Mr Pai Epal bab 1. Tak sama macam dalam novel ya. Saya memang dah rombak banyak.
Sebab versi e-novel nampak macam mengarut sikit awal-awal bab. Ha ha. Tak sama jangan marah tau. Sayang semua 14 juta. ;)
Sebab versi e-novel nampak macam mengarut sikit awal-awal bab. Ha ha. Tak sama jangan marah tau. Sayang semua 14 juta. ;)
***
“Kak long,
bangunlah oi. Nanti kak long lewat
pergi temuduga. Fatin dan ibu dah
buatkan sarapan ni. Bangunlah kak!” Ketukan pintu oleh Fatin tidak mematahkan
impianku untuk meneruskan misi membawa mimpi ini ke alam nyata. Aku tarik
selimut dan bermimpi lagi. Seronok sungguh bermimpi berkahwin dengan anak raja.
Oh, bukan. Rasanya lelaki tadi bukan anak raja. Anak peniaga pasar malam
rasanya. Erm, anak peniaga pasar
malam tak banyak duit. Nanti penatlah badan sebab kena membantu mertua berniaga
di pasar malam. Mataku bergerak-gerak lagi. Tersengih macam kerang busuk.
Hoi,
anak peniaga pasar malam pun kaya raya okey?
“Kak long. Bangunlah!”
Fatin menjerit lagi.
Aku terus
membulatkan mata. Cepat-cepat menolak selimut dan melihat jam di dinding.
Terkebil-kebil aku memerhatikan jam berkenaan. Memang jika aku datang bulan
maka aku akan lewat bangun dari tidur. Tetapi kali ini, lewatnya akan membuatkan
ibu marah dan aku akan lambat untuk temuduga lagi. Argh!
Aku pantas meloncat. Bagaikan kilat.
Aku menolak
pintu bilik air dengan terhoyong hayang dan terpisat-pisat. Mimpi tadi
benar-benar berbekas di jiwaku. Sempat pula aku tersengih-sengih macam kerang
busuk. Aku pantas masuk ke
dalam bilik air dan memberus gigi. Membuka baju dan mandi secara ala kadar. Ah,
tidak akan sesiapa tahu aku mandi secara mandi P. Ramlee hari ini.
Aku menyiram air ke tubuh badan
sambil mata terkebil-kebil mengingatkan yang aku ada temuduga untuk kali ke 13.
Gila kentang betul. Ibu sudah menggelengkan kepala kerana sudah banyak temuduga
yang aku harungi dan masih belum berjaya juga aku perolehi. Selesai mandi, aku bergegas mencari baju
yang sudah diiron oleh Fatin malam
tadi. Balik dari stesen minyak malam tadi sudahlah lewat, maka Fatin juga yang
menjadi mangsa menggosok baju milikku.
“Kak long, cepatlah. Ibu dah panggil tu. Lambat
betullah kak long ni. Kak long kan nak pergi temuduga lagi hari ni !”
Fatin menjerit lagi. Bunyi dia mendengus dan hentakan kakinya turun dari tangga
membingitkan telinga.
“Okey, lima minit.” Aku pantas mencari beg galas,
fail yang enak di atas kerusi aku ambil dan tangan kiriku pantas mengambil lipice di atas meja solek dan aku calitkan sedikit di bibir.
Sekejapan aku turun ke ruang tamu.
“Cepat sikit Yaya. Ibu rasa macam nak hujan saja.
Yaya kan akan temuduga lagi hari ni. Ibu doakan Yaya tenang jawab semua soalan
penemuduga. ” Ibu mengusap lembut ubun-ubunku. Lantas mengucup perlahan
dahiku. Mata ibu yang ‘gelap ‘ semenjak kemalangan beberapa tahun dahulu
aku tenung. Sungguh, dalam keadaan mata ibu yang buta, ibu masih mampu membuat
kerja rumah dibantu oleh Kak Hamidah yang akan datang ke rumah setiap hari.
Gaji menjadi cashier setiap bulan di
stesen minyak secara sampingan sudah cukup untuk membayar gaji Kak Hamidah yang
banyak membantu. Untuk ibu aku rela bersusah payah. Untuk Fatin pula aku
sanggup bergadai nyawa! Aku harus mencari rezeki yang lebih untuk keperluan
rumah kami. Aku anak sulung yang bertanggungjawab. Aku ini ayah kepada Fatin. Kakak kepada Fatin dan anak yang
akan berkorban apa sahaja demi keluarga.
Fatin memandang aku. “Good Luck, kak long.” Dia kenyitkan mata.
Kami ketawa mesra. Roti yang ibu bekalkan aku sumbat ke dalam beg galasku. Kaki
pantas berjalan. Helmet aku sambar dan aku memandang Fatin, “Study elok-elok. Jangan nakal-nakal ya.”
Senyuman Fatin sudah cukup
membuatkan aku bahagia. Aku pandang ibu yang dibawa perlahan Fatin di anjung
pintu. Aku terus menyarung kasut dan memakai helmet. Bersiap sedia untuk membawa
skuterku dan memecut di atas jalan raya. Skuter comelku, Miss MJ Ungu lantas menderu perlahan di atas jalan raya. Aku
tinggalkan ibu dan Fatin yang setia melambai-lambai. Dari cermin pandang belakang aku perhati wajah ibu
dan Fatin. Mereka buah hati pengarang
jantung Yaya.
***
Hujan.
Ia memberikan banyak rasa dalam jiwaku. Menurut
cikgu Adila, hujan itu memberi rezeki. Tanda kebesaran Ilahi. Ia memberi
nikmat kepada semua manusia, alam dan tumbuh-tumbuhan. Hujan makin melebat dan
kaki seluarku sudah kebasahan akibat hujan. Aku berlari-lari anak menuju ke
sebuah perhentian bas. Tiga orang pemuda dan dua orang gadis turut sama
berteduh dari hujan. Kami berpandang-pandangan. Meraikan kedatangan aku bersama
mereka dalam hujan yang kian melebat.
Tapi hujan hari
ini bukan memberikan nikmat kepada aku. Bukan juga memberikan rezeki untuk aku,
ibu dan Fatin. Aku pantas duduk perlahan di atas kerusi berwarna coklat.
Mengawal pernafasan selepas berlari di dalam hujan. Memang penat. Aku mengetap bibir dan fail berisi
kertas-kertas penting di tangan aku peluk melekap ke dada. Helmet separuh
milikku aku letakkan perlahan di sisi. Kunci skuterku yang telah aku tinggalkan
‘di sana’ turut
aku simpan dengan hati-hati di dalam beg galas. Mulutku terherot ke kiri dan ke
kanan. Mataku terkelip-kelip. Berkali-kali. Cis – kerana dialah, aku basah
dalam hujan. Encik Pai Epal yang bodoh sombong. Berlagak betul ya. Amboi!
Aku ketap lagi bibir kerana
kegeraman. Lantas episod beberapa jam yang lepas berlagu dan bermain-main di
layar mataku.
Aku memarkir skuter di deretan
motorsikal yang sedia ada. Mata lantas memerhati bangunan berwarna kuning air
yang kawanku, Lily katakan tempoh hari. “Kau pergi ke bangunan berwarna kuning
air. Kedai kedua dari kanan, Nampak tangga, terus naik ke atas. Syarikat tu ada di atas. Bawa semua
sijil-sijil penting kau, Yaya. Datang tau.
Jangan lambat.”
Aku masih berdiri di depan bangunan berkenaan.
Mata masih terkelip-kelip dan aku memerhati kawasan sekitar. Harap-harap aku
akan berjaya untuk temuduga kali ini. Aku pandang jam di tangan. Sudah.
Mampukah aku ditemuduga dengan jam sekarang sudah melewati 10.00 pagi ? Ahh- sengal ! Hari malang lagi
untuk aku. Mata kemudian menangkap sebuah kedai berwarna hijau epal. Kedai
hujung yang menarik minat seleraku dan jiwaku. Bukan kedai kedua dari kanan
seperti yang Lily pesankan. Ia kedai yang bergabung sebanyak 4 buah. Besar sungguh aku kira.
Kaki aku pantas melangkah dan berdiri di depan
pintu kaca Pai Epal Café. Aku memandang dan membaca nama kedai berkenaan dengan perlahan, ‘Pai
Epal Café’. Menarik signboardnya. Berbentuk epal berwarna hijau dan tulisannya
berwarna putih dan digabungkan hitam dengan tulisan dari berbagai bahasa. Epal
bulat yang disusun atur dengan tulisan jawi, cina, india dan bahasa inggeris. Memukau!
Meja-meja di hadapannya turut sama cantik teratur. Aku terpaku lama. Kemudian
aku melihat seorang pemuda yang mengetap-ngetap bibirnya sedang memarahi
pekerjanya. Dari gerak bibirnya aku amati. Pekerjanya dimarahi kerana datang
lewat ke café berkenaan. Aduh- aku juga lewat.
Mata aku meliar lagi. Kagum betul
aku melihat hiasan dalaman kedai ini, sehingga kekacakan lelaki di dalam cafe
ini aku letakkan ke tepi. Sesekali aku jeling pemuda berkenaan. ‘Kacak empat
belas juta’. Boleh tahan juga. Aku tersengih. Putih melepak dan mancung
hidungnya. Terpesona aku.
Pemuda berkemeja berwarna ungu muda
tiba-tiba terpacul di depan pintu kaca tempat aku berdiri. Aku terpaku
tiba-tiba. Erk ! Lengan bajunya dilipat sederhana dan walau kami dibatasi
dengan pintu kaca cafe ini, aroma dan harum minyak wanginya menusuk betul-betul
ke jiwaku. Ahh – berangankah aku ?
Apa kau rasa, jika seorang lelaki tiba-tiba memandang engkau dan matanya
tak berkelip-kelip ? Suara Lily lantas kedengaran di mindaku kali ini. Sudah – aku
berangankah lagi kali ini ?
“Ni apesal tercegat
depan pintu ni? Saya tengah marah ni. Saya tengah marah ni.” Lelaki kacak itu
mengetap bibirnya. Pintu cafe lantas dibukanya.
Eh
eh. Tengah marah pun nak
beritahu dengan aku ? Gila apa lelaki ni.
Aku terpaku bila dia memandang aku. Matanya tidak
berkelip. Oh. Saat ini juga aku melihat dia dan aku berlari-lari anak
berkejaran di tepi pantai sambil bergurau-senda. Mata bertentang mata dan cubit
bercubitan bersama. Ahh – seronoknya.
+Yaya – jangan berangan ya. Tolonglah kembali ke
alam nyata. Please. Please.
-Sibuk betullah ! Yaya baru nak
berangan dengan pemuda kacak empat belas juta ni.
+Cepuk
kepala kau dengan helmet kat luar tu nak ? Gatal ko ya ?
Aku gumam bibir. Dia memandang aku. “Amboi-amboi
cik minah ni, orang dah bukakan pintu. Masuklah. Berangan ke mana dah ni? ”
Aku tersengih. Dia masih merenung
aku. “Awak berangan pergi Uganda
ya? ”
Aku tersedar cepat. Mujur. Jika tidak,
aku pasti akan memeluknya. Yaya – haram hukumnya memeluk seorang lelaki. Mataku
terkebil-kebil. “Err…err…err…” Aku
terpaku apabila kaki melangkah masuk ke dalam Pai Epal Café ini. Wah! Hebatnya
susun atur café ini. Bau pai epal yang sama dengan yang arwah abah buat menusuk
masuk ke dalam hidungku.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Sudahnya apa yang akan aku buat di dalam
café ini ya? Mataku
lantas melihat beberapa orang pekerja yang sedang mengelap meja dan
membersihkan lantai. Ada
replika epal besar yang di lubangkan di tengahnya dan di dalamnya disusun meja
unik bersama kerusi kayu berbentuk pokok dan akar untuk bersantai. Replika epal
berwarna merah yang memikat. Meja dan kerusi berwarna kuning yang mempesonakan.
Hiasan dalaman cafe ini yang bergred A. Dindingnya ditampal dengan kemasan kertas
dinding dengan paduan warna epal yang memikat. Oh, so cute!
Meja lain yang bukan di dalam replika
epal besar turut sama disuai padankan dengan paduan kerusi antik. Ruangan cashier yang cantik dan menarik. Kaki aku lantas
melangkah lagi. Café dua tingkat yang menangkap citarasa. Besar dan luas.
Aku lantas berpaling. Melihat
pasu-pasu yang semuanya berbentuk epal disusun dengan cantik dan kemas.
Berkilat-kilat. “Apa ya yang ada dan dijual di dalam café ni?” Aku memandang lelaki
berkenaan yang masih memerhati aku.
Dia melihat jam di tangannya. Aku masih menantikan
jawapan dari pemuda kacak ini. “Basikal dan tayar kereta. Cik adik mahu order yang mana?” Dia menyengih macam kerang busuk.
