Boleh tak jangan kacau privacy kita petang-petang ni? Pergilah
masuk bilik sendiri. Ishhh…”
“Okey.” Nazim pandang pintu bilik air. Privacy konon. Sangat-sangatlah kan.
Kalau malam nanti, tak datang bilik, borak-borak sambil makan jajan…siaplah tarik telinga. Nazim susah
hati. Iyalah, kalau tak cerita masalah cintanya bersama Syeqa dengan Nad rasa
macam putus nyawa pun ya. khidmat nasihat adiknya selalu tip top! Selalu idea
bergeliga datang untuk memujuk Syeqa yang terlebih dos manjanya itu.
“Ada masalah lagi ke?” Nad menjerit dari
dalam bilik air. Abang Nazim kalau tiba-tiba masuk bilik memerap tu mesti ada
masalah perang dunia ketiga dengan Syeqa. Bukannya Nad tak tahu pun.
Nazim sengih. Usik telefon adiknya.
Angguk. “Iya.”
“Masalah apa lagi. Kan ke hari tuh Nad
dah suruh belanja dia makan Pizza Hut. Dah buat tak?” Nad masih memetir.
“Dah.” Nazim cebikkan bibir. Tapi dia
gelengkan kepala. “Tapi tak jadilah idea tu Nad. Boleh bagi idea lain tak?
Asyik makan aje. Gemuklah abang nanti.” Nazim buka whatsapp adiknya. Mata meneliti. Jiwa rasa tenteram sebab Nad kalau
apa-apa pun mesti cuba selesaikan masalah cintanya dengan Syeqa. Tadi memanglah
Nad halau dia keluar. Tapi terlanjur Nad bertanya baik cepat-cepat dia jawab.
“Ahh – mengada aje si Syeqa tu. Dia tu
kalau rasa dia bagus sangat dan cantik sangat. Abang cari ajelah awek lain.
Senang cerita.” Nad ketawa. Hahaha.
Dah malas nak layan karenah Syeqa tu. Cucuk mata dengan garfu baru tau!
Nazim pandang pintu bilik air. Grrrr. Berasap kepala dengan idea baru
Nad.
“Boleh tak bagi idea lain?” Nazim terus
bangun dan bersila. Pandang whatsapp
dan baca semua whatsapp antara
adiknya dan ‘ENCIK TAK BERNAMA’. Nad dalam bilik air diam. Entah buat apa.
Nazim sengih. Kejap-kejap senyum dan jemari ligat membuat sesuatu. Ngeh ngeh.
“Ahhh..malaslah bagi idea lain. Nantilah
malam kang.” Nad rupanya masih hidup. Agaknya Nad dalam bilik air pasang
telinga. Nazim angkat kening. Jahatnya mengenakan adik sendiri.
Kita
pergi memancing nak? Hantar whatsapp kat ENCIK TAK BERNAMA. Nazim senyum jahat.
Memancing?
Hahaha. Hei girls…I ingat you nak ajak I pergi club. Eh
– encik tak bernama ni balaslah. Nazim rasa makin seronok. Ooo, pandai sungguh
Nad ya. Encik tak bernama konon.
Sorry,
I tak pergi club. Nazim rasa nak cepuk encik tak bernama
ni. Kurang ajar. Ajak adik aku pergi club.
Aku karate engkau sampai patah riuk nanti.
Nice.
Bagus-bagus. Baba you pun orang baik-baik. You ajak I pergi mancing ni…you
mimpi ke?
Yes.
Mimpikan you. Hahaha. Nazim gelak besar.
“Oi oi! Ketawa nampak Mr Bean ke?” Nad
musykil. Tutup kepala paip. Telinga cuba menangkap ketawa abangnya. Nazim kalau
tengok cerita Mr Bean sampai esok pun boleh.
Errr.
Nak memancing I ke nak memancing ikan? Si encik tak bernama
membalas lagi.
Hahahaha.
Nazim sekali lagi ketawa bagai nak pecah dinding bilik Nad. Suka betul Nazim
dapat mengenakan Nad dengan ENCIK TAK BERNAMAnya ini.
“Hei..Nad tak sukalah main-mainkan Nad.
Gelakkan apa tu?” Nad menjerit lagi. Suara capai nada keramat tahap lapan.
“Mandi aje lah. Bisinglah dia ni.” Nazim
makin syiokkk menjadi Nad.
Esok.
Jam 5 petang. You tunggu I kat errr errrrr …. Nazim mati akal. Tunggu kat mana pulak ni? Jari
masih ingin bertyping! Typing!
Restoren
Di Naina.
Ohhh…Nazim tarik nafas lega. Senang
betul berurusan dengan encik tak bernama Nad ini. Agaknya kat situ selalu Nad
berdating dengan lelaki ini. Kemain kau ya. Bagi tahu baba. Ok. Deal. Eh, nama you memang encik tak
bernama ya?
