Pages

08 September 2011

Cinta ungu di pagi raya

DSC03601




Rasanya macam saya terover exposekah?







Tengok blog semua orang yang glam dan popular dengan pos cerita raya bagai, maka saya juga tak ketinggalan untuk cerita serba sedikit mengenai hari raya? Perasaan untuk update blog memang malas. Entah mengapa melanda jiwa agaknya. Tapi saya gagahkan diri juga untuk menaip beberapa ayat dan terus laju upload gambar di flickr.

Hari raya tahun ini pastinya meriah serba serbi. Sederhana. Kosong itu tetap ada. Entah apa dan mengapa kosong, pembaca setia pasti tahu dan saya pohon maaf jika sebab musabab yang sama membuat semua tak mahu membaca blog ini. Ini blog peribadi, segala peristiwa, mungkin serba sedikit sahaja yang saya kongsikan. Selebihnya, kenang-kenangan dalam jiwa. Nanti saya akan buat satu entry bertajuk 'kosong'.

Paling penting tahun ini kami berdua beraya di Masjid Tanah Melaka. Hari raya ketiga kami bertolak pula ke Johor Bahru dan dua hari berada di sana kemudian balik ke rumah mertua di Sikamat, Seremban. Penat sakan dan memang beraya sakan! Saya tidaklah meletakkan entry setiap hari raya kan di blog ini! Tidaklah setiap hari saya akan cerita apa yang saya buat dan gambar-gambar pun terkadang tak sempat saya snap. Iyalah, selalu ramai blogger ambil gambar menu makanan raya setiap hari dan peristiwa setiap hari di hari raya dan publish semua kisahnya di dalam blog. Wah, meriah sakan kalau blog ini begitu ya! Tapi sebab saya pun bukannya ramai peminat sangatlah, jadinya sederhana sahajalah ya! Ngeeee…









DSC03590




Along touching-touching dengan ayah! Memang adat selepas solat aidilfitri, kami adik beradik memohon maaf dengan emak dan ayah dan adik beradik semualah. Bukankah maaf itu juga setiap hari. Maksud saya, walau bukan di hari raya, kita mesti bermaafan setiap hari.






Menu utama pastinya ketupat, kuah kacang, sambal bali ayam, rendang cili api ayam dan rendang itik memang utama. Itik? Jangan tak percaya, encik abang dari tak pandai makan rendang itik, terus suka bagai! Malam kedua ketika perjumpaan keluarga sebelah ayah di Kampung Sri Tanjung memang dicarinya rendang itik!

Biskut raya pula banyak yang adik kembar saya buat. Ada juga beberapa balang kukis yang saya buat dan bawa untuk emak dan emak mertua. Kelas jah! Menantu rajin buatkan biskut. Sedap pula tu! Eceh!









DSC03585




Aiman kacak!






Tahun ini, angah sekeluarga tiada kerana giliran beraya di Muar dan Fared pun berhari raya bersama keluarga isterinya di Ulu Langat. Fared – jangan sedih-sedih, belum rezeki ya!

Yang seronok anak-anak buahlah! Afrina, Aiman, Irfan dan Ismahani!

Gambar-gambar yang ada untuk tatapan semua. Tema kami berdua adalah ungu. Bolehlah dikatakan sebagai kami bercinta ungu di pagi raya! So sweet! Haaa..perasan!









DSC03605


Emak mertua bilang : perut anak lelaki emak sudah buncit! Sambil tangannya mencucuk perut encik abang.







Copy of DSC03610




Cinta ungu di pagi raya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan