Pages

28 September 2011

Ude...

Copy of SDC12457

Bila Tuhan menguji lantas kita menjadi akrab! Pantas kita anyam buih-buih tali persaudaraan dengan darah yang mengalir tenang.Tuhan, izinkan kembali masa lalu itu kami kutip untuk mendaki ukhwah dan kasih sayang hanya keranaMu. Mudahkan hati kami, tenangkan hati-hati kami, Ya Allah



Sambil jemari saya melayang di atas papan kekunci, hati entah terbang ke mana. Sudah berhari-hari, tanpa ada perasaan dan termenung sahaja. Diikutkan hati, saya mahu duduk bersama adik tersayang di hospital.

Ude
Rabu 21/09/2011.

Mak telefon. Ude masuk Hospital Besar Melaka. Saya pandang kalendar. Jumaatkah saya harus pulang. Akhirnya selepas bermesyuarah dengan suami, saya akan bercuti pada hari Jumaat dengan suami menghantar saya ke Melaka pada Khamis malam berkenaan. Saya mohon izin kawan-kawan untuk bercuti pada hari Jumaat dan Isnin. Suami pula membuat kejutan mengambil cuti pada hari Jumaat.

Ude haid tak berhenti bermula hari jadi saya iaitu 04 Julai 2011. bermakna sudah 3 bulan lebih pendarahan tanpa dia maklumkan kepada kami secara serius. Bila mak asyik memikirkan masalah ude kerana pendarahan sudah keluar dengan banyak, (hari raya – darahnya sudah mula keluar ketul-ketul yang besar). Mak ambil keputusan mengambil ude di Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka dan dirujuk di Hospital. Doc terus tahan ude.

23/09/2011
Selepas berjumpa dengan Ude 23/09/2011 – dia nampak sihat. Ya. Sihat sangat-sangat. Boleh makan dan berbual seperti biasa. Tapi berat ude turun sebanyak 5 kilo. Ya, ude memang agak ‘chubby’ orangnya. Dia memang dalam proses menurunkan berat badannya. Bila turun berat terus kepada 5 kg, doc terus terkejut!

Katanya lagi, darah keluar masih tak henti-henti. Berketul-ketul pula! Pihak hospital sudah membuat scan dan memang wujud ketumbuhan yang tak dapat dikenalpasti – antara cyst dan fibroid. Ia pun bukan. Kata mereka mass?! Ketulan di belakang rahim ude memang disahkan oleh doktor. Tapi peliknya adalah kerana tekanan darah ude normal seperti biasa. Ubat yang diberikan dari 2 biji ditambah kepada 4 biji. Juga dimaklumkan ubat hormon yang saya tak pasti namanya.

Sehinggalah doktor memaklumkan pada ude untuk memberi suntikan kerana pendarahannya masih tak berhenti.


24/09/2011
Ayah ambil buah delima, selepas saya suruh ayah carikan. Ikhtiar dan usaha perlu ada. Kemudian air yassin turut saya bacakan. Sebotol dari Kuala Lumpur dan sebotol lagi saya buatkan di Melaka. Kemudian ayat-ayat al-Quran saya search di tab saya untuk diberikan kepada ude. Madu dan surah An-Nahl ayat 69 yang saya perolehi dari rancangan Tanyalah Ustaz turut saya bacakan di madu. Air susu kambing turut saya belikan untuk ude. Semuanya saya bawakan untuk ude, sebab saya nak ude sihat. Saya nak ude kembali bersekolah seperti biasa.

Mari saya cerita sedikit mengenai scan yang telah dibuat oleh pihak hospital. Scan yang dibuat oleh pihak hospital tak boleh diberikan kepada saya untuk dilihat? Mengapa ya? Sulit? Ohhhh…saat itu juga saya amat tertekan.

“Awak doktor ya?” soal seorang doktor muda berkenaan kepada saya ketika saya meminta izin untuk melihat ketumbuhan yang sudah discan. Jadinya, memek muka saya, keadaan postur tubuh saya memang agaknya boleh berlakon sebagai doktor! Saya tersenyum dan cuba berbicara secara baik. Fizikalnya, saya sedar saya juga ada ketumbuhan fibroid dan saya pernah mengalami pendarahan beberapa minggu dan saya pernah makan ubat yang diberikan oleh doktor yang merawat saya. Dan saya tahu perasaan ude bila dia melihat darah keluar dari rahimnya. Dan persoalan saya sekarang ini adalah kenapa haidnya masih tak dicuba untuk diberhentikan? Mengapa masih menggunakan ubat yang sama dan hanya menambah dos sahaja? Atau mungkinkan kondisi ude berlainan dari wanita lain yang pernah mengalaminya?

Mahu sahaja saya memindahkan ude ke Hukm tetapi selepas mendapat nasihat beberapa orang doktor yang saya telefon meminta pandangan, saya akur. Ayah juga tak izinkan. Saya tahu dan maklum ayah dan mak mahu ude dekat dengan mereka. Fared berusaha juga mahu pindahkan ude ke HUKM. Kadang-kadang tinggi suara pula sebab kami dalam keadaan tekanan. Ayah lagi pula, suruh Fared bertenang dan minta saya calm downkan dia. Saya telefon sana sini minta pandangan. CT Scan pula Jumaat ini. Jumaat ini ya? 30/09/2011. Lama…memang ambil masa lama dan saya tak tahu apa yang diujikajikan lagi oleh pihak hospital. Pokoknya, ude sendiri maklumkan kepada saya, doc kata : kes ini tak serius dan kita jangan buat tergesa-gesa. Tak seriuskah? Darah sudah keluar 3 bulan. Ini darah beku, keluar ketul-ketul maaa! Scan Jumaat lambat maaaa.