Amboi dia, mulut tak ada insurans. Basikal dan tayar kereta? Gila sungguh lelaki
ini. Sombong betul. Lihatlah matanya yang berpusing-pusing tu.
“Encik berlagak bin encik sombong
betul.” Aku mencebik dan memandangnya lagi. Malas melayan karenah lelaki
sombong seperti ini. Adakah patut kedai ini menjual basikal dan tayar kereta? Gila!
“Awak pelanggan dalam café ini ya?” Aku bertanya
lagi. Mata aku melilau melihat pekerja Pai Epal Cafe yang memakai kemeja
berlengan panjang dan apron panjang berwarna hijau epal. Apron café ini pun
cantik. Lelaki di hadapan aku hanya berkemeja yang dilipat lengannya bersama
seluar slack. Bermakna dia bukan pekerja di dalam cafe ini. Kalau bukan pekerja
semestinya pelanggan. Aku tarik sebuah
kerusi. Punggung duduk selesa dan memandang lelaki ini. Berpeluk tubuh dan
berlagak seperti pengawas sekolah.
“Pelanggan ?” Lelaki dihadapanku ini gelengkan
kepala. Dia pantas memandang para pekerja cafe ini yang tersenyum geli hati. Seorang
lelaki yang sedang mengelap meja cepat-cepat mengambil alih tugas ‘pelanggan’
ini. Aku perhati namanya yang melekat di chef jacketnya. Adnan. Tubuh pemuda
kacak ditolak perlahan. Dia pandang aku atas bawah, atas bawah. Bola matanya
bergerak.
Aku terkedu seribu bahasa melihat tolak menolak
berlaku di depan mata. Adnan mengesat-ngesat tangannya yang basah dengan apron.
Matanya memandang aku.
“Nama kedai ni Pai Epal Cafe tapi jual basikal dan
tayar kereta ? Eh,
betul ke? Dia tipu ya ?” Aku memandang lelaki yang bernama ‘Adnan’. Pemuda
kacak itu gigit bibir bawah. Wajahnya merah. Dia menjeling aku. Dia tersenyum
sinis dan melangkah ke ruang tengah cafe ini.
“Err..err..
dia bergurau saja cik. Hmmm…cik mahu
makan apa? Kami ada pai epal lazat, kopi dan kek. Juga makanan bergoreng yang
sadurannya makanan berkhasiat. Cafe sebenarnya masih tutup. Tetapi kerana cik
manis ni, bos saya izinkan cik adik pesan makanan.” Katalog menu diserahkan
kepada aku. Adnan tersengih-sengih lagi.
“Pai epal satu.” Tanpa melihat menu
dan kerana aroma pai epal yang melazatkan aku terus memesan pai epal berkenaan.
Terharu pun ada sebab cafe ini memberikan aku layanan emas mereka. Katalog menu
yang cantik aku pandang begitu sahaja. Adnan mengangguk-angguk lantas segera ke
ruang dapur. Aku terus lupa ingatan mengenai temuduga yang bakal mencorakkan
lagi kehidupan aku. Beg galas
lantas aku letakkan perlahan. Pemuda itu aku lihat masih mundar-mandir seperti
menantikan seseorang. Aku perhatikan dia agak lama. Kalau dia bukan pelanggan
cafe ini, dia siapa ya? Beberapa minit kemudian , pai epal yang aku pesan
sampai. Adnan tunduk hormat. Ah – sudahlah café ini indah, ditambah pula dengan
pekerjanya yang ramah tamah. Tapi bukan macam encik berlagak bin sombong itu! Soalan aku pun tidak
berjawab. Matanya itu asyik menjeling sahaja. Cucuk dengan garfu ni, baru tau.
Kali pertama aku menggigit pai epal,
gegendang telinga berproses. Suara lelaki kacak itu kedengaran. “Haryati, awak
tahu tak sekarang sudah jam berapa?” Aku menoleh memandang pemuda berkenaan.
Encik berlagak bin encik sombong sedang marah-marah. Kalau pelanggan kenapa dia
Nampak macam bos besar di cafe ini ya? Telefonnya digenggam kemas. Gulp! Aku
telan air liur. Kesedapan pai epal ini
merencatkan mindaku kerana suara tegas pemuda berkenaan. Kemudian aku
segera teringatkan yang aku sepatutnya sedang ditemuduga dan bukannya duduk di
dalam Pai Epal Café ini! Alamak! Aku pantas bangun mengambil beg galasku.
