Pages

03 Oktober 2014

Nadratul Nisa I

Hiks. Random pick plot dari manuskrip. 
Jangan lupa dapatkan novel kebabom best ini di MPH, Popular dan kedai buku seluruh dunia. *penulis minta penampo. Hahaha.
Ok bai.

****



Dia ingat. Tidak akan dia lupa. Ketika usia perkahwinan baru dua bulan. Selepas mereka berdamai dan cinta sudah bermula. Bunga kembang mekar di taman hati. Kalau melihat dan merenung sepasang mata bundar Maleq Rafie, dia akan jadi segan yang amat. Dia sudah jadi sang pencinta suami dikasihi.

Pasar malam Brincang yang sesak dan padat.

Pelancong kebanyakan dari seluruh Malaysia. Mungkin dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Perlis, Sabah dan Terengganu. Iya. Mungkin. Ada juga pelancong dari luar Negara.

Ah – sebenarnya dia benci dengan keadaan pasar malam yang penuh sesak begitu. Benci melihat mata-mata nakal sang lelaki menjamah wajahnya.

Senyum. Dia akan senyum kalau Maleq menarik jemarinya singgah ke mana-mana gerai yang Maleq sukai.

“Nak ni?”

Suara Maleq sambil menunjukkan itu dan ini mengepung-ngepung seluruh jasad. Nadratul Nisa’ sekadar menggelengkan kepala.

“Habis Nad nak makan apa? Abang nak belanja ni. Bukan selalu Nad nak ikut abang keluar tengok-tengok pasar paling popular ni. Hehe.” Maleq merenung ‘dia’ dengan penuh kasih sayang.

Kaki langit sudah mahu gelap. Satu jam setengah lagi gebang Maghrib akan mendekati. Maleq sudah membisikkan, “kita kena balik sebelum maghrib tau. Ni pun rasa macam nak hujan. Tengok langit pun abang tahu. Dah berdentum-dentum tu Nad.”

Dia terangguk-angguk manis dan manja. “Nad nak jagung. Jagung bakar.”

Jemari dia ditarik kemas. Bila berada di kawasan yang dipenuhi pelanggan kanan dan kiri, Maleq dengan senangnya meleraikan jemari dan memeluk terus pinggang dia.

“Oh..jagung ya. Sebakul jagung pun abang boleh belikan untuk Nad.”

Pipi Nadratul Nisa’ sudah merah.

Senyumnya mekar sambil menggigit-gigit bibir.

Cinta bila bersama yang halal itu lebih manis rasanya kan Nadratul Nisa’. Dia rasa telinga berbahang merah kala pelukan itu dieratkan. Lebih rasa disayangi bila bahunya dipeluk juga.

Memilih jagung bakar. Sedapnya melihat susunan jagung. Manis dan meliurkan. Retina mata rancak memerhati Maleq mengeluarkan dompetnya. Mata terpaku melihatkan gambar comel dia bertudung ada disisip di dalam sarung lutsinar dompet. ‘Oh, bila masa Maleq mengambil gambarnya itu?’ – hati sudah tersimpul satu janji. Ini suamiku dunia dan akhirat. Cinta sudah menggigit naluri. Indah.

Ketika Maleq menghulurkan jagung bakar untuk dia, aromanya menyeluruhi rongga hidung. Minyak wangi yang dipakai ‘encik ganteng’ turut sama meningkatkan berahi. Dia rasa sayang sudah berhimpun entah berapa banyak untuk lelaki yang penuh sabar ini. Dia ingat lewat-lewat minggu yang sudah bila Maleq meninggalkan dia keseorangan di rumah. Seminggu! Bayangkan selama seminggu itu barulah dia sedari yang dia inginkan Maleq. Baru juga dia tahu apa itu erti rindu.

Minit-minit bersama di pasar malam Brincang membulatkan lagi hati. Nekadnya satu. Mencintai sang suami yang sekarang penentu reda dan syurga untuknya.

Tambah manis. Lebih menyatukan jiwa. Terus dia jatuh cinta dengan Maleq Rafie ialah bila hujan turun. Guruh berdentum-dentum menyentap kehangatan ‘bulan madu’ yang baru bermula. Pelancong lari ke sana dan ke sini meneduhkan diri. Maleq sambil menjinjit plastik berisi jagung bakar terus menarik jemari Nadratul Nisa’ untuk sama berlari-lari.

Sampai mereka menumpang teduh di sebuah kedai menjual pakaian ‘bundle’.

Maleq melarikan anak mata mencari kedai yang ada di sekitar pasar malam. Mahu mencari sekaki payung. Dia ingat Maleq melihat jam di pergelangan tangannya. “Dah lambat ni!” suara encik ganteng menyentuh gegendang telinga. “Nad tunggu sekejap, abang pergi beli payung. Tunggu tau!”Satu minit. Dua minit. Petir sabung menyabung. Tiga minit. Guruh berlawanan mahu membelah langit. Beberapa minit dia berdiri menanti. ‘Oh, mana abang ni.’
Dia panjangkan leher. Tercari-cari akan tubuh tegap suami yang pergi membeli sekaki payung. Nadratul Nisa ingat…dia renung jam di pergelangan tangan. Jam hadiah hantaran yang bermakna. Bila dia panggung kepala, Maleq sudah berdiri di depannya.

“Cik adik manis. i’m back!” dia seperti biasa, menawankan seluruh jiwa raga dengan senyum kacaknya.

Jemari Nadratul Nisa’ ditarik lembut. Pinggang isteri diraih. Sekali lagi cinta bersemi

Kaki berayun kanan dan kiri.