Laporan darah yang dimaklumkan oleh doc tiada kanser. Alhamdulillah. Tetapi sampai kini kami semua tertanya-tanya apakah sakit sebenar ude?


25/09/2011.
Tuhan, saya pohon keputusan yang kami ambil ini, keputusan terbaik untuk ude. Saya harus pulang semula ke Kuala Lumpur. Tengahari saya lawat lagi ude. Mak bekalkan asam pedas yang ude asyik sebut-sebut di hospital. Adakala saya lihat mak menangis dan termenung seorang diri. Ayah – tabah. Tenang dan tersenyum selalu. Ude – dia maklumkan saya darah masih keluar dengan banyak. Berketul-ketul. Saya hairan! Malah hairan apa yang doktor sedang buat sebenarnya. Positif? Saya harus positif.

Saya dan suami ke Masjid Al-Azim Melaka untuk solat Zohor. Entah apa sebak berganda-ganda melanda. Saya menangis dan menangis di dalam masjid. Saya berteleku lama di dalam masjid. Saya solat sunat hajat untuk ude. Memang dia nampak kuat, boleh bercakap dan berjalan tapi hati dia siapa tahu. Saya kirim SMS pada ude.


‘Nikmat hidup yang kita perolehi ini, lebih besar dari orang lain yang ditimpa dugaan dan cabaran. Ude, Allah sayangkan ude untuk ujian ini. Sabar ya ude.’



26/09/2011
Saya tak bekerja. Saya entah hilang semangat sekejap. Adakala menangis itu terapi terbaik untuk saya. Mengenangkan emak, ayah dan ude ! Semuanya silih berganti. Rasa mencucuk-cucuk hati ini. Pilu dan sebak. Saya buat kek hiburkan hati, tapi kek saya tak menjadi ! Akhirnya kek yang separuh masak itu saya buat jadi chocolate ball. Saya bakar semula dan salutkan ia dengan coklat dan sedap sangat-sangat. Saya puas hati akhirnya. Saya basuh baju yang tak berbasuh. Telefon mak bila hati saya reda balik. Mak menangis lagi dan lagi. Ude sentiasa sms dengan perkembangan dia. Darah masih keluar tak henti-henti. Dia dah mula kata, gusi berdarah dan rambut dia gugur. Tuhan…..

27/09/2011.
Saya telefon tanya perkembangan ude. Telefon mak dan ayah. Saya pesan pada mak ayah belikan tafsir Al-Quran untuk ude. Masa terus pantas berlalu.


28/09/2011
Kembali bekerja semula. Malam tadi ude sms, katanya doktor akan suntik dia dengan ubat lain. Tapi saya pelik sebab kenapa baru hari ini 28/09/2011 doktor melakukan suntikan untuk memberhentikan darah haidnya. Kerana ude ada maklumkan kepada saya, yang doktor cakap nak suntik semenjak Sabtu lepas lagi. Bermakna mereka akan mengambil masa seminggukah untuk melihat perkembangan para pesakitnya?

Ude sms lagi, “Doc dah suntik ubat. Doc akan rujuk dengan doc pakar yang lain. Sebab rambut ude gugur dan gusi dah berdarah.”

Saya pandang skrin telefon saya. Ahh – menangis lagi dan lagi. Kerja saya dah macam tak serupa kerja. Saya jumpa kak lin dalam bilik swift. Saya menangis lagi tenangkan diri. Saya telefon ude sambil menangis, “Ude, kak lang sedih! Ude sakit apa sebenarnya? Ude sabar ya.”

Ahh – sebak lagi! Masa menulis cerita ini pun saya menangis dan menangis lagi. Kemudian saya letak telefon sebab tak sanggup dengar suara ude.

Ude sms lagi, “Lang, janganlah nangis, tak ada apalah ude ni. Jangan risau ok ? InsyaAllah ok nanti. Jangan cakap dekat mak ayah tau!”

Entah – hari ini saya bekerja macam tak ada hati. Badan saja di sini. Saya telefon mak, suara serak-serak saya katakan saya sakit tekak. Saya bohong mak! Ya, kerana ude tak mahu mak susah hati.

Tafsir Al-Quran dan air zam-zam saya suruh ayah dan mak belikan. Ayat-ayat yang saya mahu beri ini perlu ude baca untuk berusaha dengan keajaiban Al-Quran pula.

Masa. Ya, masa makin mendekati. Ya Allah, berikan kami kekuatan menghadapi dugaan ini. Andai dugaan sekecil ini kami belum mampu hadapinya apatah lagi kelak berhadapan denganMu di akhirat nanti. Ampunkan dosa kami, Ya Allah. Berikan ude kekuatan Ya Allah. Lapangkan kesulitan yang sedang kami hadapi ini.

3 ulasan:

  1. UmmuNawal28/9/11 16:42

    Ya Allah,berilah kekuatan kepada Ude dan kaum keluarga Ude agar tabah mengharungi ujian ini. Semoga Allah SWT akan memberikan kesembuhan kepada Ude.Amin

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama28/9/11 19:07

    ameeennnnn....sabar eh kak....insyaAllah ok tu....

    BalasPadam
  3. Tini:

    Kalau cyst, selalunya xdela seterok ni.

    Makcik ain sebelum puasa haritu baru operate fibroid. Punca sebab haid tak menentu.

    Cuba refer ke Hospital Assunta @ PPUM lak. Hospital berbayar ni, cepat sikit dari gomen.

    BalasPadam