Helmet juga aku sambar dengan cepat.
Kemudian suara garangnya menjengah
telinga, “Apa? Suka hati mak ayah tiri awak
mahu berhenti kerja ya? Sudahlah selalu datang lambat . Hari ni awak nak MC lagi. Awak tahu
siapa saya? ”
Aku berjalan perlahan. Aku sudah habiskan masa
yang tidak relevan di dalam café ini. Oh, tidak ! Baru sahaja aku mahu
melangkah ke meja cashier, suara encik
berlagak bin encik sombong kedengaran lagi.
“Ya, saya memang
bos Pai Epal Cafe. So, what?”
Apa ? dia...dia..bos Pai Epal
Cafe?
Gulp. Lelaki
itu terus pula mara ke arah meja cashier.
Jantung bergerak laju. Aku
mahu lari lagi hari ini. Sudahlah aku siap ‘cop mohor’ dia sebagai pelanggan.
Habislah aku. Tak
fasal-fasal dia itu sebenarnya ialah bos cafe ini.
Kaki melangkah besar. Aku segera
menuju ke arah meja cashier. Tangan
membuka beg galas untuk mengambil wang membayar pai epal berkenaan. Lelaki
kacak itu merenung aku. Telefonnya diletak di atas meja kaunter. Entah apa
debaran melanda, lengan aku terus melanggar pasu berbentuk epal. Pasu berbentuk
epal berwarna merah di atas meja cashier
terus jatuh. Tidak sempat untuk aku menyelamatkannya.
Kami berpandangan. Tangan aku
menggeletar lagi. Matanya bulat tanpa reaksi. Seperti terkejut. “Itu pasu
kesayangan saya, awak tahu tak, budak pasu pecah?” Jeritan pemuda berkenaan
memecah keheningan. Suaranya melantun masuk ke dalam telinga. Aduhai Yaya,
malangnya nasib hari ini.
Ya ataupun tidak. Yes ataupun no. Manis ataupun pahit. Hidup ataupun mati. Aku sebenarnya tidak
mampu untuk membayar harga pasu cantik yang berkecai itu. Akhirnya aku berlari
sekuat hati. Melanggar tubuh pemuda yang aku gelarkannya pelanggan. Bila aku
menoleh, aku melihat dia terjatuh tersembam akibat tolakan kuat dariku. Bersama
dengan hujan melebat, guruh berdentum dan akhirnya aku terlupa membayar harga
pai epal yang aku nikmati tadi. Haramkah hukumnya kerana aku terlupa membayar
pai epal berkenaan? Ibu – tolong Yaya bu.
Muka aku kelat sudah. Hujan masih
menemani. Perhentian bas semakin dipenuhi dengan manusia untuk menumpang teduh dari
hujan lebat. Pai epal yang telah aku nikmati tadi, semakin bergelodak di dalam perutku ini. Aku pejam mata lagi. Aku membuat haru biru
sendiri untuk hari ini. Skuterku yang tersadai di sana mesti bermandi hujan.
Kesiannya Hei MJ Unguku itu.
Wajah encik berlagak bin encik sombong menerpa
lagi. Bola mataku terkebil-kebil entah untuk ke berapa juta kali. Takutnya aku.
sweet- pai epal dengan Izz amir yang loyar buruk tu .
BalasPadamterima kasih amer.:)
BalasPadamsame je ke kat sini ngan penulisan2u ? :D
BalasPadamYa dik. sama dan penulisnya yang sama.
BalasPadamSalam..first time bc di blog ni..n first time bc karya ni.. nice..very nice.. kelakar..saya asyik ketawa je..hehe.. like it so much.. keep up a good writing..
BalasPadamWassalam
walaupun dah baca sebelum ni..tp baca lagi..hehe sayang Cik Mardihah 14 juta
BalasPadamassalam..
BalasPadamdh hbs baca mr pai epal versi novel,best giler!!but i'm wondering ada ke lelaki kat luar sana macam izz amir??kalu ada esok jugak i kawin ngan dia:)
mrs.pai epal dah terbit ke??tak sabar.....
BalasPadamassalam... writer, ada lagi tak novel mr. pai epal, dpd mardhiah hayati
BalasPadam