Hujan jatuh menimpa sekaki payung kecil yang meneduhkan. Iramanya asyik. Tub. Tap. Tub. Tap. Jantung juga sama berdetak laju. Bagi dia detik itu, dunia di sekeliling sudah tidak ada sesiapa. Hanya dia dan Maleq. Momen paling membuai asmara bila sesekali Maleq menoleh dan hidung mereka hampir sahaja bersentuhan. Maleq kenyitkan mata.

Kaki berayun lagi. Kanan dan kiri.

Nadratul Nisa’ mengukir senyum. Membalas pelukan hangat suami. Hujan terus turun menari-nari. Derap kaki sesekali masuk ke dalam lopak-lopak air. Hujan sederhana lebat terus melabuhkan damai. Sekaki payung sudah menjadi teduhan. Hujan terus gigih merancakkan. Dia gigit bibir bawah. Suara Maleq deras lagi. Suara bersama renungan nakalnya meresahkan sang jiwa. Aku mahu kamu! Aku cintakan kamu, isteriku! “Nad cantik!”

Nadratul Nisa’ mengembungkan pipi tanda malu.

21 Ogos 2014

Kaver Nadratul Nisa' [Tan Jie Kang & Maleq Rafie]






Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah.

Ini hadiah untuk pembaca di blog yang pernah jatuh cinta dengan Tan Jie Kang kemudian hati beralih sedikit ke Maleq Rafie atau jiwa kental dengan kasih sayang Tan Jie Kang. Muehehehe. Kalian akan mengenali Akhtar Tan Abdullah dan kesudahannya hanya dengan memiliki novel ini. Kavernya cantik memikat. Saya suka dengan setiap pilihan dan sesi memilih berjalan dengan lancar sekali. Dengan harapan, semua suka.Terima kasih editor! Terima kasih designer! Terima kasih semua di Karya Seni!

Marilah kita memeluk pelangi. Marilah kita dedikasikan cinta Nadratul Nisa’ dengan semangat dan kasih sayang. Dia sudah memilih kenangan dan kini meniti kenyataan. Jawapannya? Jeng jeng jeng. 

Novel Ke-5 penuh jiwa. Pernah menangis dan ketawa kerana ia. Terima kasih semua. Terima kasih berjuta-juta untuk kalian. Yang sentiasa tanyakan mana Mrs Pai Epal? Mana Mrs Pai Epal? Hihi. Tunggu ya sama-sama.

***
Nadratul Nisa’
“Benarkah kenangan itu menyakitkan? Tegarkah aku meneruskan kenyataan?”

I
Lagukanlah dan jalinkanlah kisah indah ini.

Aku akan dengarkan kepada kalian dengan ‘kenangan’ yang tidak akan luput dari jiwa. Aku akan ceritakan kisah yang aku bahagia bertemu dan bercinta dengan dia. Lebih tepat, nama si dia, Tan Jie Kang sudah mengikat relung hati. Aku dan dia bercinta. Katalah apa sahaja, hanya dia yang membenarkan cik hati ini kembang berseri-seri.

“You sayang I, macam mana?” – Nadratul Nisa’
“Lebih. Lebih dari biasa.” – Tan Jie Kang

II
Apabila Tuhan sudah merencana. Sehingga cinta kami itu akhirnya aku luputkan dengan hanya berbekalkan ‘kenangan’ sahaja. Dan kini, aku sedang menghadapi kenyataan. Tuhan sebenarnya lebih berkuasa menentukan. Kisahku lantas diteruskan dengan lelaki bernama Maleq Rafie.

“...dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa’.” – Maleq Rafie.
“Tuhan, baru kutahu. Antara ‘kenangan’ dan ‘kenyataan’. Sebenarnya kenyataan itu lebih membahagiakan.” – Nadratul Nisa’

Aku belajar menjadi isterinya. Aku nekad, kerana aku ini, isteri yang dambakan reda suami untuk ke syurga. Kata dia, aku ini cik isteri banyak songehnya. Cik seksinya juga! Rumah tangga bukan selalu indah sweet gula-gula,kan?

III
Musim lantas bersambung lagi. Tanpa aku sedari, apabila si dia yang dahulu pernah aku cintai, menyimpan ‘kenangan’ yang telah aku tinggalkan. Dia meneruskan hidup dengan sirna kegembiraan ini.

“Aku rindu waktu di mana pipimu merah tanda bahagia.” – Akhtar Tan Abdullah.
“Tan Jie Kang, jiwa aku ini rapuh sungguh, kenapa aku terkadang mengingatimu?” –Nadratul Nisa’
“Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa’?” – Akhtar Tan Abdullah.

Aku telah memilih. Antara kenangan dan kenyataan. Dan pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan.

***
Harga : Semenanjung RM28. Pos RM6
Sabah & Sarawak : RM31

Saya buka order di dalam blog dahulu. Okey? Please. Please. Jangan duplicate order untuk pembaca di group Facebook ya. Hehe.

Masa saya amat terhad. Ouch. 2 September saya akan ambil stok di Karya Seni (selepas editor kata iya) Sekarang sedang mencari tempahan cenderahati. Sila turunkan komen dengan berikan email kepada saya untuk tempahan novel. Ada TT saya yang comel (heh) dan hadiah kenangan untuk kalian. Hoyeh Hoyeh.

Geng Transformers. Ini hadiah untuk kamu juga!

Makluman : Novel terbit bulan September. Jangan cari lagi di kedai buku ya. InsyaAllah akan di mula jual bermula Pesta Buku Selangor hujung bulan ini. 


19 Ogos 2014

Nadratul Nisa'




"Pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan."
 
****
 
Salam.
Sihat.
Rindukan Tan Jie Kang?
Atau Maleq Rafie?
Heh.
Jeng jeng jeng
Tunggu pengumuman seterusnya.