Nazim menanti balasan. Laju sahaja
jawapan dari di sana. ;)
Hanya ikon senyum. Tomorrow you remind me ya. Call I jam 4.30. I takut terlupa. Nazim kumpul idea. Untuk Nad. Untuk hari esok.
Berjanji temu dengan encik tak bernama. Ketawa lagi si Nazim sampai sakit
perut. Adoi! Pegang dahi sendiri.
Nazim pusing idea. Nad ni kenal ke tak
dengan encik tak bernama ni? Hei. You
still remember me kan?
Kenapa
pulak I tak ingat. Baba cakap nama you Nad. I mengadu kat baba you yang you
jemurkan I tengah panas kat luar pagar.
Nazim berjaya! Yes. Jemari menaip lagi. Membalas whatsapp dengan ligat. Erm.
Ok. See you tomorrow ya.
Hei
hei. Encik tak
bernama typing! Typing! Laju.
Laju. Mata Nazim terus membaca. Bola
mata ligat memerhati aksara-aksara yang sedang keluar dari telefon pintar Nad. You tak nak tanya nama I ke?
Esok.
Esok you bagi tahu nama you. Bawak alat memancing sekali okey. Jangan lenggang
kangkung pulak. Nazim
rasa macam bercinta pun iya. Muahaha.
Okey.
;) tapi I macam tak percaya you ajak I memancing. Opkos sebab I hensem. Kot?
Hahaha.
Nazim
membalas sambil ketawa. Perasan betul encik tak bernama ni.
Nad bukak pintu dengan laju. Cekak
pinggang. “Ape senyum-senyum?” Nad pandang jemari Nazim yang sedang ligat
membuat sesuatu. “Abang buat apa tu? Beraninya dia usik telefon kita. Abang ni
suka kan buat Nad marah. Kan Nad kata jangan berani-berani usik iphone Nad. Bak sini balik.”
Nazim control diri. Tahan nafas Nazim. Tahan. Tahan. Jangan ketawakan
Nad. Doa banyak-banyak jangan Nad perasankan semua whatsapp ini. Ya Allah, bantulah hambamu yang baik ini. Amin.
“Eleh. Nah. Baru usik sikit dah takutlah
tu. Lain kali letak password ke. Tak
pun bawak sekali masuk dalam bilik air tu.” Nazim bangun. Gesa-gesa betulkan
cadar dan hulurkan telefon kepada Nad. Pantas sahaja Nad menyambarnya.
Dia jeling Nazim. “Kalau berani buat
dajal kat Nad..siaplah abang. Nad kasi Syeqa kat Haikal tu. Jangan main-main
okey?”
Nazim bulatkan mata. Janganlah si encik
tak bernama tu balas whatsapp atau bertyping! Typing! Typing! Mata Nazim menyorot
wajah cemberut adiknya yang dah siap sedia berpakaian.
Esok. Tunggulah hari di mana dia
mengatur pertemuan antara ENCIK TAK BERNAMA dan Nad. Haha. Malam ini, dia harus bersekongkol dengan baba. Baba tersenarai
untuk projek antara hidup dan mati ini. Sebab si encik tak bernama itu rasanya,
semalam datang ke rumah dan bertemu baba. Dia yakin. Amat-amat tepat firasat
hatinya. Yang pasti dia harap encik tak bernama itu bukan datuk bercucu. Bukan
juga datuk ada bini dua atau datuk berkerepot. Kalau tekaan Nazim tepat –
kerepot, datuk bercucu dan datuk bini dua
à Haruslah Nad
menjerit dan sebulan nantilah mereka tak bertegur sapa.
Entah-entah perang antara Israel dan
Palestin bermula lagi. Nazim lintang pukang membawa tubuhnya keluar dari bilik
Nad. Harus cepat bersemuka dengan baba. Yang paling bodoh, kenapa tadi dia lupa
nak salin nombor telefon encik tak bernama itu. Ishhh, kan ke dah menyusahkan diri sendiri. Buat dajal kat adik
sendiri tapi lupa nak buat strategi.
waaa...dating is dating ...hahah
BalasPadamAbg dia nakal betoiii
BalasPadameee..nakalnyer Nazim ni..sajer buat dajal kat Nad..tapi sweet lah en tak bernama balas whatsapp Nazim aka Nad...nak pegi memancing..boleh ai join?ngeh3x..
BalasPadamgeram kt nazim...tp pada masa yg sma suka jg..hehehe..xsabar nak tggu next n3...
BalasPadamHahahaaha....noty nya nazim,shj nak kenakan c nad
BalasPadamOk....xsabar tggu nad fating ngan encik tak bernama